Thursday, December 16, 2010

Ops Membawa Kakak Baby Ke Klinik Untuk Di Neuter Kan

Share
Pagi tadi bawak Kakak Baby berjumpa vet. Tujuannya untuk di neuter kan. FINALLY! setelah keraskan hati. Kalau ikutkan memang kesian sebab Kakak Baby masih rajin menyusukan MON dan MIN tapi bila tengok keadaan Kakak Baby makin hari makin kurus tak sampai hati pulak. Si MON dan MIN makin hari makin gemok, tak boleh jadik! Mengambil keberkatan 10 muharam amik keputusan Kakak Baby akan di neuter kan!! dan Kakak Baby dah dipuasakan dari malam tadi...



terpaksa bawak ke ofis dulu sebab klinik bukak pukul 10 pagi. Asik mengeow je Kakak Baby dalam kereta sepanjang perjalanan sampai aku sekali ikut mengeow dok memujuk beliau.


sampai kat ofis terus keluarkan dari carrier, laju je si Kakak Baby keluar terus sniff sana sniff sini. Dah lama tak bawak Kakak Baby datang ofis, last kalau tak silap masa pipi beliau bengkak digeget serangga dulu.


lepas puas meng explore kawasan, Kakak Baby rilek atas kerusi sambil bermandi manda. hamboiihh rilek aje minah ni mengeow pon sekali sekala je, beliau tak tahu lagi apa yang bakal terjadi pada masa hadapan...hikhik


lepas tu sibok menjengok ke luar nak keluar. pujuk pujuk ajak ajak main....lambat pulak nak tunggu pukul sepuluh nih


dan akhirnya beliau tertidur.....sayu je hati tengok Kakak Baby tidur, mesti dia lapar...


banyak-banyak tempat kat kerusi aku jugak dia nak menyelit


gambar terakhir bersama Kakak Baby sebelum dibawa ke klinik.


"maafkan mummy sayang, mummy sayang kamu sebab tu mummy nak buat yang terbaik untuk kamu.... mummy promise esok mummy amik yer...nanti dah sedar mummy bagi favourite wet food Kakak Baby"...


p/s: doakan semua berjalan lancar untuk Kakak Baby yer...

suka?

11comments: