Thursday, October 28, 2010

Sedih Dan Risau Bila Anak-Anak Sakit. Biarlah Aku Yang Sakit.

Assalammualaikum kawan-kawan...
Selamat pagi. Selamat juga untuk tengahari, petang dan malam.


Sebenarnya saya sedang berada dalam keadaan berdukacita pada ketika ini. Ini gambar terbaru Momel, cuba tengok badan Momel yang semakin susut, kurus je...sedih tengok keadaan dia.

Momel baru baik demam, dah 2 hari dia demam. Alhamdulillah hari ni demamnya dah kebah dan dia dah nak mula nak makan.

Makannya sikit jer....itu pon kena belai-belai, kena pujuk-pujuk nak suruh dia makan. Bagi ikan tak mahu, bagi ayam tak mahu, bagi wetfood tak mahu...last last blackwood tu aku letak air sikit barulah dia nak makan, dijilat-jilat airnya makan sikit pastu dah tak mahu lagi... Belum pon lega dengan keadaan si Momel ni, adiknya si Montel pulak jatuh sakit

Subuh tadi bangun dengar macam kucing muntah, tengok tengok sekali si Mon yang muntah. Banyak kali dia muntah, bukan muntah apa pon cuma keluar susu jer. Rasa kepala dia tak panas, Mon tak demam tapi kenapa dia muntah ni??

Mon dan Min dah mula makan, aku bagi mereka Royal Canin BabyCat34. Selalunya bukan main selera lagi si Mon makan tapi hari ni bila bagi makan dia hidu-hidu pastu dikais-kaisnya macam nak timbus poo pee tu haa. Apsal pulak nih...aduhai risaunya.....aku terus keluar pergi amik kelapa muda pastu mintak tolong mak kopekkan pastu suapkan Mon air kelapa tu.


Lepas minum air kelapa Mon bermain macam biasa aku biarkan jelah. Sekali tu bila pergi dapur tengok dia tengah mencurik makan blackwood hehe.... Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya tak sampai setengah jam Mon dah ada selera nak makan. Terus bagi Mon RC Babycat dan dengan lahapnya dia makan, perati jugak takut lepas makan dia muntah tapi Mon tak muntah pon yeay!!

 

Cuma aku tengok Mon makan sikit dari kebiasaanya dan dia lebih banyak tidur mungkin letih sebab terlalu banyak muntah pagi tadi. Harap-harap Momel dan Montel akan semakin pulih dan sihat seperti sediakala.


p/s: si Momel awal-awal dah sembunyik bila nampak aku pegang syringe, punya lah seksa nak suap dia padahal bukannya ubat pahit pon air kelapa je ponn haihhh....

16 comments:

sunyi sepi said...

sabalah MM...mmg bila anak2 sakit ni kite yg lebih susah atinye..

NaddY said...

sabar je lah...insyaallah semua nya akan sembuh sepenuhnya....jgn mama dia demam sudah..nanti anak bulus tak terjaga lak hehehe

ezan said...

ala siannya dia, sakit, cepat sembuh yea mon and min. comel jew min tidur :)

tak suka kalau kucing demam, sebab badan diorang memang cepat giler akan susut!

Felis PUCCA said...

mon nk besa tuh...hehe

momel cepat baik ye..cian meowmania nnti...follower mummy kamu pn bimbng nih..huhu

meowmania jgn ssh ati ye..(~^,)V

Cat-in-Sydney said...

Alahai...ciannya...adik-adikku sakit ye? Aunty Meoww pening kepala? Let me give give you a meoww massage...purrr....meow!

Namie Amir said...

tia Momel..Yoyet teman sampai Momel sembuh ye :-)

hentakbelipat said...

kesiann..kurus betul dia tuh..terai la bagi vitamin utk slere kuning naik tuh

dearcats said...

DC perati Mon ni semi long hair ye? Ada kemungkinan dia dpt hairball? Kena standby laxatone kalau kita ada kucing bulu separa panjang atau panjang.. cuma letak di hidung je.. waktu petang atau esok pagi.. dia akan makan lebih dr biasa sbb perut dah ok..

Papa Hero said...

PH CUKUP TAKUT KALAU KUCING DEMAM /SAKIT....SILAP2 BOLEH E.L SEMATA2 NAK JAGA DEPA TU...HUK HUK

Nur Misnan said...

salam meoww..
get well soon ok...
insyaAllah.. bagi makan panadol srup utk demam
cepat baik.. =)

Chika said...

kite pun br lepas minum air kelapa semalam sbb demam. alhamdulillah...

Harap2 momel naik selera makan dia. kesian dgr dia tak lalu mkn...

m.q said...

aloh kesiannya :(
sedihkan. sbb kita xtahu depa sakit kt mana, dan depa pun tak dpt nk bgtau kt kita..

m4rilyn said...

momel handsome tu dah blacklist syringe. dia tahu ape fungsi.

jangan nakal2 ye momel..berehat dlu sampai pulih 200%

AROL DSHW said...

tahu takpe. bila kucing tak nak makan, arol dah start risau. dah fikir macam2. terus berdoa banyak2.

ha'ah. kucing2 arol pun takut bila nampak syringe. hari tue masa dorg semua sakit, 1 jam lebih nak bagi dorg makan ubat. 3 org kena jaga.

sweetsal said...

kesian kalo tgk dorang sakit, nampak tak ceria kan, macam mana nak tahu dorang demam erk..adakah dorang ni termenung atau takde selera makan?..

yusz chomei said...

MM, sabo ye.... insyallah sehat la ank2 bulus 2 nnt....