Friday, April 30, 2010

Abu kena babab montot!

Pagi tadi bangun bkn sebab bunyi alarm tapi disebabkan bunyi benda jatuh. Ni mesti budak-budak tu punya keja, bila keluar bilik nampak bunga yg kat meja komputer dah jatuh bersepah kat bawah. haaa...macam dah dapat agak siapa punya angkara ni. Bila aku tunduk nak kutip bunga tu, baru la tahu...bukan bunga je yang jatuh psp dan jam juga menjadi mangsa. Tengah aku tercari-carik bateri psp yang melenting ntah ke mana nampak si Abu dok sembunyi kat bawah kerusi. Terus aku tarik Abu keluar, jentik-jentik telinga dia pastu babab-babab montot dia gerammmmm!


Bila lunch time balik rumah selalunya Abu berlari-lari mendapatkan aku tapi hari ni tak ada pulak. Rupa-rupa dia merajuk sebab kena babab pagi tadi, baring kat tangga dengan muka kesian cuma telinga je bergerak-gerak bila aku panggil dia hehee.. Tak sampai hati pulak tengok Abu camtu, terus sayang dia muahhh muahhhh! Abu lak mengiau perlahan jer, minta maaf agaknya. haa...tulah Abu jangan nakal-nakal lagi taw, kamu kan boy...boy mana boleh main bunga huhuu~~


alolo sedihnya muka...sapa marah dia shayangg....

ciannya dia...mummy sori heh..baby jgn nakal ok....

muahhhh! cayangggg anak mummy



p/s: untuk ABU ----> please....please....please...kamu jangan nakal, nnti mummy babab montot sampai sengal! (ayooo.........tak tawu)

Wednesday, April 28, 2010

Amazing Friendship

LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.

Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.

Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.

Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.

Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.

Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi

source : kosmo





p/s : haiwan pon pandai menghargai persahabatan, sama-sama kita fikirkan. hari ni aku baik aku tanak membebel lalala~~

Monday, April 26, 2010

mandikan ke tidak? nak mandi...ke tak... mandi...tak... mandi....tak...mandi...tak.... arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!


alahai ciannya...anak sapa la yg comot sgt ni.........


tengok la muka si Puteh yg comot ni huhu...ciannya dia. biasanya tiap-tiap hari sabtu atau ahad aku akan mandikan budak-budak ni tp hari sabtu lepas tak sempat sebab terpaksa bekerja... pagi-pagi buta dah keluar pukul 5 lebih baru balik. cari duit lebih kalau tak ada side income camana nak bagi makan kat budak-budak pelahap 6 eko nih ngeh ngeh...


ingat nak mandikan hari ahad je, tiba-tiba esoknya tengok cuaca mendung dari pagi tunggu punya tunggu matahari tak keluar keluar sampai ke petang... kang nak mandikan bebudak ni sejuk pulak tak boleh nak berjemur, masa kecik dulu boleh la nak keringkan bulu dorang pakai hair dryer sekarang ni memasing dah beso debab dengar bunyi hair dryer je terus cabut lari.



p/s: sampai migrain pala otak aku dok mikirkan nak mandikan ke tidak bebudak nih! adoiiyaiii.........

Thursday, April 22, 2010

Wednesday, April 21, 2010

berkasih sayang


haloh halohh....sayang nyeww dgn adik dia


tengok la si m0mel nih, bukan main sayang lagi dgn Abu. Walaupon tak sedarah sedaging, seibu dan sebapa...m0mel masih boleh sayang dgn Abu. Dengan m0mel je si Abu ni boleh bergurau senda, sebab kucing aku yang lain masih belom lagi nak bermain-main ngan budak kecik nih huhu...cian Abu baik ada abg m0mel taw!


Haiwan pon reti nak berkasih sayang, ironinya manusia yang diberikan akal fikiran bersikap sebaliknya. Tergamak membuang bayi yang tidak berdosa..anak sendiri, darah daging sendiri. Dah macam zaman jahiliah tetapi pada zaman itu mereka membuang bayi perempuan yg dianggap memalukan keluarga sedangkan yg terjadi sekarang manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan, mereka sanggup membunuh, membakar dan membuangnya bagaikan sampah. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Mac tahun ini sahaja terdapat sehingga 21 kes pembuangan bayi direkod.


Realitinya pembunuhan dan pembuangan bayi pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana khuatir anak mereka akan memalukan mereka seperti di zaman jahiliah dahulu tetapi untuk menutup malu akibat dari perbuatan sendiri.


Wauhualam...

Thursday, April 15, 2010

Sleeping Cutie

Tahu tak kenapa kucing suka tidur? Kucing adalah haiwan yang paling banyak tidur berbanding haiwan lain. Kucing tidur antara 12 hingga 16 jam sehari, ini kerana kucing menyimpan energi dari makanan mereka dengan cara tidur.


Tapi aku tengok kucing-kucing aku kalau bangun tidur mesti makan kang lepas makan tidur balik, nak buat apa pulak simpan energi tu ekk... Yang kira aktif sikit si Abu jek. Kalau tengah tidur lena sekalipon dengar je bunyi pinggan ke cawan kat dapur, terus bangun menonong pegi dapur walaupon perut dah mengening macam belon. Selagi tak dapat dok mengiau-ngiau.. dapat jamah sikit apa yang kita makan tu jadilah pastu boleh pulak sambung tidur balik huhh~


Dah kenyang...tidur terlentang memasing yer.....



Yaya

Citam

Puteh

Momel

Abu

Thursday, April 8, 2010

CPDRC you rock!

Banduan selalu dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan salah laku namun sebaliknya banduan lengkap berpakaian seragam oren ini mampu bersatu hati dan bekerjasama menari mengikut rentak lagu dengan penuh disiplin. Lebih kurang 1500 banduan dari penjara di Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center (CPDRC), Filipina yang terdiri daripada pembunuh, perogol dan pesalah lain ini juga telah menjadi sensasi di Youtube.


Fenomena mereka menyebabkan koreographer Michael Jackson datang dan melatih mereka menari dengan lagu They Don't Care About Us nyanyian Raja Pop itu. Hingga kini klip video tersebut ditonton lebih 5 juta kali di YouTube.





Bekas pengawal keselamatan di penjara itu, Byron Garcia menjadi pencetus idea sebagai satu daripada proses pemulihan dan melarikan mereka daripada rutin harian yang mungkin membosankan.

"Pemulihan perlu mencetus yang terbaik bukannya yang terburuk. Jika penjara menjadi neraka buat mereka, pasti mereka akan menjadi lebih jahat apabila dibebaskan," kata Garcia di laman webnya.




video klip ni aku tujukan khas untuk..
Long_ranger dan Ramlah_LAm
(korang jgn syok sndiri pulak,
dorang sume ni sama jantina ngan korang jew haha )



yang ni pulak untuk si Botak
(lebih hebat dari SuJu taw...)



mereka ni patut diberi pujian, dengan usaha gigih
mereka berjaya melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Jai ho!


p/s : agaknya boleh tak penjara kat malaysia ni buat perkara yang sama hurmm....


source - Metro

Monday, April 5, 2010

Cerita kedai kopi??

Hari ni ada seorang sahabat meluahkan perasaan dan masalah yang sedang membelenggu hidupnya pada ketika ini (ewwahhh...kemain lagi ayat) dan kebetulan hari ni aku bermurah hati dan baek hati eh! ada ke orang baik ngaku baik? (nampak sangat ketidakbaikkan aku huhu..) Tujuan aku bukanlah untuk mengajar atau pon nak bagi khidmat nasihat sebab aku ni bukannya dari golongan orang bijak pandai pon, pijak lantai boleh la (apa kena mengena?? ah! bedal lah..)


Kawan aku cakap dia sedih sangat dengan apa yang berlaku dalam hidup dia sekarang, sampai dia tanya apa agaknya dosa sampai dia diuji sebegitu rupa. Katanya lagi kenapa dia tak boleh hepi macam orang lain.


Aku cakap pada kawan aku yang kita tak boleh nak bandingkan macam tu, sebab bila kita fikir macam tu kita akan fikir perkara-perkara yang negatif yang akan membuatkan kita rasa lebih tertekan sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Contohnya kalau kita ada motor jgn bandingkan diri kita dengan orang yang ada kereta tapi cubalah pandang orang yang cuma berbasikal dan dari situlah akan timbul rasa syukur dan sedar yang sebenarnya ada lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita. Memang aku simpati dengan apa yang berlaku, dan yang termampu pada ketika ini hanya lah dgn memberi kata-kata semangat supaya terus bersabar, jangan putus asa berikhtiar dan terus berdoa untuk mintak pertolongan dari Allah swt.


Sebab mak aku selalu cakap yang Allah tidak akan sekali-kali menguji kita diluar kemampuan kita, dalam Al-Quran pun ada jelas diterangkan. Semua orang ada masalah masing-masing, tipu lah kalau ada orang kata yang dia tak pernah ditimpa masalah atau musibah. Allah menguji hamba-Nya dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama, sama ada nak tambah iman kita atau nak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana ujian itu juga lah, kita akan jadi lebih kuat dan secara tak langsung dapat mendidik kita supaya jangan mudah berputus asa.


Dan aku percaya ada hikmah besar yang menanti di setiap ujian yang Allah berikan pada kita. Allah akan membuka jalan mungkin dengan cara yang tidak disangka-sangka jika kita sabar dalam menghadapi ujian-Nya, jangan buruk sangka pada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha penyayang dan Dia tidak akan menganiaya hamba-Nya walau sebesar zarah sekalipun.


Salam...
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi


Setuju ke dengan lirik lagu ni? Pada aku tak salah jika kita nak meluahkan masalah tetapi tidak lah di kedai kopi atau lebih tepat bercerita sana sini. Lebih-lebih lagi jika masalah itu melibatkan keluarga dan pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi untuk menjaga maruah keluarga. Pada saat rasa dah tak tertahan lagi dgn ujian yang dihadapai kita selalunya akan mencari seseorang yang kita percaya untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hati.


Dan jika kita adalah orang yang dicari maka hargailah kepercayaan yang diberi, berikanlah apa jua bentuk bantuan yang termampu kita beri pada waktu itu walaupon dengan hanya menjadi pendengar kerana sebenarnya mereka cuma ingin meluahkan perasaan untuk mengurangkan beban di hati. Dan yang paling penting jagalah maruah sahabat kita itu seperti kita menjaga maruah sendiri. Kerana aku percaya banyak yang terjadi apabila sahabat yang kita percayai mengkhianati kepercayaan yang diberi dan lebih teruk lagi sanggup memutarbelitkan cerita hanya kerana terjadinya selisih faham atau berkecil hati.


p/s: sejak bila pulak aku pandai bagi ceramah bebas nih?? Sila teruja


AMARAN: Entri ini tidak bertujuan untuk menunjuk ajar atau kurang ajar hanya sekadar ingin berkongsi cerita dan peringatan untuk diri sendiri yang senantiasa melakukan perbuatan yang lagha (sambil tunduk muka, kuis-kuis kaki dekat lantai..)

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad



Pelawak dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital Selayang pada pukul 12.30 malam tadi (malam Jumaat, alhamdulillah...) Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.





Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin...

Thursday, April 1, 2010

my name is KHAN



AWESOME!


AMAZING!


INSPIRING!


Sebuah filem yang cuba mengangkat kisah tentang seorang muslim yang berjuang demi menyatakan bahawa agama islam bukan lah terrorist, kerana pada pandangan mata dunia terutama di negara barat selepas peristiwa 9/11 agama islam selalu saja disebut sebagai pengganas atau terrorist. Seakan bangkit membantah semua tuduhan terhadap agama islam dan menjelaskan kepada seluruh dunia bahawa kekerasan yang timbul dari para terrorist tersebut bukan lah sebahagian dari ISLAM.


my name is KHAN an extraordinary story

Filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan yang berlakon sebagai Rizwan Khan, seorang yang menghidap Sindrom Asperger sejenis penyakit berkaitan autisme. Kisah perjalanan Rizwan Khan demi untuk membuktikan kasih sayang terhadap isteri dan anaknya walau dalam keadaan diri yang serba kekurangan.


Rezwan Khan... i adore u!



Filem ni memang jauh berbeza dengan filem-filem Hindi sebelum ni, bagi yang kurang suka menonton filem hindi kerana terlalu banyak aksi gaduh-gaduh yang tak masuk akal, tak pon adegan hero yang tak mati walau kena tembak, atau kerana babak menyanyi dan menari sambil tukar baju 3, 4 helai...kat dalam filem ni memang kompem tak ada! diulang TIADA langsung! Filem ini sangat realistik, fantastik dan bombastik!


ISLAM, Cinta dan Pengorbanan



Aku amat tertarik dengan film yang yang cuba dipaparkan dari kaca mata Karan Johar seorang pengarah yang bukan beragama Islam. Beliau sejujurnya cuba bercerita tentang dilema seorang Islam yang sering dicurigai terutamanya di negara barat.


Selesai menonton filem ini, terasa seperti menjadi satu tanggungjawab untuk mengangkat martabat orang islam, untuk memperlihat dan menzahirkan bahawa ISLAM itu indah dan bukanlah sebuah agama yang dicop pengganas atau terrorist seperti yang dicanang oleh negara barat.


p/s : my name is NOT khan, and i am NOT a terrorist!