Monday, March 29, 2010

Dia buat lagi...!

Lunch Time.
Sambil jalan lenggang kangkung (kenapa kangkung? kenapa tak lenggang bayam tak pon lenggang sawi..ok gak kan) nak menuju ke bilik tiba-tiba....aku nampak satu pemandangan yang sangat tak indah. Dengan nafas turun naik, hidong kembang kempis dan muka merah blusher aku melontarkan suara dengan key yang paling tinggi...


berani kau membuat onar lagi yer budak kecik!


bunga ni mak aku siap upah kat kedai lagi suruh gubah
abissss! jahanam bunga mak aku..................


tak puas lagi tu...dia nak keje kan ranting kayu tu pulak
aku geget jugak budak ni karang!!


Dah kena marah dok sembunyik kat bawah kerusi
buat muka kesian!
Ingat org kesian la tu tgk dia!
tapi memang kesian pon huhuu.....

ala tayang tayang..tiannya dia sapa wat dia syg..


mak aku cakap: rumah ni memang tak boleh nak melawo sikit, siap la karang budak-budak tu tolong kemas.

aku cakap: tak payah la lawo-lawo mak, belom nak hari raya lagi huhuu..
(PERINGATAN! Jangan tiru aksi ini di rumah, berdose tahu!)


p/s: moral of the story...

jangan melawan cakap orang tua,
kang jadik anak derhaka,
masuk api neraka.

hebat bukan pantun 3 kerat aku, tak sangka aku ada bakat terendam

Friday, March 26, 2010

Aiskrim Oh! Aiskrim

Bila tengok background baru ni tiba-tiba rasa berselera macam sedap je (normal ke aku ni tgk background pon sedap huhu..) Tiba-tiba macam teringin nak makan aiskrim, teringat aiskrim baskin robbins yang aku makan hari tu lazatnya....aiskrim mat kool pon best gak, tak pon aiskrim moo hitam putih yg kartun lembu tu , kalau dapat aiskrim malaysia pon ok gak huhuu....


Kat dalam pala otak terbayang aiskrim...aiskrim...aiskrimmmm.............


waaaa.....................



w0oo........................

wuuu................


weee......................


Rasa macam dah bertahun je tak makan aiskrim huhu... Tapi kang bila dah makan rasa menyesal pulak. Aiskrim tu manis, manis sebab ada gula, gula boleh menambah kalori dan menjadi lemak di dalam tubuh. Gula bukan saja boleh menyebabkan kegemukkan tapi juga merupakan punca utama penyakit.


Antara kesan akibat pengambilan gula secara berlebihan boleh menyebabkan... (sila tarik nafas dulu...)

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
3. Merosakkan buah pinggang
4. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
5. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
6. Faktor kepada kanser pundi hempedu
7. Penyebab perut berasid
8. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
9. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
10. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
11. Penyumbang kepada Osteoporosis
12. Penyebab air liur menjadi berasid
13. Mengurangkan hormon tumbesaran
14. Meningkatkan kolesterol dalam badan
15. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
16. Penyebab alergi terhadap makanan
17. Penyumbang kepada sakit kencing manis
18. Penyebab keracunan darah semasa hamil
19. Melemahkan struktur DNA
20. Penyebab Katarak
21. Meningkatkan lemak dalam Hati
22. Membesarkan saiz buah pinggang
23. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
24. Penyebab sakit kepala
25. Menganggu kemampuan berfikir
26. Penyebab kemurungan
27. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
28. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Hambek kauu! Sebenarnya ada lagi lapanratuslapanpulohlapan kesan dan akibat (mengikut kajian yang aku buat sendiri lar..) tapi aku malas la nak tulis semua kang korang culture shock pulak. Haa....takot tak...takot tak??? ayooo...tak tawu~


p/s: moral of the story bukan orang gemok atau yang ada kencing manis je tak boleh makan manis-manis.. yang kurus kerempeng, kurus keding, kurus macam model, berisi, chubby, tembam dan seanggkatan dengannya pon kena sama berjaga-jaga. Bukan aku je tau korang pon sama tau....(ada unsur-unsur dengki khianat tak entri aku ni hahaha...)

Tuesday, March 23, 2010

Dadah meow meow??

Pagi-pagi baca paper dah bikin wa panas! Selalunya title-title yang akan menarik perhatian aku adalah yang berkenaan dengan kucing tak pon apa-apa binatang lar...eh binatang?? tak baik lar...haiwan...sopan sikit bunyiknya.


Tiba-tiba hari ni ada lak title meow meow tapi yang tak bestnya meow meow ni bahaya dan boleh membawa maut. Tajuk beritanya adalah 'Boleh maut ambil dadah Meow Meow' atau nama asalnya adalah Mephedrone. hehh apa ke sengal letak nama dadah meow meow! tak ada nama lain ke nak letak?? Letak lar dadah don don ker...dadah pon pon ker..(eh pon pon tak boleh nnti tetiba dapat saman 2 juta)


AMARAN : Dadah Meow Meow tak ada kena mengena dengan kucing dan tak ada kena mengena langsung dengan meowwmania, harap maklum.


p/s: Tiada gambar pada entri kali ni. Entri yang serius. Sila pandang serius jangan pandang-pandang jeling-jeling pulak kang juling bijik mata tu padan muka huhh!

Saturday, March 20, 2010

Alice In Wonderland 2010


Sekali sekala seronok jugak melayan cerita kanak-kanak ribena ni, boleh jugak aku berangan jadik muda semula lalala~ Alice In Wonderland 2010 ni ala ala versi kartun plus manusia, pada aku memang mengerikan woo... serius! Pada ibu-ibu mengandung tak payah la tengok filem ni kang takut terkenan pulak, kalau terkenan si Alice yang cute tu tak apa lagi, kot-kot terkenan Red Queen kejam yang berkepala besar tu?? hancusss.....banyak lagi la watak-watak kat dalam filem ni yang aku rasa amat tak cantik dan tak handsome langsung, senang kata hodoh la..memang menakutkan ngeee~ (tengok Niyang Rapik hari tu pon tak takot camni...pandai tak aku cover line)


Wahai Johnny Depp yang handsome...kenapa kau tak handsome kat dalam cerita ni haa...? kenapa? why why??? Memang frust menonggeng aku (eh! apa ni cakap lucah tak bek taw...) Satu-satunya harapan aku nak tengok wajah Johnny Depp yang handsome tu hancur berkecai, dah la tak handsome separuh gila lak tu (memang nak kena cepuk si Tim Burton ni taw, untuk pengetahuan am Tim Burton adalah Pengarah filem ni...huhh ada aku kesah!)


Ini Alice in Wonderland, Walt Disney






Pada aku la kan....Alice in Wonderland oleh Walt Disney versi kartun sepenuhnya lagi best lar...lebih cantik, lebih menarik dengan story line yang tersusun dan sangat realiti sebab pada akhirnya Alice akan terjaga dari mimpi. So masuk akal la jugak walaupon merepek dah nama pon mimpi kan sukati si Alice tu lah nak mimpi apa pon. Tapi kat filem Alice in Wonderland 2010 ni, kononnya Alice bukan bermimpi dan bukan jugak realiti hehh! entah la aku pon dah konpius tengok cerita ni sebab ketika itu aku telah berada dalam wonderland aku sendiri weee~


p/s: pada En. Tim Burton tolong jangan saman saya, saya bukan ada duit pon nak bayar saman tu...saya jual getah sekerap je itu pon tak cukup nak bagi makan kat budak-budak 6 ekor tu. Sila kasihani saya

Akhirnya aku tewas

tidaakkkkk.....!!!
setelah hampir seminggu bertahan,
akhirnya aku tewas
tewas dengan mende alah ni...
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Chunky Loaded Pizza

wahh....(sambil terbeliak bijik mata)
yummy yum yumm
menggigil tangan beb...


momel pon suka taw,
tp tak pe lah momel tu slim..aku???

demi kasih syg...aku akur dengan kehendak M0mel
diulang sekali lagi....M 0 M E L yer


p/s : inilah yang dinamakan 'kerana tekak badan binasa'
Ok dah! aku nak pergi main tali skipping, harap maklum!

Monday, March 15, 2010

Sedapnya suara budak ni


Subhanallah...sedapnya suara budak ni....terpegun sangat!


Mesti bangga ibu ayah budak ni kan, aku yang tak ada kena mengena ni pon dah rasa bangga sangat2. Aku tak tahu asal usul budak ni, masa kat mula-mula klip ni mungkin ada diterangkan serba sedikit tapi aku tak paham sebab bahasa arab ni dulu masa sekolah pon cukup-cukup makan jer... setakat ainon, jumjumaton, ente, ana, marobbuka aku tahu la (eh marobbuka? takutnya...)


Bestnya kalau dapat mengaji macam ni kan...berlagu membaca al-quran dengan tajwid yang betul. Ini tak! sibok dok betulkan nyanyi lagu Halimah Jongang tuu (Halimah Jongang jugak yang kena...) dok risaukan pitching ke laut lar tempo lari nak pergi kejar lar...bukan ada pekdah pon. Kan bagus belajar mengaji cam ni...dapat gak tambah-tambah pahala yer dak?


p/s: aku rasa macam dah terinsap sekejap....ok lah nak pegi amek air sembahyang jap lagi nak pegi mengaji ngan bonda aku, mintak diri dulu yer assalammualaikum.... (ceh! nampak sangat berlakon)

Sunday, March 14, 2010

Innershine Pati Tuna Contest

Innershine Pati Tuna Contest
Date : 13-Mar-2010
Venue : Above rambutan tree


Korang penah dengar Innershine Pati Tuna? Haa...ini produk baru keluaran 'Orang Desa' Innershine Pati Tuna ni banyak kelebihan salah satunya boleh membuatkan mata jadi lebih awas, terang dan bersinar wahh... Tak percaya? Tengok aja para peserta yang terpilih pada contest kali ni ~


Peserta yang pertama : Puteh
amboii mataa....macam nak terkeluar taw

Peserta yang kedua : Momel
Bagus! nampak bersinar mata tu

Peserta yang terakhir : Abu
eh! budak kecik ni pon nak masuk...umur dah cukup belum ni??


Dan pemenangnya adalahhhh............................... (drum roll please~)

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Teteh.... yey!!!! (tepuk tangannn......)


Amboii shining shining mata U
Sila abaikan muka Teteh yang blur tu... Memang sejak azali muka dia camtu


p/s : Pemenang akan ditanggung makan seumur hidup, yang tak menang pon tetap kena bagi makan jugak.... Ok dah! mummy nak pegi jual getah sekerap kejap, kalau tak nanti... camana nak bagi korang makan huhu~

Thursday, March 11, 2010

Pengumuman Pengumuman! Dr. Meowwmania perasannn nak nyanyi!

.....lanjutan daripada article sebelum ni~
(pada sesiapa yang belum baca, silalah baca dulu yer)


Oleh kerana hari ni aku sopan ala-ala wanita solehah (yang ntah berapa minit je boleh bertahan) aku nak mempersembahkan sebuah lagu yang aku rasa ada kena mengena dalam kita menghadapi liku-liku kehidupan sehari-hari ewwahhhh.... Lagu ni bertajuk Hitam Putih kehidupan yang dipopularkan oleh Sheila Majid.


huk...huk...(batuk-batuk kecil)
ehem hemm ehemmmm....(berdehem dehem)
ok suara dah merdu bak buluh perindu dah boleh nyanyi

3... 4......

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan



...eh! bukan wanita solehah kena nyanyi nasyid ker?? ala tak kira la lagu apa pon yang penting mesej yang nak disampaikan tu..ye dak?



p/s : oleh kerana korang tak dapat dengar suara aku, so korang kenalah nyanyi sendiri. Sila nyanyi dengan suara yang merdu bak buluh perindu tadi yer.... (siapa nyanyi tak sedap mmg nak kena lepuk) haa apa lagi nyanyi lah!


Bahagia Menghadapi Ujian Allah

Assalammualaikum...(tiba-tiba jadi sopan hari ni..)

Kat dalam surat khabar hari ni ada berita tentang kematian seorang pelajar perempuan yang berusia 16 tahun setelah 3 hari tidak sedarkan diri. Daripada bedah siasat awal mendapati kematian berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi setelah tertelan panadol berlebihan. Tapi punca sebenar tidak diketahui berikutan bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah larangan kepada pihak hospital daripada melakukan bedah siasat penuh. Al-fatihah dan salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman amin....

Dalam kita mengharungi kehidupan sehari-hari, kita akan sentiasa diuji. Kadangkala kita rasa seperti tak tertahan lagi apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian yang diberi oleh-Nya hinggakan terlupa sebenarnya ada lagi orang yang lebih hebat ujiannya dari apa yang kita hadapi. Hakikat sebenarnya orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang disayangi.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.”

Oleh itu janganlah kita mengeluh dan menderita dalam menghadapi ujian-Nya sedangkan kebahagian menanti dalam setiap ujian yang dihadapi. Yakinlah segala ujian adalah ketetapan dari-Nya dan ada hikmah dan rahmat disebaliknya.

Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan urusannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”

Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”


Justeru, hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya. Kerana semakin sayang Allah pada manusia, semakin dia diuji, namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.
Wallahu’alam


source : iluvislam

Apasal kau handsome sangat hah??

eeeee geramnya aku!!!!
pesal kau ni handsome sangat???
mak kau bagi makan apa hah??
mata kau tu biru dah macam guli aku tengok, geram!
rasa macam nak korek aje!
badan dah la berketak-ketak, putih melepak lak tu
kalau aku dapat aku cubit-cubit tahu!
jaga ko!

Korang tak geram ke kalau tengok makhluk se 'handsome' gini

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


eeee encem nyerrrr......

ececeh....nak control macho la tu

alolo....wat pose manja lak dia (apasal gmbr ni senget)

sebenarnya aku tak gheti la nak tegakkan gambar ni..ah lantak lah!
sila sengetkan kepala memasing yer
(padan muka korang jadik senget jap)


aikk tido pon boleh jelir lidah yer... comey2


haaa...dapat pon cubit pipi dia

Tuesday, March 9, 2010

Entri paling HOT!

Ini adalah entri aku yang paling HOT untuk abad ini.
Sudahkah anda bersedia? Bersedia atau tidak bolos saja dinding ituuu....
(cuba la bolos dinding konkrik tu kalau tak bocor kepala tu karang)


Sila scroll ke bawah...


"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

jeng jeng jenggg.........





HOT!!!
----




kan dah kata hot, korang tak caye........



p/s : sekarang ni cuaca panas sgt kan, ini baru panas donia belum lagi panas api nerakeww..(amboii..ayat makan dalam, budget boleh dapat emel layang lagi lepas ni)

Posisi tidur yang terbaik.

Mentadak mentadu macam mana Fatimah Juling tidur (dahh...fatimah juling pulak..) Ni nak story mori sikit pasal posisi tidur, sebenarnya tidur ni pon ada adap sopan dan santun dia kerana waktu tidur adalah waktu untuk badan kita berehat jadi posisi badan haruslah betul supaya tubuh badan kita tidak dipaksa bekerja pada waktu rehat.

So macamana korang tidur?


camni?

camni?

yang ni?

atau yang ni?



Sebenarnya posisi tidur mengikut sunnah adalah mengiring ke kanan ini adalah kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Jadi jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.” (Hr Bukhari dan Muslim)




Pada sesiapa yang suka tidur meniarap rentikanlah! Tidur pada posisi meniarap ni sangat-sangatlah tidak elok untuk kesihatan dan dah ada kajian yang dibuat bahawa terdapat peningkatan kematian kanak-kanak tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap jika dibandingkan jika meraka tidur mengiring ke kanan atau kiri.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak."


Tidur menelentang pula akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara…Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.”


Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


Rujukan: Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.


p/s : aku pon dah amalkan tidur mengiring ke kanan ni tapi pada awal bismillah jelah kot, bila dah tidur tu entah telentang entah telungkup mana aku tahu...tp tak apa janji nawaitu tu dah ada kann ececeh...padahal nak sedapkan hati je tuuu

Saturday, March 6, 2010

Niyang Rapik



Pada sesiapa yang nak terkujat-kujat macam kena sawan meh la tengok cerita Niyang Rapik ni. Sebuah filem seram yang hampir keseluruhan pelakonnya adalah lelaki-lelaki macho yang bersuara jantan gitu. Bapak-bapak ibu-ibu yang mengandung atau yang ada lemah jantung dinasihatkan supaya janganlah menonton filem ini demi untuk kesihatan kalian.



Aku memang berani tengok cerita-cerita hantu seram macam ni cuma yang tak beraninya bila dah habis tengok tulah...mulalah nanti terkujat-kujat tak boleh terperanjat sikit. Tapi masa menonton tu aku rilek aje...kalau orang lain terjerit-jerit, terlompat-lompat sebab terperanjat aku selamba tenuk je menonton sambil mengunyah pop-corn



Aku ada cara tersendiri bila menonton cerita-cerita hantu seram yang selalunya akan menggunakan sound system super power (bak kata si kurus, adik aku..haha ampun cik ili) untuk menyergah para penontonnnn...bapak-bapak ibu-ibu semua yang ada di situu goyang yukkk...... (salah lagu, lagu tak seram langsung) Caranya adalah dengan menutup kedua belah telinga tatkala bunyi-bunyi suspen dah mula keluar memang kompem kejap lagi bakal terkujatlah jawabnya. Amacam cara tak...?



Itu cara aku lah kan...aku tak tahu lah macamana pulak cara korang nak mengatasi masalah tadi, mungkin ada yang tutup mata ke apa kan.. Tapi kalau tutup mata nanti tak nampak rugi woo~ terlepas tengok masa-masa klimaks. Kalau tutup telinga masih boleh tengok dan tak lah terkejut tenuk.



Kalau kawan aku siap boleh hangin satu badan tengok aku tutup telinga katanya tak dengar macamana nak feeling. Masalahnya feeling aku karang terbawak-bawak sampai ke rumah kang mulalah aku sendiri jadik Tuan Director filem seram kat rumah. Mulalah terbayang-bayang momok tu dok berdiri kat sebelah katil aku ke.....dok berdiri sambil hulur tangan kat tingkap ke...tak pun momok tu tengah dok bertenggek kat atas gobok baju sambil tersengih ngeh ngeh~ Seram la weiii.................! Kira ok la kan aku tutup telinga sendiri kalau ada remote macam tengok tv kat rumah dah lama aku mute kan, biar satu panggung tak dengar puas hati aku!



Apa-apa pon filem ni memang best!. Tambah-tambah boleh cuci mata tengok abang-abang badan ketak yang macho agogo. Korang pergi la tengok boleh lah korang pulak yang terkejut tenuk.



p/s : i like fizz fairuz

Friday, March 5, 2010

Cukup Matang Kah Anda...?? (Cewwahhh...... seriusnya tajuk)

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac untuk Tahun 2010 ni, kejap je kan masa berlalu. Bagi sesiapa yang telah menyambut hari lahir atau yang akan menyambut hari lahir diucapkan Selamat Hari Lahir (padan muka kita semua makin tua huhu...) Bila umur dah semakin meningkat ni hendaknya semakin matang lah kita dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup yer dak? Persoalannya cukup matang kah kita? Macamana nak mengukur tahap kematangan kita? Haa...aku ada terjumpa satu article baekk punya! Yang nak aku kongsikan di sini, mengenai tanda-tanda kematangan yang boleh kita belek dan nilai untuk diri kita sendiri. Jom baca....



Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur



Setelah membaca point-point di atas terasa betapa tidak matangnya diri ini. Terlalu banyak yang nak diubah dan dibaiki (itu aku lah...korang aku tak tahu). Hanya kita sendiri yang boleh menilai tahap kematangan kita. Semoga kita sama-sama mencuba untuk sentiasa memperbaiki diri agar berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Caiyok caiyokkk!


source : iluvislam

Thursday, March 4, 2010

Abu tersepit pintu ~

Pagi tadi aku bangun awal sebab nak iron baju, malam tadi tak sempat nak iron sebab tido awal sakit powot (tu pon nak citer... Lepas siap iron baju aku masuk bilik nak ambil towel, tak perasan si Abu ikut...bila nak tutup pintu tetiba dengar suara Abu menjerit! Ya Allah! Abu tecepit!!! Terus aku dukung Abu gosok-gosok kaki dia, tak tau la kaki mana yang tersepit tu.


Alaa..meshian anak mummy...sapew yang wat dier shayangggg.....
Translation : Alaa..kesian anak mummy, siapa yang buat dia sayangg...



Aku kalau cakap ngan kucing-kucing aku, automatik bahasa jadik macam bahasa budak baru nak tumbuh gigi (bahasa budak baru nak tumbuh gigi camtu kew...) Aku pon tak tahu kenapa, tapi yang peliknya kucing-kucing aku paham lak tu. Kira ok la tu kan...cuma dengan kucing aku je, kang cakap dengan orang lain camtu kata buang tebiat pulak!


Tengahari tadi tengok elok je si Abu main-main, panjat-panjat, meloncat-loncat... aktif macam biasa, kira ok la tu tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Tengok aje gelagat dia bergusti dengan topi kat bawah ni :




Cakk!!

Amboii...sampai terpejam-pejam mata, rasa tuna ke topi tuu

Kuku dah panjang tu...meh mummy potongkan

Haa...geget lagi geget!

awak nampak hijau lah...

dah penat la tuu...

Tuesday, March 2, 2010

Makhluk apa ni??

Petang hari mengopek kelapa,
Kelapa dikopek oleh Pak Abu,
Siapa tahu makhluk apa,
Hidungnya hitam bermata biru..???


Haaa nak tahu makhluk apa....







inilah makhluknya

kamulah makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi ops comel
auw auw auwwww ~

Cinta, Kasih dan Sayang


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Selalukan kita baca bismillah, satu bacaan yang sangat mudah dibaca dan dapat pahala kalau dibaca. Biasanya sebelum memulakan sesuatu pekerjaan kita akan baca bismillah, contohnya sebelum makan... jangan bila dah errkkkk!! sendawa cam godzilla baru teringat nak baca bismillah (macam biasa je aku buat )
Dan biarlah pekerjaan yang elok, jangan pulak nak mencurik! bismillah…. kalau dah baca bismillah pon masih boleh buat bende jahat tu…something wrong somewhere lah kan.


“Sesiapa yang membaca Bismillah akan dicatatkan untuknya bagi setiap huruf (19huruf) dengan 4000 kebaikan dan 4000 keburukan dihapuskan dengan diangkat pembacanya dengan 4000 darjat”

Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Addailami yang mendengar dari Ibnu Mas’ud r.a..



Ar-Rahiim... Allah maha penyayang. Cinta, kasih dan sayang sesama manusia tidak dapat menandingi cinta, kasih dan sayang Allah kepada hamba-Nya. Dengan bacaan semudah bismillah je, darjat kita diangat dan dimuliakan..subhanallah...


" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."



Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana cinta, kasih dan sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya dan Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali cinta, kasih dan sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita?
Lu pikir la sendiri!