Wednesday, December 22, 2010

Maksud Di Sebalik Posisi Tidur Si Comel

Share
Kucing adalah haiwan yang pemain atau playful dalam masa yang sama mereka adalah haiwan yang paling banyak menghabiskan masanya dengan tidur, kucing boleh tidur selama 12 hingga 16 jam sehari. Mesti korang pernah tengok kucing tidur dalam posisi yang melucukan, samada dalam gambar atau melalui pengalaman kucing yang dibela sndiri. Kenapa agaknya mereka tidur dlm keadaan sedemikian rupa ekk...





1) Tidur berhimpit-himpit

Kucing gemar tidur berhimpit antara satu sama lain sebab kucing adalah haiwan bersosial dan kerap berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu juga dengan cara ini mereka dapat memanaskan badan ketika tidur terutama untuk kitten atau ketika cuaca sejuk.




2) Tidur bercahayakan matahari

Kucing juga suka tidur berdekatan dengan cahaya matahari . Dengan ini mereka dapat menyembangkan suhu dalam badan ketika tidur bahkan sesetengah kucing juga akan mengubah posisi tidurnya mengikut pergerakan matahari.




3) Tidur di tempat tinggi

Kucing adalah haiwan dalam kumpulan sama dengan harimau kumbang dan harimau bintang, oleh itu keinginan untuk melepak dan tidur di tempat tinggi tetap ada. Tak perlu risau risiko jatuh ketika tidur kerana deria keseimbangan mereka yang terletak dalam telinga sangat sempurna. Kalau jatuh pon mereka boleh mendarat dengan baik tanpa mengalami kecederaan.





4) Tidur terlentang

Kerap juga kita lihat kucing tidur dalam keadaan terlentang, empat kaki ke atas mendedahkan perut. Ini bermakna kucing tersebut merasa sangat selesa dan selamat dengan keadaan persekitaraan tempat dia tidur mereka. Keadaan ini hanya dapat dilihat pada kucing yang dipelihara jarang kucing jalanan atau kucing terbiar tidur dalam posisi sebegini kerana mereka sentiasa dalam keadaan yang bahaya dan sentiasa berjaga-jaga.





5) Tidur dalam kotak

Kotak, bakul atau apa-apa sahaja bekas kosong juga merupakan port favourite untuk si comel tidur. Pantang jumpa kotak kosong walaupon kecil mereka akan cuba sedaya upaya untuk meloloskan badan. Ini kerana tidur dalam keadaan sempit akan menjadikan dirinya berasa selamat. Sama macam korang jugak, tidur menyorok dalam selimut sebab ketakutan kan... hakhak




Durian Kucing Tidur

Gaya tidur kucing sangat famos amos sehingga diaplikasikan oleh sang durian. Isi durian seperti gambar di atas dinamakan 'Kucing Tidur'. Memang berbaloi-baloi kalau dapat makan isi durian cenggini, tebal, pekat, melekatttt pehhhh.....


gambar MIN tidur ni ada tak serupa macam isi durian...

suka?

13comments: