Tuesday, November 2, 2010

Baby Mushuk MERAJUK??? kah kah kah........

Share


Ini muka Baby Mushuk selepas kena marah. Kenapa kena marah? Sebab dia membuli adiknya dengan begitu hebat sekali, jeritan Min membuatkan Kakak Baby trauma, bukan ibunya sahaja dengan aku aku sekali trauma yer...ingatkan tersepit pintu ke ape rupanya akibat dihempap dan digeget si Baby Mushuk.




Budak ini kalau bermain dengan adiknya memang kena dipantau, acapkali bila dah syok bermain macam naik seh pulak. Adiknya dibuat macam anak patung dipijak, dihempap dan digeget sesuka hati. Kesian kat Min, mesti terasa sakit betul sebab tu dia menjerit sekuat hati dah la si Min tu kocik....kalau si Montel tak pe jugak huhuu.... Lama jugak la Baby Mushuk kena bebel, sampai terbaring-baring aku paksa dia dengar bebelan aku. Tapi lepas tu macam kesian pulak tengok muka dia, dia faham la kan bila kena marah tu muka sedih jer....tak sampai hati pulak menengok jebon sorang ni.




So ajak la budak ni bermain kat laman, tapi tengok la muka budak mushuk nih sedih aje....diajak main pon tak mahu. Duduk diam kat satu tempat, bila dipanggil toleh pon tak nak cuma telinga je yang bergerak-gerak, aloloo.....keshian betul la tengok budak nih.......




Pastu tetiba je dia bangun, terus masuk balik dalam rumah buat pose macam ni hahahahah....sampai hati ke korang kalau tengok muka kesian macam nih? tak sampai hati beb...... Then aku cakap bebaik kat Baby Mushuk, "baby nak main dengan adik yer...? nanti mummy bawak adik keluar tapi main elok-elok taw jangan gigit-gigit adik nanti kalau adik sakit camane...."




Lepas je bawak adik-adiknya keluar baru lah bulat mata bersemangat nak bermain. Adiknya tu pon teruja bila nampak Baby Mushuk, terus je memasing meluru berlari nak mendapatkan kakaknya yang sorang itu, punyalah laju sampai blur gambar, perasan tak Mon dan Min dalam gambar ni?




Baby Mushuk bermain sambil diperhatikan oleh Kakak Baby. "Kakak Baby jangan risau yer...keadaan terkawal"


p/s: Baby Mushuk berjaya bermain dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. "Tahniah yer sayang, next time kalau gud girl lagi nanti boleh *ngecek RC BabyCat adik kamu". Baby Mushuk suka mengecek adiknya makan RC, macam dah tak suka makan Blackwood jew.... *pengsan!!

* mengecek tu macam bila orang makan kita cakap "mintak sikitttt..." Korang paham tak? kalau tak paham buat-buat paham sudeyyy

suka?

12comments: