Friday, October 29, 2010

Skidboot, Anjing Pintar Atau Lebih Tepat Lagi Anjing Terpintar Yang Pernah Saya Lihat

Share
Assalammualaikum...

Hello pencinta-pencinta haiwan semua! Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik belaka...Saya amat teruja nak buat entri ni, selepas menonton rancangan ulangan Oprah Show saya terpanggil untuk membuat satu entri khas ni untuk Skidboot, seekor anjing terpintar yang pernah saya lihat.


Skidboot and his owner David Hartwig


Kisah Skidboot bermula pada malam Krismas tahun 1992 apabila David Hartwig telah menerima seekor anak anjing daripada pemilik ladang tempat dia bekerja sebagai hadiah Krismas.

Pada mulanya David hampir menyerah kembali Skidboot kerana sifat nakal anak anjing itu yang menjadi keluhan dari jiran tetangga kerana ia mengejar ternakan dan haiwan kesayangan mereka sebelum menyedari kepintarannya.

David mengajar "stuffed-ball trick", satu permainan di mana David memberi arahan kepada Skidboot supaya mengambil bola permainannya pada kiraan ketiga. Menakjubkan apabila diacah Skidboot tetap patuh merenung bola sehinggalah David menyebut TIGA. Skidboot memahami dan patuh pada setiap arahan yang diberi.

Skidboot ketika memenangi top prize $25,000, Pet Star Competition


Skidboot mula terkenal selepas menjadi juara Animal Planet TV Nework dalam pertandingan Pet Star pada tahun 2003 dengan memenangi hadiah wang berjumlah $25,000. Dan setelah itu Skidboot mula dipanggil menjadi tetamu khas di rancangan Oprah Winfrey Show, David Letterman dan Jay Leno TV shows. Selain penampilan di kaca tv, Skidboot juga sering membuat kunjungan ke sekolah-sekolah tempatan.

Kesihatan Skidboot mula menurun selama beberapa tahun selepas ia ditendang di kepala oleh kuda dan buta di satu mata. Dan pada satu pagi bulan Mac 2007, Barbara Hartwig mengatakan, Skidboot tidak mampu lagi mengangkat kepalanya, lalu pasangan itu membuat keputusan untuk 'menidurkan' Skidboot. Skidboot ditanam di bawak pokok oak di ladang Quinlan, Texas milik David dan Barbara Hartwig.

The Hartwigs meninggalkan penghargaan untuk Skidboot di laman web mereka:

"What a wonderful life of fourteen years he lived! Never has a last minute, second-thought Christmas gift ever shone so brightly as Skidboot."

Walaupun David Hartwig ada melatih beberapa anjing lain, beliau menegaskan mereka tidak punya rancangan untuk menggantikan Skidboot sebagai haiwan kesayangan. "There was only one Skidboot," katanya.

Jom kita saksikan beberapa video Skidboot yang sangat mengagumkan!!

Ini adalah video pertama ketika saya mula mengenali Skidboot. Skidboot dalam rancangan America's Funniest Home Videos.




Skidboot dalam rancangan Pet Star yang dimenanginya.




Skidboot menjadi tetami dalam Oprah Winfrey Show.




Video penghargaan untuk Skidboot.




source - dallasnews

p/s: David Hartwig mengatakan dia tidak pernah menganggap Skidboot sebagai haiwan sebaliknya dia melayan seolah Skidboot manusia yang telah menjadi ahli keluarganya.

suka?

7comments: