Wednesday, November 17, 2010

Berenang, Minum Air Kelapa Dan Memetik Bunga-Bunga Di Hari Raya

Share
erkkk alhamdulillah, kenyang.....




baru lepas makan ketupat dengan nes panas pehh! raya raya macam ni dapat ketupat, kuah kacang dengan ayam masak merah dah boleh membuatkan aku bahgia seronok tak terhingga walopon tak dapat balik kampung. Cuti pon sehari je kan jadinya berhari raya di rumah lah saja.


kalau kat kampung ni memang meriah dari satu rumah ke satu rumah, dari ketupat ke lepat oh heaven! beraya kat rumah ni nengok lah muka satu budak jebon ke jebon yang lain...dah la memasing perangai bukan main baik, sabo jelah.


tapi best jugak la beraya kat rumah sendiri ni, kat rumah aku ada sungai boleh berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, ada pokok kelapa boleh minum air kelapa, pastu ada banyak bunga-bunga dapat la petik-petik bunga feeling feeling macam little red riding hut, haa rumah korang ada??


apa? tak percaya?? cakap banyak pon tak guna korang tengok jelah gambar ni dengan mata kepala sendiri...










haa korang nampak tak sungai yang mengalir deras kat belakang tu huakaka....


dan ini bunga-bunga yang aku petik, cecantik bunga-bunganya taw ahaks~


sempena hari yang mulia ni kan korang amponkan jelah aku yerk...aku hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari membuat khilaf dan dosa tehehee.... Selamat Hari Raya Korban untuk korang semua dan marilah sama-sama kita bermuhasabah diri, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


p/s: nampak sangat kebosanan tahap cipan aku dengan terhasilnya entri merepek meraban nih, nasib korang lah sapa soh baca muahaha...

suka?

8comments: