Saturday, October 16, 2010

Montel and Minee's First Day Out

Share
sniff here...sniff there...

Petang semalam bawak budak dua hekor ni makan angin kat laman rumah, kelakar tengok gelagat mereka. Yelah orang beranak dalam rumah mana penah jejak ke tanah lagi pijak rumput pon terjengket-jengket pastu terhidu-hidu, jakon sungguh hahaha....


Min wat pe tuuu...

Si Min ni sangat bijak, hari tu letak dia kat dlm pasir soh poo pee kat situ. Dia hidu-hidu pastu terus mencangkung kencing hehe... yang si Mon pulak jgn harap lah degil! letak je kat atas pasir mencicit-cicit dia lari haihhh....


"mummy, stop taking my picture please...am POOPING!!!"

Min sangat baik, lepas poo and pee tu dia timbus khazanahnya elok-elok bijak bukan? ikut mummy beliau rasanya hahahahah.....


Sila fokus pada ekor Min yg sedang berkembang mekar ituh..

Min ni tak padan kecik, bila terserempak dengan kucing lain yg lebih besar dia takut langsung. Mulalah hissing hissing pastu bulunya akan berkembang mekar hehe...


Momel pelik tetiba dia kena sembur..

Min ni memang berani tak macam Mon harap muka je brutal tapi penakot ya amat. Kena tiup angin pon dah lari lintang pukang carik orang nak berlindung hahahah...


brutal la konon...eksen je tuu

Mon tak berani pergi jauh dia akan ikut ke mana saja kaki aku berjalan. Kadang tu saje nak dengki, Mon tengah leka aku sembunyik sekali dia menjerit mak aihh...macam nak tercabut anak tekak hahahah Mon..Mon...


Min sedang menjelajah donia sedangkan Mon sedang mencari tmpt berlindung huhuu

Min yang terover excited bila dilepaskan di tempat yang lapang, macam tak cukup tanah dia berlari ke hulu ke hilir...sonok sangat dia



Min pantang nampak benda bergerak, semua nak diterkamnya. Si Mon pulak tukang terperanjat saje hahahah....adehh sakit pewot aku ketawa menengokkan aksi budak Montel sorang ni huhuu...


shushu time!
ok dah penat mengexplore donia, kita minum dulu!!

suka?

11comments: