Monday, May 31, 2010

"STOP Plans To Build An Animal-Testing Labaratory in Malacca" PETITION!

petang tadi sambil tersengguk sengguk, sambil sambil melayari internet, klik   klik   klik...pastu klik masuk kat web SPCA tertarik pada satu post  Sign The Petition to Stop Plans For An Animal-Testing Laboratory in Malacca, Malaysia < ----- klik! terus aku baca laju-laju. Ditaja oleh SPCA Selangor, Friends of The Earth Malaysia, British Union For The Abolition of Vivisection (BUAV), European Coalition to End Animal Experiments (ECEAE), mereka sedang mengambil langkah-langkah untuk menghentikan cadangan bagi membina Animal-Testing Labaratory dari Melaka Biotech milik kerajaan Malaysia dan Vivo biotek, sebuah ujian kontrak syarikat India! watdeheck!!! terus terang bijik mata aku!


geram! sedih marah dengan apa yang aku baca, ditambah pula ada gambar-gambar haiwan yang menjadi mangsa ujian dalam makmal-makmal seperti itu. kenapa?? kenapa semua ni terjadi?? kadang-kadang aku jadi marah pada diri sendiri kerana tak terdaya nak berbuat apa-apa. " Ya ALLAH, sesungguhnya Kau maha pengasih, Kau maha penyayang..lindungilah haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini daripada kekejaman manusia-manusia zalim ya Allah..amin amin amin ya rabbil alamin..."    cuma doa itu sajalah yang mampu aku pohonkan pada-Nya.


mereka menggesa agar kita dapat mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menghentikan cadangan pembinaan makmal tersebut salah satunya dengan menandatangai petition ini sebagai bantahan terhadap cadangan itu yang hanya akan mengakibatkan penderitaan dan kematian ribuan haiwan setiap tahun. aku menyeru kepada teman-teman seperjuangan, rakan-rakan blog, sahabat-sahabat di alam cyber dan semua rakyat malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama menandatangani petition tersebut untuk menyatakan bantahan dan memberi kutukan paling keras ke atas cadangan-cadangan yang seumpama ini serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang seterusnya bagi menangani isu ini.


Goal 10,000 signature yang diperlukan sehingga ke hari ini baru mencecah angka 4,669 kalau dilihat dari senarai yang telah menandatangai petition tersebut bukanlah datangnya dari Malaysia sahaja tetapi negara-negara luar seperti Jerman, Sweden, United Kingdom, India, Ohio, Australia, Taiwan dan banyak lagi rakyat dari negara-negara luar yang prihatin dengan isu ini..kenapa tidak kita sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya lebih lantang bersuara bagi menghalang perkara seperti ini berlaku di negara kita sendiri.


aku sendiri terlambat dan terleka dengan isu-isu penting seperti ini, dan mungkin juga ada di antara rakan-rakan yang baru mengetahui perkara ini, and the best part is, kita masih belum terlambat untuk turut sama menyokong usaha ni so jom kawan-kawan! bagi yang telah dulu menandatangai petition ini, tahniah dan syabas diucapkan kepada anda. semoga usaha kita ini mendapat kejayaan insya'Allah.


macam mana nak sign?? sangat mudah first korang klik je kat "Sign The Petition..." kat atas tuu. Pastu akan keluar paparan macam kat bawah ni, korang lengkapkan aje form dengan mengisi nama, email, address dan sebagainya tu jangan lupa lengkapkan ruangan yang besar tu dengan kata-kata bantahan korang untuk memberi lebih impak kepada surat korang tu yer..pastu klik sign. Seterusnya utk confirmkan tekan sign lagi sekali, selesai... Pastu boleh lah korang war-warkan pulak kat ibu-ibu, bapak-bapak, adik, kakak, abang, pokcik, mokcik, sedare mare, sepupu sepapat sepipit korang OK 



sign the PETITION!


p/s: mood sedih memanjang, asik teringat pada gambar-gambar yang dah tertengok tadi..KEJAM!!!

si PUTEH sakit mata

kucin aku si PUTEH ni mudah sangat mata dia kena nak sakit, kejap mata dia merah kang kejap lagi berair. ubat mata memang sentiasa ada aku simpan, bila tengok mata TETEH dah lain macam je cepat-cepat aku bersihkan mata dia pastu letak ubat.


tapi kali ni aku perasan mata TETEH macam ada tumbuh selaput, last month ada bawak jumpa vet dan ubat sama je yang aku dapat. vet tu kata tak ada apa dan selaput tu akan hilang sendiri. tapi aku tengok masih macam tu jugak mata si TETEH ni cuma dah tak berair dan merah, kawan aku kata dulu kucin dia pon camtu gak pastu lelama buta. risau pulak aku...


mata PUTEH sebelum sakit

mata PUTEH sekarang
cuba tengok mata PUTEH ni, 
berbeza kan..harap-harap betul la kata vet tu


p/s: TETEH cepat sembuh yer sayang..

Sunday, May 30, 2010

Incredible Reunion of MAN and GORILLA

Dua tahun lalu, kisah reunion dua orang lelaki dengan CHRISTIAN seekor singa yang dibesarkan di London menjadi sensasi YouTube. Sampai sekarang ni kalau aku tengok lagi video reunion CHRISTIAN tu memang kompem meleleh-leleh air mata. terharu, gembira, sedih, seronok, konon-konon bayangkan macam aku jela yg kat dlm video tu tengah peluk peluk si CHRISTIAN tu kann... Ok ok dah! kang ter emo payah lak.. ada yang belum pernah tgk video CHRISTIAN the LION tuh?? ok tak per...nnti aku attachkan sekali video CHRISTIAN tu ok.


Sekarang ni nak stori pasal reunion Aspinall seorg lelaki dan KWIBI seekor gorilla. Kat dalam video tu, kelihatan seorang lelaki meredah sungai di hutan Afrika sambil memanggil manggil KWIBI. lelaki itu berharap dapat mencari gorila yang ditinggalkan pada usianya lima tahun supaya dapat hidup bebas dan liar di situ. dan tanpa disangka akhirnya gorila itu muncul di tepi sungai! 


Aspinall terus mendapatkan KWIBI, dia duduk dengan berhati-hati dan menunggu KWIBI. KWIBI datang dan menyapa lembut, menghembus-hembus dan terus mengenali Aspinall. seperti CHRISTIAN, KWIBI juga turut memperkenalkan Aspinall kepada isteri-isteri dan anak-anaknya (ehh! isteri-isteri?? ohh haiwan mmg camtu..tak pelik OK)


Selepas beberapa ketika, KWIBI terus memeluk Aspinall seperti dia tidak mahu lagi kehilangan temannya itu (masa ni mata aku dah kabur yer...tunggu nak jatuh je air mata tuh sob sob..) dan apabila Aspinall naik bot untuk pulang, KWIBI terus mengikut bot lelaki itu... dia sanggup meredah sungai dan seterusnya tidur di seberang sungai tempat perkhemahan Aspinall. Pada keesokkan paginya pulak semasa lelaki itu mandi, KWIBI masih ada kat situ!!


walaupon Aspinall yang membesarkan KWIBI di sebuah zoo di selatan England, selama 5 tahun KWIBI yang berusia 10 tahun ini telah hidup liar di hutan Gabon. Tiada jaminan KWIBI akan mengingati Aspinall tetapi apa yang berlaku sangat sangat mengagumkan! Aspinall berharap akan dapat bertemu lagi dengan KWIBI pada masa akan datang.


“I go to Gabon three or four times a year, so I’m always hopeful I can see him. But it’s no different than if you go to see a friend of yours in another country, and you meet and you have a reunion, and then you go on your separate lives again,” he said.


very sweet... you had me on tears... 
how humble these animals are.. 
if we can be just like them.. 
this will be a better world... 
(petikan kata-kata dr seorg peminat video ni)


yang ni pulak, video reunion CHRISTIAN THE LION (sediakan tisu yer kengkawan..)




CHRISTIAN i always love you......


p/s: haa...sedih tak?? mesti ada yang nanges tu kann...baik ngaku huhu.. Ok moral of the stori, sama-sama lah kita ambil contoh dari sikap haiwan yang bergitu besar, kuat dan gah kejadiannya tetapi masih menebal perasaan kasih sayangnya.

Saturday, May 29, 2010

SMS haremm....

pit pit pit pitt  SMS!!


open SMS...from +60135347303


RM0;
LEKAS!Aksi BASAH 13 pramugari dari pelbagai negara yg sy rakam di private party banglo semlm. Taip ON EYLL hrt ke 3***5
SMS OUT to optout TB0378063550


hoii! mangkuk mana yg SMS aku nih?? brengsek!! dah tak ada keje sangat ke haa?? kat malaysia ni punya la banyak keje, keje haramm macam tu jugak yang kau pilih hehh! bangsa asing datang sini pon boleh kaya, kaya dgn duit halal lagi tahu??


geram betol aku! macam mana ntah mangkuk mangkuk ni boleh dapat nombor aku, satu lagi sms menang duit beribu riban..tetiba je jadik pemenang contest power root, bila tahunnya aku masuk contest power root tuh...minum power root pon tak penah huhh!


p/s: korang pernah dpt sms harem mcm ni tak?

CAT SCRATCHER for my babies

hari tu aku pegi pet shop sebab nak belikan ubat cacing utk bebudak ni, tapi paham-paham ajelah kalau dah masuk pet shop tuh...mata pon jadik juling adaaaaa....... je benda yang terbekenan pastu adaaaaa....... je yang terbeli huhh!


dekat satu jam aku melepak kat pet shop tu, tengok tengok cat accessories, mainan kucing, cage, cat house, tempat tido kucing, cat food eh macam-macam lah ada gerammmm.... sambil tu main-main dengan CANCAN (disebut dgn huruf 'k') sebab owner dia cina, si CANCAN ni lebih kurang macam kucin aku MOMEL cuma bezanya, CANCAN ni tersangatlah kussss semangat.... Selalu owner dia lepaskan cancan ni bebas bermain kat dalam kedai tapi hari tu, diletakkan kan dalam cage pulak...tak dapat nak dukung dukung, tak dapat nak cubit cubit, tak dapat nak kidnap kidnap opsss......


nama saya CANCAN. saya suka makan,
saya seorang kucing jantan ehh! seorang??

saya penat nak tido....
jangan la amik gambar sy yang ensem ni....


lepas dah puas bermain ngan budak gumok nih, terus pegi bayar mende-mende yang aku beli then balik rumah (see.... mende-mende ok, get the point?) sampai rumah aku terus bagi bebudak ni makan ubat cacing pastu bagi dorang try makanan baru yang aku beli tadi, tapi semuanya buat tak tau jek sebab sibok nak tengok mende apa lagi yang aku beli untuk dorang ni huhh! macam tau-tauuu aje...


BABY yang first sekali


pastu CITAM
(dlm bulatan tu adalah ubat cacing)


pastu baru IBU BULAT ngan TETEH
YAYA je yang tak ada, ntah ke mana anak jantan sorang tuh!



yang paling excited adalah si BABY ngan MOMEL, yang lain datang hembus-hembus lepas tu blah... yelah kalau nak ikutkan dari segi umur cuma MOMEL ngan BABY je yang masih muda remaja, yang lain dah dewasa mana nak main-main lagi kann tido lagi sodap haha...



BABY main dulu..

pastu baru MOMEL take over..


p/s: pasni korang jangan mintak mintak lagi menan baru yerk! dah terover budget nih huhu... (ehh! ada ke dorang mintak?? )

Friday, May 28, 2010

Anak kucing Parsi selamat diputar mesin basuh!

pagi ni baca paper Harian Metro terkejut dengan satu tajuk di ruangan Global, Anak kucing Parsi selamat diputar mesin basuh!! Sangat mengejutkan seekor anak kucing yang baru berusia 4 bulan, bernama KIMBA terselamat dari pusingan penuh selama 30 minit di mesin basuh.




KIMBA mengiau dan melangkah keluar dalam keadaan pening, basah dan berserabut. Pemiliknya mengatakan mungkin KIMBA memanjat masuk ke dalam mesin basuh muatan depan ketika pintunya terbuka, seterusnya terperangkap dalam gumpalan kain kotor dan keadaan itu tidak disedari oleh pemiliknya lalu terus menghidupkan mesin tersebut.


keadaan KIMBA agak membimbangkan terutama matanya yg terkena sabun dan pelembut fabrik. KIMBA dikejarkan ke vet oleh pemiliknya untuk mendapatkan rawatan, dan KIMBA terus diletakkan dalam intravenous drip.


Head nurse Natalie Macdonald said without intervention Kimba would have certainly died. “She was very flat and wet, very recumbent and lying on her side and not very responsive,” Ms Macdonald said. “The first thing they did was get some vitals, place her on an IV (intravenous therapy) and administer fluids. She was suffering from shock and hypothermia and they put her on a heat mat and dried her until her body temperature slowly returned to normal.”


mengagumkan hanya selepas beberapa jam, KIMBA kembali stabil dan mengiau-ngiau. dua minggu kemudian KIMBA kembali sihat seperti sediakala.


p/s: ingatan untuk kita semua, kena selalu berhati-hati dan ambil segala langkah-langkah untuk mencegah kejadian seperti ini berlaku. ya Allah mintak dijauhkan lah....(tak sanggup nak bayangkan keadaan KIMBA kat dalam mesin basuh tu :(


source : harian metro, arbroath, msnbc

Thursday, May 27, 2010

Life is Good Award!

and the award goes to........ www.meowwmania.blogspot.com!
miahaha < ------ ketawakan diri sendiri kerana tersangatlah jakon. orang lain dah berpuluh puluh award dapat okkk....



firstly nak ucapkan terima kasih, xia xie, nandri and thank you pada kak ItaJeff dari ME AND MY FURRY FAMILY yang sudi pass award comel ni kat blog saya yang baru setahun jagung....rasa amat terharu (sambil tersengih cam kupang busuk, motif kupang?? sbb kupang lebih beso so beso sikit senyumnya hahah...)


so bila dah dapat award, kena lah ada interview session lak kan (perasannnn...) korang biarkan lah aku terperasan sekejap yerk...cop cop! sebenarnya ada beberapa soalan yang aku kena jawab. So kak Ita, i cuba try test jawab okk..... 


1) What would your perfect day consist of?
luangkan masa bersama anak-anak bulus,
owhh alangkah indahnya......

2) How would you describe yourself if you were an item of clothing?
shawl kaler pink+turquoise
dpt ilham dr backgroud kak ita ahaks~

3) What hobbies are you currently working on?
1. melayan anak-anak bulus
2. blogging

4) Walking in the woods in wellies, or barefoot on the beach?
berkaki ayam di tepian pantai wahh

5) Have you ever hugged or sang to a tree?
peluk atau nyanyi kat pokok tak penah, 
kalau panjat pokok nak kejar BABY slalu lah huhuu...

6) Grow your own veggies or nipping to the supermarket?
beli kat giant suda haha...

7) Have you found anyone exciting in your family tree?
my mother is the most amazing and exciting person i ever had, 
she means the world to me
i L0vE u, mak!

8) Slap up meal in a posh restaurant or fish 'n chips in the wrapper?
fish 'n chips la...yummy yum yum

9) Which element do you most resonate with --Earth, Air, Fire, or Water?
semua

10) Do you believe in faeries?
percaya kot sbb suka berangan ngeh ngeh~



ok dah habis sesi soal jawab, 
sekarang kena pilih 5 orang blogger untuk menerima award ni pulak, 
and my five nominees are:

5) shaf



p/s: kak ita sori lambat reply, sy memang slow-mo sket (mengaku yer )

BABY [new update!]

assalammualaikum...
hai tawan tawann

firstly nak mintak sorry sebab lambat update pasal BABY, agak keBUSYan sedikit hari ni. ada di antara kengkawan prihatin yg tanya tentang keadaan BABY. Buat pengetahuan semua, alhamdulillah.. BABY sihat dan aktif seperti biasa, luka di pipinya pon dah mula kering dan semakin pulih. rasa hepi sangat sangat tengok budak kecik tu  Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi berkongsi pendapat, memberi nasihat serta doa yang dikirimkan. Semoga Allah memberkati hidup kalian, amin ya rabbal alamin.... Tak moh citer banyak, jom tengok aksi budak kecik ni bermain petang tadi
 

enjoys............




tengok! pipi saya dah tak benjol lagi

sampai juling bijik mata...tengok apa tuuu?

baby encem kan mummy?
bukan encem la syg....baby ayu plus kiut miut tiutttt

mummy, ada bebird la kat atas tuu....

hmmm........ mangie nya bunga ni

shhhhh..........baby nak tangkap belalang tuh!



tengok lah aksi-aksi si BABY ni, seronok tengok dia....hilang stress dan penat seharian bekerja. next aktiviti ialah memanjat pokok hehh!


panjat la sayang panjattt.........mummy jaga kat bawah okkk
seb baik baru baik sakit, kalo x dah kena piyat tinge huhuu~

dah bosan jadik tarzan, dia dok bergasak pulak 
ngan si momel hehh

BABY, mummy love BABY soooooo muchhhhh!

Wednesday, May 26, 2010

Baby [update]

macam yang semua tahu, misi nak buat minor surgery untuk BABY hari ni gagal sebab aku tak dapat nak puasakan BABY semalam (kes tak sampai ati la nih..) baru berkira-kira nak kuatkan semangat puasakan BABY malam ni, tiba-tiba balik lunch tadi mak aku cakap benjol BABY tu dah pecah!


memang betul ada nanah, 
nanah bercampur darah

aku bersihkan lukanya dengan towel yang direndam air suam


baik betul BABY diam aje masa aku lap luka dia,
cuma sesekali dia mengiau kecil


besarkan lukanya
cian anak mummy  :(


p/s: tengah penin nak letak ubat apa?? ada ubat spray utk skin heal tapi tengok luka tu besar sgt macam takut pulak nak spray. nak letak ubat apa ekk kengkawan?? pleaseeeee......... i need HELP!!!

Tuesday, May 25, 2010

membawa BABY berjumpa vet ehhh BABY???

first and foremost, aku nak mintak maap banyak-banyak kepada semua kengkawan pencinta kucing dan terutama sekali pada kucin aku si 'ABU'. ini adalah kerana telah berlaku kekeliruan identiti terhadap ABU yang selama ni aku yakin sungguh bahawasanya dia adalah seekor kucing jantan namun sebaliknya dia adalah girl a.k.a kucing betina yer kengkawan. aku sendiri pon konpius macam mana aku boleh gagal dalam menentukan jantina kucin aku (keadaan ini tidak pernah berlaku sblm ni yer..harap maklum)


ingat lagi masa pertama kali aku jumpa ABU, dia sangat aktif (terjal) pastu kuat makan. bentuk tubuh ABU yang agak berotot dan tough plus sifatnya yang sangat dominan membuatkan aku menyangka ABU adalah jantan. ABU sangat independent dan tak takut langsung dengan kucin kucin aku yang lain walaupon saiz badannya yang kecil pada ketika itu.


petang tadi bawa ABU jumpa vet sebab pipi ABU benjol lagi..hehh entah menatang apa la yang geget dia kali ni, mana tak nya...segala lubang nak dikoreknya semua benda nak dijelajah sudahnya sampai bengkak sebelah pipinya. dan kesempatan itu juga aku ambil untuk mendapatkan kepastian dari doktor tentang status jantina si ABU, dan keputusannya..........sah kompem dan sahihlah ABU adalah betina huhuu.. jadi aku ambil keputusan untuk memanggilnya BABY sahaja.



masuk je dalam kereta terus dok
menyelit kat tepi seat, tanda protes la tuh...


diajak duduk atas riba pon tak mahu


baby sangat sangat tak suka naik kereta, 
mabuk agaknya huhuu~


setelah lama dipujuk-pujuk barulah naik ke atas riba


minta diusap-usap badan sepanjang perjalanan,
haloh halohhh manja nyeww..............


yang ini gambar setelah berjumpa vet
masih pening pening lalat~



itulah benjolnya


sudah aktif kembali....sekejap aje diamnya tuu


p/s: doktor kata ada 2 option samada nak buat minor surgery atau tunggu sehingga bengkak yg bernanah tu pecah dgn sendiri, kata beliau kalau nak buat surgery tu kena puasakan si baby ni bermula dari pukul 7 mlm ni kena stop bagi dia makan. macamana aku nak stopkan budak pelahap ni makan hadoiii~

Monday, May 24, 2010

Anda Rasa Anda Cukup Pantas?

contest lagi!!



kali ni contest dari MSR@Blogger, pertandingan menaip perkataan terpantas dalam masa 60 saat. Hadiahnya sangat menarik perhatian, untuk keterangan lanjut boleh klik di SINI

my result
saya menaip 63 perkataan seminit
posisi 205 dari 21955



ni keputusan aku, tidak lah sepantas areev19 tapi harap-harap cukup pantas lah...kalau tidak terpaksa lah keluar dari carta top ten huhuu.... meh kengkawan jom kita join contest ni reramai


p/s: tahu contest ni dari blog nur, thank nur...terima kasih daun keladi lain kali kabo-kabo la lagi

Sunday, May 23, 2010

meowwmania kena tag? apakah??

date : 23-May-2010
time : 4.13 p.m
location : h0me sweet h0me


setelah penat main bom...ops bom?? bomberman ok. aku pon on miss lappy, sign-in blogger tengok ada comment, select all then approve. tetiba tgk ada komen dari cikgadiskonfiuss baca punya baca dia cakap ada tag. apa benda tuuu...konpius okkk cikgadiskonfiuss... aku yang konpius nih hadoiii~


terus klik link dia, baca entri; cikgadiskonfiuss sedang menjawab tag dari pensel kontot. kena bagi 23 fakta tentang diri kita. haiyaa manyak susa la ini budak kicik mau kasi 23 fakta lagi maa....23 ajeee... kenapa tak mintak duaratustigapuluhtiga keeee..... (saja la nak cover kejakonan aku yg terserlah tuu...)
ok tak pe rilek...aku kan sporting ahaks~ aku cuba jawab tag dari beliau ni yer, bismillah....



(a) tulis 23 perkara rawak wak wak ( random dem dom ) tentang diri awak (tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever laa .)

1.   perkara yg selalu difikirkan adalah kucin-kucin ku yg comel ituh
2.   sangat-sangat sukakan haiwan
3.   yang pertama suka sangat-sangat ngan kucin sebab senang nak bela
4.   tapi kalau boleh nak bela semua haiwan
5.   teringin nak bela harimau,
6.   singa,
7.   kuda,
8.   cipanzi,
9.   gajah,
10. monyet,
11. ikan paus,
12. zirafah,
13. anjing,
14. kambing..
15. eh banyak lah kalau nak list-down semuanya
16. pukul rata jelah yer...teringin nak bela semua jenis haiwan hehee~
17. sangat tak suka melihat keadaan dimana ada haiwan yg diseksa atau dianiya :(
18. boleh menangis berhari-hari jika terlihat kekejaman haiwan berlaku
18. bercita-cita nak memiliki rumah yang luas kawasannya supaya mudah nak membela haiwan-haiwan seperti yang tercatat di atas (jgn ketawa, ini serius!)
18. akan mudah terasa hati jika ada orang yang memarahi kucin-kucin aku
19. bila aku sendiri yang marah kejap lagi mesti menyesal pastu mulalah sayang muah muahh then terus pegi belikan favourite food utk kucin yg aku marah tu huhuu~
21. impian kalau bergelar jutawan..nak bukak 1 pusat penjagaan untuk haiwan-haiwan terbiar (bila la tu yek...)
22. fuhhh dah nak abis (teruja!)
23. yuhuuuu...akhirnya berjaya jugak aku jawab tag budak kicik ni, betul ke tak nasib lar haha...(sapa soh tag budak jakon cam aku nih huhh)


(b) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda ( sekurang kurangnya 5 orang )
     kita tengok siapa yang kena....
 
       1) umi_e
     2) ItaJeff
     3) misz pinkie winkie
     4) lupie
     5) s| tED|



(c) kalau tak ikut peraturan , di mana keseronokan 'TAG-TAGGED-TAGGING' ni
     ok! aku sudah beres....turn korang pulak yer lalalala~


p/s: dekat setengah jam aku nak menyiapkan tag ni, terer tak? terer tengkorak aku huhh berpeluh!

Saturday, May 22, 2010

CAT CONTEST!!!

salam...
hai kengkawan pencinta haiwan especially CAT LOVER, nak share some info...
cik Sabrina Bree kita dari MY PASSION FOR PERSIANS ada buat cat contest,
The Most Adorable And Unique Cat Photo Contest
contest bermula pada 21 Mei 2010 tapi tarikh tutup tak diberitahu pulak bila, so kepada semua pencinta dan pemilik kucing-kucing comel jomheboh jom beramai-ramai kita memeriahkan lagi contest nih. Untuk keterangan lanjut boleh klik kat SINI



untuk contest ni aku bercadang nak masukkan si Puteh budak encem boy yang sindrom down haha...kenapa?? gelaran tu mak aku yang bagi sebab si Teteh ni lain dari yang lain, kalau melompat selalu tak sampai, kalau kucin lain nampak cicak ke lipas ke mesti teruja kan tapi si Teteh ni boleh selamba je tengok macam tak ada perasaan, kalau ada anjing ke biawak ke bukannya nak takut siap boleh selamba baring berguling-guling lagi kat situ kalau kucin-kucin aku yang lain dah bukak langkah seribu mencicit-cicit lari masuk dalam rumah, dan kalau orang lain dah master buat sesuatu benda tu Teteh akan ambil masa lebih lama untuk belajar ok. sebab tu la mak aku kata si Teteh ni sindrom down huhuu...



ini adalah gambar-gambar Teteh yang sempat aku snap semasa dia senang seronok bermain kat pokok puntianak, puntianak?? eh takotnya...tapi jangan takot sebab itu adalah nama pokok semata ahaks~
J0m layan...


sindrom down?? cian anak mummy taw...
cakk!!
tengok apa tu shayangg......


ini gambar yang aku pilih
lihat mataku...buntang kann....


p/s: walaupon Puteh lembab cuma dia sorang je taw yang pandai bukak pintu kat rumah tu, orang lain tak pandai, sindrom pon sindrom lah...ada aku kesah