Thursday, October 7, 2010

Syukur Alhamdulilllah...berkat doa keluarga dan kawan-kawan, semuanya berjalan lancar.

05 Oktober 2010 | Selasa

9.00 pagi - tiba di Hospital Pantai Batu Pahat, register dan buat deposit payment.

12.00 tengah hari - masuk Operation Theater.

3.00 petang - keluar Operation Theater

...kemudian tidur tidur dan tidur ZzzZz.....

06 Oktober 2010 | Rabu

pagi sampai tengahari - pang pang alang sedar tak sedar, bangun sekejap tidur lama

2.00 petang - dah sedar sepenuhnya sakitttt....pastu demam la pulak

mujur dah kentut selagi tak kentut TAK BOLEH makan yer...tangan yang masuk air tu pon sampai dah bengkak amatlah sakit, bila dah boleh makan dan minum tu barulah boleh dicabut, lega.....




07 Oktober 2010 | Khamis

4.30 pagi - misi kejut soh bangun minum milo, huhh apa sejadahnya! pagi-pagi buta soh minum milo lak nih?? bila ingat ingat balik sblm tu beliau ada bagi makan ubat demam mungkin tak nak bagi perut kosong kot, ok fine aku minum! terkulat-kulat la pepagi buta tu nak menghabiskan milo secawan huhuu...

7.00 pagi - bangun dengan kudrat tenaga air milo tadi, bangun pelan-pelan nak pegi mandi pastu siap-siap, cantik-cantik, mangie-mangie kasik the best impression kat puan doktor bahawasanya aku dah sihat dan dah bersedia nak BALIK!

11.00 pagi - doktor datang, Doktor, "demam lagi tak?" Aku, "TAKKK..." Doktor, "betul ke ni?" Aku, "BETULL..." Doktor tengok tengok cek cek... Doktor, "ok boleh balik" sambil tersenyum. Aku: TERSENGIH ngeh ngeh ngeh..."

12.00 tengah hari - lepas lunch buat payment pastu cabuuttttt................

Sekarang - kat rumah tengah polok Baby Mushuk, beh nyer dapat polok budak bushuk nih weeeee...........


p/s: pada yang berkirim salam kat doktor handsome lagi kacak, mintak maap byk2 sebab doktor saya adalah seorang wanita yer....saya pergi jejauh ni sebab nak mengelakkan doktor lelaki, ai tak rela u dengan doktor lelaki kerana sesungguhnya saya seorang yang pemalu auwww!!

11 comments:

e.t.t.y said...

hoh...perli ai nampak...hancur betul hati ni...

pae's faezah said...

alhamdulillah sume nyer selamat hehe..

AROL DSHW said...

alhamdulillah. :)
seronok lah baby mushuk dapat lepaskan rindu kat mummy dia.

sweetsal said...

syukur..dah selamat..seronok bila nak balik rumah ye..dpt peluk2 baby mushuk lagi..

m.q said...

alhamdulillah
semoga cepat sihat yer..

Ms J said...

alhamdulillah... jgn buas2 mcm baby mushuk.. Rehat leklok ye?

Chika said...

Alhamdulillah. Meowwmania boleh kentut rupanya... hihihi gurau je. Lega bila dpt msg ptg tu.

Alhamdulillah. Sekarang dah baik demam ke blom? Chika dan anak2 bulus kat sini sentiasa mendoakan Meowwmania supaya sihat dan cepat sembuh.

Baby Mushuk teman mami taw....

Nur Misnan said...

salam meoww..
dah kenapa plak masu spital..
demam teruk ke sampai masuk air..

moga cepat sihat ya cik adik musyukk... take care ur self

m4rilyn said...

alhamdulillah,suker i dengar u dah sihat

doc encem....

eh baby mushuk gak jadik pojaan hati..budak nakal yang bertuah

Lan Bingka said...

alhamdulillah dah selamat.. rumah sedara saya dekat2 situ je..;)

lupie said...

Oh sayang ... no wonder you tak jenguk Lucky.
So I datanglah melawat, rupa-rupanya masuk hospital.

How are you now my dear? Happy to read that it went well and you are now resting at home.

Anyway, We wish you speedy recovery. Lucky sends his power purrs!

Perere Roce?? Heheheh - bak alamat I hantar kat you! (seriously!)

Lots of love from all of us here.