Monday, November 29, 2010

REVIEW FILEM : Rapunzel A Tangled Tale



Siapa dah tengok citer Rapunzel A Tangled Tale nih?? Ok nak bagitahu, aku dah tengok! best woo citer niiii....lima bintang aku bagi. Aku memang minat giler arr dengan movie-movie Disney nih dan ini first time aku tengok filem Disney dalam 3D.


Memang dah pasang niat nak tengok masa tayangan pertama, so sebelum menonton wayang haruslah perot diisi dahulu supaya ia tidak meragam di kemudian hari. Teringin nak makan nasi ayam jadinya pergi lar ke Restoran Nasi Ayam Haji Ali.


nasi goreng kampung super pedas bersama ayam sambal 
dan sup kosong, yummeh!!


gendang gendut tali kecapi, kenyang perot suka hati 
*aku br perasan yg pantun ni adalah pantun favourite aku


makan haruslah sebelum menonton wayang supaya makanan yang dimakan tadi boleh bertukar menjadi tenaga semasa menonton wayang, tak  lah dah jadik lemak, bijak tak?? *tgk wayang tu duduk je kan setitik peluh pon tak keluar, agak-agak korang boleh keww....HUAHUA





watak-watak dalam filem ni semuanya kiut miut tiutt belaka
aloloo....kiutnya muka memasing


Mother Gother yang psiko

 SINOPSIS:

Kisahnya bermula apabila Rapunzel atau sebenarnya seorang puteri raja telah diculik oleh Mother Gothel kerana kesaktian rambut Rapunzel yang boleh menyembuhkan penyakit dan mengekalkan kemudaan *awet muda la tuh. Rapunzel dijaga dan dikurung oleh Mother Gother dalam sebuah menara tinggi jauh di dalam hutan untuk kepentingan dirinya sendiri. Pengembaraan bermula apabila Flynn Rider seorang pencuri yang sedang melarikan diri dan dengan tak sengaja terjumpa menara tempat Rapunzel tinggal lalu bersembunyi di situ. Rapunzel yang terdesak ingin keluar melihat 'lantern' yang terapung di ruang udara pada setiap kali hari lahirnya membuat perjanjian dengan Flynn Rider untuk menunaikan impiannya sebagai balasan dia akan memulangkan kembali barang yang dicuri oleh Flynn. Ekspidisi sepanjang penjalanan dorang sangat havoc macam-macam yang terjadi...kalau korang nak tahu apa yang terjadi sila lah tengok sendiri huhuu...



part ni sangat hampeh HAHAHA...lawak tol lah si Flynn nih



rambut Rapunzel yang panjang mengurai bukan saja mempunyai 'magic' malahan banyak kegunaannya. siap boleh bergayut, buat selimut, dan boleh jadi tempat persembunyian lagi, comel! 



time lantern lantern ni terapung sangat indah, terkesima kejap. siap ada yang terapung bergerak ke arah penonton lagi, aku dok gapai-gapai tangan bagai konon macam nak tangkap *sangat jakon



Pascal yang adorable


suka sangat kat Pascal ni dah la comel, lawak, boleh tukar-tukar kaler lagi. lagi satu aku suka sangat watak Maximus kuda istana yang sangat gagah dan bijak, si Max ni musuh ketat Flynn sonok tengok dorang bergaduh, COMEL okeh....


citer ni sangat menarik ada elemen sedih, gembira, kelakar arghhh...memang best lah tak tahu camana nak ceritakan kebesannya. memang berbaloi bayar tiket sampai 15.00 hengget. rasa macam nak tengok lagi pon ada sebab kali pertama aku tengok dalam 3D ni tersangat la jakon kejap kejap bukak cermin mata 3D tu sebab nak tengok apa beza bila bukak dan bila pakai HAHAHAH....



p/s: sekarang aku tengah gigih simpan rambut panjang cam Rapunzel pastu pastu nak bela sesumpah yang kiut cam Pascal dan kuda yang handsome dan lawak cam Maximus, tolong doakan impian aku ni tercapai yer tawan-tawan, bubbye....

9 comments:

kimora yusof said...

Cartoon disney mmg comel2 secomel org yg menontonnyer...hi meowmania,

saya said...

hello..kalo baca dari atas sampai bwh.. ygbanyaknya cerita pasal menu dia.. makan nasi ayam peda, mkn dabel cis beger, minum ice blended..minum ubat batol.. apakah? hahahahhaa... saya pon nak tgk rapunzel tapi takdekawan.. ajak obek dia takmau. hahhahaa..

meowwmania said...

kimora yusof,
hi kak kimora tehehee...

saya,
oo iyer ekk HAHAHAH...layankan ajelah huhuu

Misz Pinkie Winkie said...

ehh..cik meowmania pegi ngan sapa tue.
nampak dah kurus lah cik meow kita.
saya jerk gemok bagai di pam2.

lama tak tengok wayang.
tapie kalo tengok..kompem makanan lebih mahal dari harga wayang.
sbb tue pak tua malas nak bawa tengok wayang agaknya.
hehhhehe

Ikah said...

citer disney semua best2 kan

DearCats said...

haha! byk nya cita2 dan impian!.. teruja la baca film review MM.. DC mmg minat cartoon disney.. but at this moment mmg tak bleh pi tgk wyg la.. sbb baby dah ikat kaki DC hehe.. takkan nak bwk dia kan? kan? kan? so tunggu la rega DVD turun nanti.. :)

Nur Misnan said...

saka cik meoww..
alamakkk.. nak tgk tapi kena tunggu
mr. hubby nih dulu.. ishhhhkkk

aku baru potong rambut panjang..
rasa dah berat sangat ler..
sekarang i mcm jac.. hu3

cik EPAL said...

terliur tengok nasi goreng kampung tu =)

meowwmania said...

misz pinkie winkie,
hahh dah kurus?? yahoooo.....suka suka :D

misz pinkie sudahkah sy katakan yg sy syg pd misz pinkie hari inih tehehee...

Ikah,
yup sgt best!

DearCats,
teruja kan...mmg best taw kompem tak rugi ;)

Nur Misnan,
hehe...tgk jgn tak tgk

cik EPAL,
tang makanan jugak yg difokuskan. org citer psal Rapunzel lah bukan psal nasik goreng kampung huhuu...