Tuesday, December 21, 2010

Berita Hari Ini Yang Membuatkan Saya Bahgie.....

Share
Suka sangat bila baca paper ada berita hepi hepi tentang haiwan. Harap-harap lebih banyak berita yang hepi macam ni keluar dalam paper weee.....



Berita dari Kosmo! hari ini...


Seekor orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.



LONDON - Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.

Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut. - Agensi





...berita seterusnya



Laman YouTube menunjukkan seekor kucing bermain dengan permainan video komputer tablet iPad baru-baru ini.


LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.

Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.

Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.

Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi


sorce - Kosmo!


p/s: takziah juga diucapkan kepada keluarga yg terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands...harap-harap ini adalah tragedi terakhir bagi tahun 2010

suka?

7comments: