Friday, December 31, 2010

Kisah Si Ibu Kucing

Share
Hello semuaaaaaa....oh! pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada pasukan bola sepak kebangsaan sempena kejayaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 sehingga Perdana Menteri kita mengumumkan hari ini (Jumaat 31 Disember) sebagai cuti umum. Kerana korang lah [pasukan Harimau Malaya aummm!] saya dapat berpoya-poya bersama anak-anak bulus di rumah hari ini hikhik...


Cuba korang tengok gambar di bawah ini. Masih ingatkah lagi dengan ibu kucing yang sedang merenung Baby Mushuk ituh??





kalau korang masih ingat kisah 'aku menangis tetengah hari buta kat bawah pokok rambutan' dulu, tentu korang cam ibu kucing nih. Ini lah ibu kucing yang telah kematian anaknya dulu, dia masih menumpang makan di sini dan masih selalu berada di bawah pokok rambutan itu. Nampak macam ibu kucing tu takut nak makan kan...ibu kucing tu memang takut dengan kucing-kucing aku. Maklum lah kucing-kucing aku tu kan gangsterism dan vandalism semuanya. Bila dibagi makan si ibu kucing tu akan tertoleh-toleh dan berhati-hati memerhati keadaan sekeliling sehingga dipastikan selamat baru lah dia makan. Sebab tu dia seolah takut bila Baby Mushuk berada berdekatan dengannya. Tapi Baby Mushuk tak marah pon dia tak kesah, yang kesah si Kakak Baby...tak boleh langsung nampak si ibu kucing ni datang menghampiri rumah harus dihambatnya haihh....


see....Baby Mushuk tak marah pongg dia cuma tengok aje.


Itu pon tak senang si ibu kucing tu nak makan, kejap kejap tertoleh toleh...bimbang diserang agaknya.




ibu kucing ni memang selalu dilihat berada kat bawah pokok rambutan rumah aku tak pon dia akan menumpang duduk kat rumah jiran sebelah tu, bila nampak je kelibat aku kat dapur dia akan mengeow dari jauh bagitahu dia ada kat situ agaknya, "aku ada kat sini weiii...jgn lupa bagi aku makan"


insya'Allah aku tak lupa...kalau tak aku pasti mak yang akan bagi stray cats kat luar tu makan, apa yang kiteorang makan hari tu, itulah rezeki mereka juga...kalau ikan ikan lah kalau ayam ayam lah. Sekali sekala kalau malas nak mengaul nasik dengan lauk aku bagi blackwood aje hehee...




eh! baru perasan si MIN ni kan warna coat dia sebijik macam ibu kucing ni kan...kalau kata anak ibu kucing ni pon orang percaya. Patutlah Kakak Baby marah sangat, bimbang anaknya diambil kot hihihih.. Kalau anak ibu kucing ni masih hidup tentu dia sebaya dengan MON dan MIN sebab selang seminggu Kakak Baby beranak kalau tak silap ibu kucing ni pulak beranak. Itu yang dia suka duduk kat bawah pokok rambutan tuu sesambil memerhatikan gelagat MON dan MIN agaknya.....


p/s: si MIN kecacingan, muntah cacing berak cacing...patut la dia kurus haihh...

suka?

8comments: