Friday, October 8, 2010

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN !!

Share
Syukur alhamdulillah pembedahan berjalan lancar walaupon saya hampir-hampir tak dapat pulang kerana diserang demam, dengan berkat doa dan kata-kata sokongan dari kaum keluarga serta kawan-kawan demam saya kebah dengan kadar segera. Saya diberi Cuti Sakit selama sebulan dan sekarang saya sedang berehat di rumah.


Kepada kawan-kawan yang datang berziarah, TERIMA KASIH kerana bersusah payah datang melawat saya. Kepada yang memberi SMS bertanya khabar, memberi nasihat dan kata-kata semangat TERIMA KASIH kerana mengingati saya. Kepada yang meninggalkan komen memberi sokongan dan mendoakan kesihatan saya TERIMA KASIH kerana prihatin akan keadaan diri saya. Dan kepada yang sanggup nak menghantar coklat Perere Roce tu TERIMA KASIH kerana sudi nak melayan kerenah saya. TERIMA KASIH sekali lagi kepada semua, sungguh terharu dengan sokongan yang diberi walaupon ada di antara kita tidak saling mengenali apalagi bersua muka. Saya amat menghargainya semoga Allah membalas segala doa ikhlas kawan-kawan kepada saya, amin ya rabbal alamin...


Keadaan diri saya sekarang alhamdulillah baik-baik saja cuma segala pergerakkan perlu dilakukan dengan perlahan, saya tak boleh nak bergerak pantas sesuka hati, bercakap pon perlahan tak mampu nak kuatkan suara, berjalan pon sama. Rasanya kalau dibandingkan dengan baby bolat dua hekor tu pon lebih pantas dorang berjalan lagi dari saya. Saya tak boleh nak berjalan lama, tak boleh nak tunduk lama, tak boleh nak duduk menyangkung, bersila apalagi bertimpuh. Jadinya setiap tempat yang saya nak pergi tu perlu ada kerusi, dalam toilet pon begitu juga mandi duduk, angkat air sembahyang duduk, solat duduk, tidur pon lebih selesa duduk bersandar sebab bila saya baring kemudian nak bangun semula rasa sakit tu terlalu sedap rasanya huhuu.. Di saat-saat macam ni jugak saya elakkan diri dari menonton cerita kelakar atau mendengar lawak jenaka kerana bila saya ketawa pon sakit yer...apalagi bila terbatuk atau tebersin! rasa macam jahitan kat perut saya ni nak terlerai jer... oh! sungguh menakotkan ngeeee~~


Budak-budak jebon sekalian tu pon macam konpius dengan keadaan saya, mana taknya kalau dorang buat perangai tu saya marah tapi ton suara tu langsung macam tak marah piching lari, slow aja bunyiknya jadinya konpius lah mereka kan... "mummy ni marah ke sayang ekk?" huhuu... Kalau si Baby Mushuk pulak membuli adiknya, nak tunggu saya berjalan sampai ke arah dia tu sampai dah puas lah dia membuli bebudak tuh...aduhai sadisnya. Sekarang ni la baru saya sedar betapa kita harus mensyukuri nikmat di kala kita sihat, baru sikit nikmat ditarik oleh-Nya saya dah rasa sangat susah dan tak berdaya.


Oleh itu kawan-kawan ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan (didatangi) lima perkara:
  1. Masa muda sebelum datang tua mu,
  2. Masa kaya sebelum datang fakir mu,
  3. Masa lapang sebelum datang kesibukan mu, 
  4. Masa sihat sebelum datang sakit mu,
  5. Masa hidup sebelum datang mati mu. 

Sekian saja takzirah pada hari Jumaat yang mulia ini huhuu.... Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada kawan-kawan kerana bukan tujuan saya ingin mengajar sesiapa cuma saya ingin berkongsi  pengalaman yang terlebih dahulu saya rasai ini dan saya doakan agar semua kawan-kawan saya sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT, amin....


p/s: baby bolat dua hekor tu dah besar dan bertambah bolat jer,alaa.... jangan la cepat sangat besar huhuu

suka?

4comments: