Tuesday, November 23, 2010

:: Ibu Bulat Tebulat-Bulat ::

Share
Assalammulaikum wbt...



Hello everyone! Hello animal lovers! Hello cat lovers! Hello readers! Apa khabar semua, harap semua khabar baik-baik belaka. Hari ni saya nak cerita pasal BULAT. Memang jarang saya buat entri pasal Bulat ni sebab hampir keseluruhan hari Bulat dipenuhi dengan aktiviti tidur tidur dan tidur... Jadik sementara beliau tengah sedor diri ni sempat lah saya snap seketul dua gambarnya buat tatapan semua.




ini Bulat atau nama manjanya Ibu Bulat Tebulat-Bulat. Bulat adalah kucing pertama yang aku bela *rasanya dah lebih spoloh kali aku bagitau. Mata yang nampak sebelah tu mata Baby Mushuk, orang sibuk nak snap gambar, dia menyibok nak interprame. Ok sila abaikan, entri kali ini kita fokuskan pada Bulat SAHAJA.



Umur si Bulat ni kalau tak silap dah lebih sepuluh tahun, kalau dalam kiraan umur manusia dalam lingkungan umur 57-58 tahun, dah termasuk dalam golongan warna emas yer...silalah hormati orang tua *pesanan khidmat masyarakat dari meowwmania dot com


Disebabkan umur jugak si Bulat dah semakin tak aktif kebanyakkan masa beliau gigih menghasilkan taik mata. Makan tidur, makan tidur itulah rutin harian si Bulat. Tapi kadang tu bila angin kus-kus datang si Bulat ni boleh tranform jadik macam macam kitten, berlari menyenget-nyenget, terkinja-kinja, terlompat-lompat, teruja tak tentu pasal. Tapi kejap jelah lepas tu terus pengsan kepenatan, maklumlah tenaga dah tak macam masa mudo-mudo dulu.


mata dah layu.....
kroh krohh.....
Tiru macam saya. 
Tidur dengan posisi kaki ke atas adalah 
baik untuk peredaran darah.



kalau tak selesa dengan posisi tadi boleh lah cuba 
posisi ini pula ahaks~


"go away. all i wanna do is catch up on my sleep!!"



p/s: dulu Bulat sungguh tasuka dgn MON MIN tapi sekarang dia dah mula cium-cium budak dua hekor tuh...

suka?

14comments: