Friday, November 5, 2010

MOMEL. Di Mana Kan Mummy Cari Ganti

Share
Hari ni, hari kedua Momel hilang...sengaja sebelum ni aku diamkan perkara ini kerana mahu berfikiran positif. Entri terdahulu menceritakan keadaan Momel yang kurang sihat, dia demam dan tak mahu makan. Momel sentiasa menjauhkan diri dan tak mahu diganggu, aku biarkan dan bila waktu makan aku pujuk supaya Momel dapat menjamah makanan walau sedikit buat mengalas perutnya. Kali terakhir aku berjumpa Momel, aku peluk badannya terasa hangat, aku cium dia lama-lama, sedih betul lihat keadaannya yang semakin susut.

Pagi tadi bangun dari tidur aku terus menjengok kalau-kalau Momel balik tetapi hampa, air mata mengalir laju dada terasa sebak. Mak dan abah tolong mencari sama, abah kata mungkin ada orang ambil tetapi hati aku kuat mengatakan Momel dah 'tiada'. Kucing kalau nak mati dia akan keluar dari rumah dan pergi jauh, itu pengalaman aku. Aku tak mahu terus mengharap. Life must go on, yer...hidup perlu diteruskan. Aku mesti kuat, kuat untuk yang lain yang masih mengharapkan aku. Walau hakikatnya terlalu pahit untuk aku telan, apatah lagi bila melihat tempat kegemaran Momel, seakan dia sedang berbaring di situ.....sentiasa terpandang-pandang wajahnya yang comel itu.


"Ya ALLAH, sekiranya ajal Momel telah tiba Kau ambil lah nyawanya segera supaya dia tidak menderita kesakitan dan jika usia Momel masih panjang Kau selamatkanlah dan Kau lindungilah dia walau di mana dia berada, amin..."





















Momel, di mana kamu sayang.....


p/s: ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini, sesungguhnya 'dia' sangat istimewa dalam hidup ku.....

suka?

27comments: