Thursday, November 18, 2010

‘Cinta syyh’ Aishah dan Uncle Seekers. Anda Percaya?

Share
Sekarang tengah kecoh pasal cerita ni tak kira di dada-dada akhbar mahupon di dada-dada belog. Cerita tentang hubungan cinta rahsia antara Uncle Seekers dan bekas Permaisuri Agong Siti Aishah. Pada aku tak kira betul ke tidak tak perlulah sehingga membuat pendedahan besar-besaran macam tu. Kerana itu hanya akan lebih membawa keburukan daripada kebaikkan.


Kenapa perlu bermati-matian kononnya ingin membuktikan kebenaran sehingga sanggup membuka keaiban orang lain. Tak payah la kot nak buat pendedahan dengan membuat rentetan peristiwa apa yang penah/tidak pernah berlaku (siap ada part 1, part 2 dan spare part lagi..) sehingga menjatuhkan maruah seseorang semata-mata untuk tatapan manusia bzbody (termasuk saya sbb sy pon buat entri pasal ni kan haha..) sebab manusia-manusia bzbody ni tadi pon akan dinilai oleh Allah swt. Jika Allah telah menutup aib manusia kenapa perlu manusia itu berbangga membuka aibnya sendiri.


Tak pasti apa tujuan sebenar Uncle Seekers ni membuat pendedahan sebegitu rupa di blog beliau, betul ke untuk "To Seek The Truth" tak pon nak dapatkan jumlah visitor yang tinggi? Kalau itu tujuannya dah berjaya la kot. Kite pon tak tahu la cerita sebenar dan sebab musababnya tapi yang pasti ada hikmah dan Allah juga yang maha mengetahui, waallahualam... Kepada uncle seekers kalau sudi, boleh lah uncle baca entri saya yang bertajuk ‘Keaiban Yang Ditutup Allah’ (budget uncle seekers baca blog aku hahaha...ketawakan diri sendiri)

gambar tiada kaitan dgn entri
kata raya korban haruslah letak gambar lembu tehehee....


eh! satu perkara yang aku perasan..."uncle, uncle tak carik antu lagi ke? carik publisiti murahan puleks" ops! telebey suda ngeeee.....


p/s: entri ini ditulis dalam keadaan separuh sedar. Entah angin apa si Montel malam tadi tak nak tido tido, dok melenting-lenting atas katil pastu terjun, panjat meja solek pastu terjun, pijak muka aku, geget jari aku, tak boleh nak bergerak langsung mesti kena terkam jadinya kena sentiasa berada dlm keadaan statik, paling ngeri sekali dia boleh meloncat kat atas pewot aku nih! haihh la Mon pewot mummy kamu ni dah la belum sihat walafiat.. Memang JEBON betul taw budak sorang nih!!

suka?

7comments: