Friday, November 26, 2010

SAAT DITEGUR. Melentingkah Kita??

Assalammualaikum w.b.t


Jumaat penghulu segala hari tiba lagi. Syukur kepada yang maha Esa kerana masih dilanjutkan usia sehingga ke hari Jumaat yang penuh dgn keberkatan ini. Jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram. Dan pada hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat.


Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha. Oleh itu, ingin sekali saya kongsikan satu artikel yang sungguh menarik bagi saya bersama kawan-kawan semua. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, insya'Allah



"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.




MEMBINA DAN MEROBOH


Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.



ORANG YANG MENEGUR


Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.




ORANG YANG DITEGUR


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".


Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai atau berbedak tanpa bercermin. Bukankah susah?.



YANG PALING PENTING!!


Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.


source - iLuvislam


p/s: banyak sungguh kekurangan diri ini, semoga ia sempat diperbaiki sebelum ditamatkan hayat ini.

8 comments:

Heidi Shafiq said...

kalau senyum kt org tu pun kire menegur jugak kan?

✿ y a t i e.sb ✿ said...

salam hari jumaat~
semoha kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t :D

Nur Misnan said...

salam... benar tuh
tegur menegur amalan mulia
yang di tegur haruslah menerima teguran
dengan lapang dada
yang menegur pula haruslah
dengan cara yang berhemah
agar orang yang di tegur itu
tidak berkecil hati dan menerima dengan baik.... =)

Ms J said...

J pernah ditegur oleh budak tingkatan 3 sebab buat entri guna BI yg tunggang langgang. Teguran yang diberi, J terima dengan hati yang terbuka. Soalan yang diajukan, J jawab dgn sehabis berhemah. Namun, dia tetap merendahkan-rendahkan J dengan menggunakan bahasa yang agak kasar. Bila J jenguk blog dia, tunggang langgang juga bahasa dia. Boleh pulak nak bangga diri lagi.

haih..Nak menegur, tp sendiri jalan senget. Kalau teguran yg diberi tu secara elok, kita pun mestilah berkobar-kobar nak perbaiki kelemahan diri kan?

kimora yusof said...

Entri yg memberi byk ilmu...terus menulis, yer

meowwmania said...

Heidi Shafiq,
kena tgk jenis senyuman kot :)

yatie sb,
insya'Allah mudah-mudahan..

Nur misnan,
kan...setuju sgt2

Ms J,
betul tu...klau menegur tegurlah secara berhemah ;)

kimora yusof,
entri ni sy dpt dari iluvislam kak, entri yg sgt menarik jd sy kongsikan bersama :)

Khairy said...

yup..betol tu, ramai orang pandai tegur orang tpi tak bole terima terguran orang lain, kira budjet power la....nyampah gak aku orang macam ni

Papa Hero said...

tegur salah tak tegur pun salah...las2 tiau jer..heheh