Thursday, November 25, 2010

Saya Adalah Seorang Kakak Mithali *itupon kalau korang nak percaya lah...

Share
Mula mula Berita Penting.
Nak bagitahu aku tengah batuk terbahak-bahak ni *jangan main-main bukan ketawa je ada terbahak-bahak taww. Batuk dah tahap kritikal dah nih sampai nak terkeluar anak tekak. Ubat batuk sampai dah habis sebotol aku telan tak jugak hilang. Sesiapa ada petua tolong la bagi. Kerjasama yang diberi didahului dengan ciuman penuh kaseh sayang inih




Ok sekarang nak citer cerita yang sebenarnya, sepanjang hari ni aku jadik Kakak Mithali pepagi dah bangun buat air, buat sarapan eh! buat ke? beli je ponnn. sebab mak abah sedang bepergian, mereka ke Medan Indonesia untuk berhoneymoon kata nyeee... Jadi anak-anak tak boleh ikut yer. Ok fine tak ikut tapi jangan lupa bahagian saye yer bondeee ngeh ngeh ngehh~


kebetulan adik yg sorang tu cuti, sebagai kakak mithali memang takde mana lah saya nak memasak kan so menjadi tanggungjawab saya untuk membawa si adik mengisi perot yang kosong itu pada waktu lunch. saya bawak ke mcDonald duck saja.. mudah, cepat dan sedapp


gendang gendut tali kecapi kenyang pewot suka hati, so dengan pewot yang kenyang suka hatinya merayap ke mall pula. Ingat nak carik ubat batuk eh! bukan ubat batuk nak carik gegula untuk orang batuk. Tiba-tiba terlalu dekat CoolBlog, dah terlalu tu terbeli la pulak.



tengah skodeng perisa yang menjadi pojaan hati.
eh! pandai pulak adik aku amik gmbr camni, boleh pulak diblur kan amoi kat depan tu ekk..korang reti?? aku sendiri pon tak reti huahua...


sedang gigih memerhati proses membuat ice blend CoolBlog, 


ok dah siap. sila bayar...



senyum itu satu sedekah lalala~~
oh pokcik CoolBlog saya amat ter'addicted dengan anda *CoolBlog tu laki ke?



srott sroottt.... sedapnya ice blend cokolat nih
suka sangat mende bulat-bulat hitam yang kenyal kenyal tuh, apa benda nama dia ekk?



kata nak carik gegula batuk apsal boleh terpesong kat Clean&Clear section nihh...
*molot tak lepas dari CoolBlog



ahaa...dah jumpa apa yang dihajati gegula batuk cap Dequadin perisa lemon *alahh yang dalam iklan ada abg macho badan ketak terkeluar sore pondan tuuu



 p/s: batuk batuk jugak coolblog kau telan jugak pastu sibok nak mengadu-ngadu kat orang apahal??  sangat teserlah kesengalan di situ.


NOTA.
adik baru tukar hengpong baru, tu yg galak dia mengambik gambo...tengah kemaruk la konon, layannn zasssss~

suka?

16comments: