Thursday, February 25, 2010

Sapa punya keje nih??

Cuba tengok surat khabar kat bawah ni, ada apa-apa yang pelik tak?


Sbnrnya tak ada pape pon...cuma surat khabar ni masih dlm keadaan yang molek jer, tapi cuba tengok gmbr seterusnya ni.....

"
"
"
"
"
"

Haa...nampak tak dah berkecah-kecah. Sapa punya keje la nih??

Eh tunjuk bontot aje... weiii budak kecit sila tunjukkan diri anda!

Oooo....budak pelaun ni rupanya.............. Abu!!!!! Napa cepah-cepahkan???!

Da kena marah, buat muka kesian la tuu...

Tengok tu dah penat menyepah,
buat tak bersalah je terus tido....

Wah-wah....lena nyerrr dia tido



Wednesday, February 24, 2010

Maulidur Rasul




Selamat menyambut hari bersejarah, hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W atau Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Jumaat 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal.


Aku suka sangat dengan lagu Rasulullah dari Hijjaz ni, kalau dihayati betul-betul liriknya rasa sayu dan terharu mengenangkan besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah.





Rasulullah - Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela







Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa dan memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kasih kita kepada Rasulullah. Semoga kita semua beroleh manfaat dan keberkatan dari-NYA.
Amin...

Tuesday, February 23, 2010

Diam-Diam Ubi Berisi


"Dulu kan aku ingat ko sombong, senyap jek, cam pilih bulu nak berkawan pon ada aku tengok... tapi rupanya gonjol je"



Korang pernah tak dapat statement camni? atau korang sendiri yang mengeluarkan statement tersebut. Kadang-kadang tu bila kita belum kenal seseorang macam-macam andaian yang kita buat, sipolan tu sombong lah..tak ada perasaan lah.. eksen lah.. Lebih-lebih lagi kalau sipolan tu diam membisu seribu bahasa, tak gheti-gheti nak menyapa orang. Padahal diam tu sebenarnya adalah satu sifat yang baik.



Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).




"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)




Dah terang dan jelas, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam'. Ini tidak! asal orang tu pendiam je bantai sombong apa kes...? (pesal tetiba aku yang emo nih) Tapi sebenarnya... bila kita dah kenal dan berkawan betul-betul barulah kita sedar sipolan tadi rupanya sama je pale otak ngan kita kan.... Macam orang jawa cakap lah... "don't judge a book by its cover". Kesimpulannya kita jangan lah suka suki nak menilai orang, tak kenal maka tak cinta yer dak? Bagi yang dah kena sound sombong tu pulak...tak gheti-gheti ke nak ubah, diam boleh tapi cuba banyakkan senyum...lebihkan manis dalam senyuman tidak mengapa jangan lebihkan manis dalam minuman karang kena kencing manis pulak.


Amboiii manisnya senyuman....

Haa...yang ni bukan senyum, yang ni tersengih




p/s : ingatan untuk aku sendiri jangan suke-suke nak kutuk-kutuk orang yer, pada sesiapa yang pernah terasa hati ngan aku dengan rasa rendah diri aku mintak maap banyak-banyak, aku hanyalah manusia biasa yang tak lari dari membuat khilaf dan dosa... Maaf Zahir dan Batin, Selamat Hari Raya
(asal mintak maap je hari raya..asal hari raya je mintak maap)


Monday, February 22, 2010

Monday Blues

Hari senin ni memang rasa malasnya banyak (bkn hari-hari ke aku malas..??)
Hujan pulak petang-petang ni memang menggoda betullah..teringat bantal dan tilam empuk kat rumah, ditemani kucing-kucing ku yg comel...oh alangkah seronoknya kalau dapat tido Zzz......


Korang rasa camtu tak? Ke aku sorang yang malas..? Ok tak per...aku nak layan video ni sat, untuk mendapatkan energi dan semangat bekerja agar aku dapat bertahan sehingga detik punch card berbunyi nnti.


Jom kita layan video mamat-mamat gedik ni (eh mamat pon boleh gedik ker?)





hebat bukan miming mamat dua orang ni..
kalah Shah Rukh Khan dlm filem Kuch Kuch Hota Kau! (apsal cam lain je munyiknya)

Sunday, February 21, 2010

Bestnya... Bijaknya...

Cuba perhatikan betul-betul apa yang anda lihat pada seorang
lelaki yang sedang menunggang motorsikal kat dpn tu...

Seekor anjing menjadi pemboncing motosikal
bersama tuannya...

Rilek jer...siap menguap lagi "Tak boleh laju lagi ke tuan aku ni.."
Mungkin tu agaknya difikiran anjing tu kan..cehh pepandai jer



Sebenarnya gambar ni diambil oleh seorang photographer tak bertauliah iaitu adik aku. Bila dia tunjuk kat aku, aku rasa kagum sangat...bestnya, bijaknya anjing ni. Kan best kalau boleh bela anjing, anjing bijak tapi kucing-kucing aku pon bijak gak. Cuma kalau nak bawak pergi jenjalan kena la naik kereta. Kalau naik motor macam ni mau terjun bunuh diri kot...setakat letak kat bakul basikal tu boleh la itu pon dalam keadaan basikal tu statik (tak bergerak ler..) Aku rasa kucing-kucing aku tahu risiko bahaya naik kenderaan dua roda ni sbb tu dorang tak nak kot..haa kan bijak tuh!

p/s : i love my cats

Hot tips!

POoommmm........!!!

ooomak kau malatop!
heh apa benda tu????
laa....org excident lar..
motor dengan motor...sikit jer, baik tak apa-apa

Rumah aku ni betul-betul kat simpang empat, mmg hotspot selalu sangat berlaku kemalangan kat sini. Tak ada traffic light dan masing-masing tak nak mengalah, makin dekat dengan simpang makin ditekan minyak.. dok mengharap orang lain yang behenti. Orang yang lain tu pon harap camtu jugak lah..sudahnyerrrr.... pooommmmm!!! tebaboo... (eh pesal cam lain je bunyiknya ekk..)

Kat dalam surat khabar kebelakangan ni pon, selalu sangat kes-kes kemalangan maut ni menjadi tajuk utama. Antara yang pernah aku baca; kemalangan bas Sani Ekspress yang mengakibatkan 10 maut, 6 sekeluarga yang rentung melanggar traler di seremban dan yang terbaru kemalangan ngeri yang mengorbankan 4 saudara.

Tapi tak boleh nak cakap jugak bila excident nih, kadang-kadang tu bila kita dah menggunakan jalan raya dengan sehabis berhemah..orang lain lak yang menghentam kita, yer dak? Abis caneee.....??

Sebab tu mak aku selalu pesan baca doa bila naik kenderaan, berkali-kali dia ingatkan tak jemu-jemu...pada tiap kali aku atau adik dan abah aku sendiri nak memulakan perjalanan. Mak akan berdiri kat tepi pintu tengok kiteorang sampai hilang dari pandangan sambil mulut dia sendiri terkumat-kamit mendoakan semoga selamatlah perjalanan kitaorang pergi dan balik.

Aku nak share sikit tips yang aku sendiri dah lama amalkan tiap kali nak memulakan perjalanan. Dimulakan dgn bismillah...pastu baca al-Fatihah, 3 Qul, ayat Kursi diikuti dengan bacaan doa menaiki kenderaan. Kita mintak perlindungan dari Allah ...akan rasa lebih mantap dan dilindungi insya'Allah...

Panjang pulak entry kali ni...mesti korang dah bosan tengok ayat-ayat dan perkataan yang entah betul ke tidak grammer nyer. Ok tak per...aku dah sajikan sesuatu yang menarik untuk santapan korang jom kita layan gambar yang comel lagi momel nih.






mata kuyu je baru bangun tido...

cakk!! pandai posing yer...

alolo...comel sggh!
pinjam ekor buleh..?

Wednesday, February 17, 2010

J0m masak Nasi Citam!

K0rang pernah makan Nasik Citam?
Tak tahu....?????
Tak pernah dengar???
Haa...nak tahu nasik dia camane?
Meh kita tengok sama-sama....




~




~





~





~










Jeng..jeng..jeng....





tadaaaa...............




ni la dia Nasik Citam hua..hua..
Sila abaikan tmpt pemegang yg sememeh tu..
itu akibat petik suis tp nasiknya tak ada

Sebenarnya time tu aku nak mandikan kucing-kucing aku, lepas sekor-sekor kena mandi...aku sibuk mencari Citam. Cari punya cari rupanya dia dok sembunyi kat dalam rice cooker haha...baek punya port. Tak sangka lak dia leh sembunyi kat situ, tapi memang genius lar sebab aku pon hampir-hampir putus asa nak mencarik.

Bagus Citam tingkatkan usaha anda, next week carik tmpt persembunyian baru yer..leh main sembunyi ibu nnti huhu.....

Tuesday, February 9, 2010

M0mel dapat adik

Si M0mel dapat adik baru.. Abu baru je bagi nama, memula ingatkan betina rupanya jantan patut la kuat makan huhu..

Sbnrnya ada org buang kat rumah aku malam-malam buta, menjerit-jerit la kucing tu.

Mak: Sapa la yang buang kucing lagi nih??

Aku: Ntah..sengal tol la dorang nih, suka suki je nk buang-buang kucing!
(Sambil aku berjalan ke luar nak mencarik dari mana dtgnya sore kucing yg menjerit-jerit td)

Haa...jumpa pon! Laa kucing kecit rupanya...alolo ciannya
Terus aku dukung kucing kecit tu untuk diseludup masuk ke dalam rumah sambil jalan terjingkit-jingkit (nnti mak aku marah woo...sbb da byk sgt kucing kat rmh ni)
Terus bawak masuk dalam bilik air untuk disucikan, pastu bg makan.

Sampai la ke hari ni kucing kecit tu selamat, suci dan murni kat rumah aku.
Baik la si Abu ni pandai bawak diri, tak nakal sgt.. ala setakat nakal-nakal anak kucing tu normal la kan...dan aku dgn slumbernya buat tak tahu jer walaupun mmg dah tahu mak tak restu hehee... Tapi aku juga tahu mak aku ni penyayang dan lembut hati, bila aku keje mak la yg tlg jaga dan bagi makan suma kucing-kucing aku.

Maceh bonda, sayaanggg mak byk-byk muuaahhh!!!


Ni la ABU...ngah excersize panjat pokok

Cakk!!! (ganasnya muka..)


Abu ngah main-main ngan abg Momel..(wahh si M0mel da jadik abg yer....)

Lepas penat bermain, tido ler..(dlm bakul basikal)