Wednesday, November 24, 2010

:: CITAM Anak Ibu BULAT Tebulat-Bulat ::

Assalammualaikum...


Semalam dah citer pasal Ibu Bulat Tebulat-bulat so hari ni aku nak cerita pasal salah seorang anak Bulat iaitu Citam. Citam merupakan kembar tiga yang lahir bersama dua ekor adik-badik jantan, Citam sekor jer betina. Tapi sekor jantan tak panjang umur mati akibat penyakit dan sekor lagi adalah si PUTEH sindrom down.



Citam berusia 4 tahun lebih, sangat manja dan sangat nakal, degil susah nak mendengar kata. Citam suka merayap di luar rumah tapi apabila nak poo pee dia akan masuk dalam rumah dan poo pee sesuka hati.



Memang makan hati dengan budak sekor nih, perlu kesabaran yang tinggi nak melatih Citam sampaikan aku pernah buat jadual poo pee dia, tiap kali tiba masa aku akan dukung Citam bawak masuk tandas. Dan kalau waktu bekerja aku akan telefon mak untuk ingatkan dia.



Tapi tu dulu la masa tecit-tecit dulu, sekarang ni dah baik sikit....sikit ajeee degilnya banyak lagi. Kadang tu dia buat hal jugak, sabo jelah hehh!



Disebalik kedegilannya tu, Citam ni sebenarnya pernah menjadi ibu. Citam terpaksa melahirkan anaknya secara pembedahan kerana bayinya lemah akibat daripada suntikan pencegah kehamilan yang secara tidak sengaja telah diberi ketika Citam bunting (vet pon main suntik je bukan nak check dulu). Baiklah Citam tak apa-apa cuma dua daripada tiga anaknya mati sebaik saja dilahirkan.



Yang hidup sekor ni jer....oleh kerana Citam beranak secara pembedahan dia tak mahu menerima anaknya jadi aku terpaksa memberi baby Citam susu formula menggunakan botol susu. Sayangnya umurnya tak panjang, baby Citam cuma dapat bertahan selama 4 hari sahaja.



Akibat dari kedegilan Citam merayap ke rumah-rumah orang, dia penah cedera teruk pada pinggul hingga ke kaki kerana dipukul. Citam tak boleh bangun dan tak boleh berjalan sedih betul tengok keadaan dia masa tu. Doktor menasihatkan agar Citam dikurung supaya dia tak banyak bergerak, masa sakit tu boleh pulak dengar kata...duduk diam je dalam carrier, nak bagi makan ubat pon senang jadi cepatlah sembuh.



Lepas sihat tu Citam dah tak merayap-rayap lagi malah dia sangat takut jika dikeluarkan dari rumah, Citam banyak menghabiskan masa dalam rumah tapi lepas tu timbul pulak satu hobi baru....Citam suka tidur kat dapur lagi-lagi kat tempat makanan contohnya macam dalam gambar ni, Citam tidur kat dalam tray biskut...


dalam rak pinggan mangkuk...

...dalam rice cooker pon penah.

Citam juga adalah musuh dalam selimut semulajadi si MOMEL sejak pada kali pertama Momel datang.


tapi itu semua dah jadik kenangan, Citam dah takde kawan gaduh sebab Momel dah takde


p/s: tetiba sayu pulak bila imbas kembali citer dulu-dulu

10 comments:

NaddY said...

hohoho duk dalam rice cooker tak tahan tu...sian citam kene belasah dengan orang sehingga teruk camtu sekali...
owh momel maner lah kamu pergi...

sunyi sepi said...

huhuhuh...awat semua entri kali ni sedih2 MM...waaaa...nangis lagik....

gabbana said...

wahahaha.. seronoknya baca...! cooommmeeeeellll...! ;D

tapi kenapa panggil citam..? Dia takdelah hitam mana pon.. hehe..

eh, tak gaduh ke ngan org yg mencederakan citam tu..? Kalau saya dah lama pergi bakar rumah org tu..! Wahaha..

p/s: Tak reti la nak potty train kucing nih... kalau dah besar, mmg dah terlambat eh..?

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

akak dulu pun ada sekor nama citam. Amek dr tengh2 jalan...2 bradik. Citam buta seblah mata. Adik dia mati lepas beberapa ari di bela..sbb dia tido bwh tayar keta...huuwaaa..citam pun dh lama mati...sakit...uhukkk...tapi citam baik & dgr kata...sedih...huuu

DearCats said...

Ya Allah!.. sedihnya kisah idup citam :(.. panjang betol kisahnya. Bertuah dia dpt owner mcm MM ..

sweetsal said...

syonok tgk anak citam hisap susu botol..pandainye..

meowwmania said...

naddy,
tulah...org tak berhati perut! haiwan tu dah tentu tak berakal yg dia manusia mana pegi ntah akalnya

sunyi sepi,
alaa..tak berniat pon nak buat kamu sedih, just nak share stori bebdk ni jer huhu

gabbana,
sbb cikit hitamnya la pggl Citam bukan Hitam hehee..

malas la nak gaduh ngan org yg tak berakal, hopefuly 1 day dia sedar

kcg seeloknya train dr kitten, tp tgk kucin gak lah kalo dpt yg degil cam Citam ni pasrah jelah huhuu

mamarempit,
sedih kan kak bila kenang2 citer dulu-dulu nih

DearCats,
masing-masing ada kisah sedihnya DC, kita cuba buat yg terbaik spya mereka dpt hidup selesa, insya'Allah..

sweetsal,
kena reject ngan ibu dia terpaksa lah isap susu botol, tp syg tak pnjg umurnya..

ettymelladikboy said...

mula mula dah happy dah aunty mm. sekali tengok gambar momel.....nangesss terus.!!!

ingatkan jantan, sebab muka samseng betul..sekali gigirl lahhh

m4rilyn said...

MM rindukan Momel ye...sabar ye yang.

Citam, perangai kamu suka tdo kat dapur tu sungguh la comel plus ngan muka tak bersalah tu. aunty suke :)

meowwmania said...

ettymelladikboy,
yela mak etty belum boleh nak lupakan Momel lg :(

m4rilyn,
masih teringat-ingat kat Momel :(

Citam ckp dia pon suka kat aunty marie :)