Wednesday, June 30, 2010

mummy meow, please take note!

for my own reminder, budak dua ekor ni memang tak boleh berjumpa yer....jika berjumpa buruk padahnya hehh!





inilah hasilnya, mata si CITAM dah terkoyak akibat bergasak dengan MOMEL haihhh dah tak tahu nak buat apa lagi, bukan baru sehari dua dorang ni duduk serumah tapi si CITAM masih tak boleh lagi nak terima kehadiran MOMEL. asal bertembung je bergasak....asal bergasak je bertembung hatoiyaiiii~




p/s: dah dah la tu sayangggg....mummy kan sayang semuanya tak ada yang lebih tak ada yang kurang, tak payah nak tunjuk terer, nak tunjuk gangster bagai...kang kena piyat tinge dua dua kena yer baru adil dan saksama *sigh~

Tuesday, June 29, 2010

Kisah SAHABAT SEJATI di antara seekor ANAK ANJING dan seekor KUCING



Puppy atau anak anjing bernama Oscar dan Author seekor kucing milik keluarga Bell telah menjadi sahabat karib sejak pertama kali mereka bertemu. Author sering membantu Oscar untuk memanjat sofa, dan Oscar pula akan sentiasa mengikuti ke mana saja Author pergi. Keakraban dan persahabatan mereka tidak boleh dipisahkan lagi, sehinggalah pada satu hari Author telah mati. Oscar tidak dapat menerima kehilangan sabahat karibnya itu sehinggalah pada suatu malam Oscar telah  menggali kubur di mana Author ditanam dan membawanya kembali ke dalam rumah!


Apabila ahli keluarga Bell bangun tidur keesokkan harinya, mereka terlihat Oscar tidur bersama-sama 'Author' di dalam bakul tempat tidurnya. Anak anjing itu telah menjilat dan membersihkan sahabatnya itu sepanjang malam sebelum dia tertidur kepenatan.


Pemiliknya berkata, memang Oscar ada semasa mereka menanam kucing itu, jadi Oscar tahu di mana lokasi sahabat karibnya dan pada malam itu Oscar telah keluar melalui cat flap dan mula menggali untuk mengeluarkan sahabatnya. Author adalah seekor kucing dewasa yang besar, tentu anak anjing itu telah bersusah payah untuk membawa kucing itu masuk ke dalam rumah bahkan dibawa masuk ke dalam bakul tempat tidurnya.


Author telah ditanam kembali di tempat yang lebih selamat dan pemilik Oscar telah mencari teman baru untuk menggantikan sahabatnya itu, Limpet tentunya seekor lagi kucing yang juga sangat penyayang dan selalu melindungi anak anjing itu.

source - Love Meow



p/s: pernah tanam kucing dan disaksikan oleh kucing aku yg lain, mmg nampak sgt kesedihan mereka...sampai berjam-jam dorang duduk merenung kuburan tu, sedeh sgt bila tgk muka sensorang :(

nasib anak-anak yatim piatu

Assalammualaikum ~

hai tawan-tawan...hari ni nak share gambar bebudak ni beronggeng kat laman, budak bertiga ni sama-sama anak terbuang, sama-sama anak yatim piatu sebab tu dorang bertiga ni sangat-sangat memahami perasaan memasing ahaks~





MOMEL nang shomel

dah lama rasanya tak upload gambar budak bermuka bolat nih, si MOMEL ni walaupon dia kucing jantan yang terkenal dgn ciri-ciri macho dan perasan tetapi dia sangat penyayang. senang je dia nak terima kalau ada kucin baru yang aku  bawak balik ke rumah, mungkin dia faham adik-adik baru ni senasib dgn dia. kalau nak harap si BULAT ngan anak-anak dia yang eksen tak henggat tu memang tak payahlah, memasing sombong oke...padahal si BULAT tu pon asalnya stray cat jugak! tak sedo diri la tuh wakaka...  


ermm...mangienya munger nih

cuba perati betul-betul ada si MERAH budak gemok dalam gambar nih, sila carik kucing berwarna oren yang berekor kontot seperti wabbit eh! rabbit daa....


adik pijak kat sini lar adikk....

haa tengok ni! baby MUSHUK dah pandai nak memanjat-manjat pokok, ni sume abg MOMEL yang ajar yer...suka ajar adik dia buat yang bukan-bukan. haritu si MOMEL bawak BABY pegi meredah semak kat belakang rumah jiran aku...habis satu badan BABY penuh dengan rumput yang melekat-lekat tuh haihh....


aikk montot sape tuh?

sila fokuskan pandangan anda pada budak bermuka bolat di balik pokok tu yer...hahh! jangan dok skodeng kucin yang nak membuang tuh kang ada yang mata ditumbuhi ketumbit! 
ayokk tak tawu...


haa.... ini BABY, dah besarkan dia...

sejak dah jadik kakak ni dah semakin matang perangai dia macam dah tak layak je nak panggil BABY so atas sebab itu aku dah start panggil dia KAKAK BABY ngeh ngehh~


uiks...KAKAK BABY nampak apa tuu?

siapa tak nampak baby MUSHUK memang tak patut, mentang-mentang lah kaler bulus dia dah serupa ngan pokok tu kann hahahah.......


tak sakit ke tengkok tu dok mendongak aje??

sebenarnya ada burung kat atas pokok ni, tu yang khusyuk je bebudak ni tengok...aku yang tengok sekejap ni pon dah naik sengal tengkok, tapi bebudak ni rilek je fokus kat burung tuh...


 eleh baby MUSHUK tuuu...ada hati nak tangkap burung, 
baru panjat sekerat jalan dah melorot ke bawah huahuahua.....


tetap maintain ayu walau tengah tido, 
OMG! (oh makcik guard!) ayu nyew~



p/s:  KAKAK BABY sayang kat adiknya, selalu dia jilat bersihkan bulu baby MUSHUK tapi yang selalunya kena buli jelah adik dia ni kann...sian kat baby MUSHUK, abang MOMEL dah selamatlah kalau tak dia yang selalu kena buli ngan si BABY  *sigh

Monday, June 28, 2010

Hi-Tea di Secret Recipes

petang semalam tetibe tekak ni rasa cam nak makan karipap panas, nikmatnya kalau dapat makan petang-petang nan indah nih ewwahhh...nafsu makan dah semakin membuak-buak so apa lagi harus ditunaikan hajat ni kalau tak kang kempunan pulak, ada karang yg jatuh tersungkur kann... So sebelum keluar rumah tu harus mensetelkan budak-budak ni dulu, so kasik makan kenyang-kenyang dulu kang bila dah kenyang harus masuk beradu la memasing kan...senang sket aku nak beronggeng ngeh ngehh~



cuba tengok pewot baby MUSHUK nih, muncit mengening cam nak meletop aje hehh...seram aku tengok. Budak ni kalau makan memang tak hengat! kalau bagi makan reramai tak tentu arah dibuatnya semua bahagian org lain dia nak rasa, geram betul...jadi terpaksalah asingkan budak mucuk nih supaya dia tak mengacau orang lain makan haihhh...

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut tidur la apa lagi huhuu~ tengok mata dah kuyu, ok meh mummy dodoikan yer cayang.. Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupon hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya~~ 

alaa...tidur la cepat sayanggg,  mummy dah lapar nih grrrr..........

ahaa tidur pon...gud girl!

tidur yer cayang...ti mummy belikan jajan yerk ahaks~


ok perjalanan dimulakan dengan bismillah, destinasi yang dituju adalah Secret Recipes wuhuuu~
biggest curry puff

inilah dia karipapnya, masih berasap-asap lagi yer masa sampai tuu perghhh...and a delicious apple cheese slice for the dessert yummy yum yummm

fish and chips

kalau makan fish and chips ni aku suka makan chipsnya aje dicicah dengan mayo yg diperah lemon "owh heaven..."


p/s: baliknya keluar je kereta baby MUSHUK dah dok tercongok kat depan pintu, ehh macam tau tau aje..alamakk! terlupa nak beli jajan dia adehhh "jap yer sayangg..mummy g beli sat..." Terpaksa keluar balik belikan makanan favourite budak mucuk nih, wet food seafood flavors! 

Saturday, June 26, 2010

ANJANA The Lovely Chimpanzee


Institute of Greatly Endangered Species di South Carolina - Anjana, seekor cipanzi telah menjaga dan merawat dua ekor anak harimau putih yang bernama Mitra dan Shiva seperti anaknya sendiri. Mitra dan Shiva telah terselamat dari ribut taufan dan kemudian terpisah dari ibunya. Cipanzi yang berusia dua tahun ini telah memberi kasih sayang yang diperlukan dari seorang ibu kepada dua anak harimau ini.


Sebelum harimau, Anjana pernah membesarkan anak singa dan harimau bintang. China York, seorang penjaga zoo selalu membawa Anjana ketika menjaga anak harimau, ketika memberinya susu, dan ketika menemankan anak-anak harimau itu bermain. Melalui pemerhatian itu, Anjana belajar melalui apa yang dilihatnya dan cuba meniru dan melakukan perkara yang sama. Monkey see, monkey do.


Ikatan yang terjalin antara Anjana dan anak-anak harimau itu sangat mengagumkan. They are inseparable. Walaupun anak harimau itu bermain kasar, cipanzi mempunyai kulit yang sangat tebal yang dapat melindunginya dari terluka. Dan sebenarnya kekuatan yang Anjana miliki adalah lebih daripada kekuatan anak-anak harimau ini. Dari itu adalah tidak mustahil tak tidak menjadi masalah kepada Anjana yang dengan senang hati ingin mengasihi dan memanjakan anak-anak harimau yang telah kehilangan ibunya ini.






LOVE goes beyond everything


p/s: mengikut kajian yang dibuat hampir 95% gen cipanzi sama dengan gen manusia, ini membuktikan cipanzi adalah haiwan yang sangat bijak. Bezanya hanya 5% dari manusia tetapi kenapa kdg kala aku rasa cuma 5% je otak manusia berfungsi kerana ada yg sanggup membuang anak sendiri darah daging sendiri, sedangkan haiwan yang berlainan spesis mampu berkongsi kasih dan sayang.

Friday, June 25, 2010

"Jalan-Jalan Syurga"

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Firman Allah swt :
"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah ISLAM"
“Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada hambanya yang mahu berfikir…”

Ingatlah ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!


source - dikongsikan bersama dari email seorang sahabat

Thursday, June 24, 2010

EKSKLUSIF! Terpenyek Dihempap Beruang

Berikut adalah aksi berani mati seekor kucing yg bernama baby MUSHUK a.k.a Si Kenit. Saksikan aksi yang mendebarkan ini skrg! 




dung dung...





dung dung... 





dung dung...(bunyik jantung daa...)

 

|
|
|
|
|
|
V










keputusannya Si Beruang dah tertonggeng, so baby MUSHUK menang weee~~



p/s: dengan rasminya budak kenit ni aku namakan baby MUSHUK kerana...'baby' sebab dia masih kecik, 'mushuk' sebab budak ni mushuk masham (mushuk = bushuk = bucuk/ masham = masam)

KUCING BERBULU SEEKOR KUCING eh! macamana tu??

korang paham tak tajuk entri aku kali ni?
tak paham??
ok tak apa, sebab aku sendiri pon tak paham huahuahua.. 




so untuk lebih memahamkan korang dengan tajuk aku ni, meh kita tengok gambar ni sesama, jeng jeng jenggg.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

tadaaa ~ ~






luar biasa kan...nampak macam ada seekor kucing kat belakang kucing tuh..


SUBHANALLAH... maha suci Allah
ALLAHUAKBAR... Allah maha besar



p/s: kepada sesiapa yang masih tak paham dgn tajuk entri aku nih, silalah rujuk pada pakar mata jangan rujuk pada pakar bahasa pulak yer ngeh ngeh ~~

Tuesday, June 22, 2010

Budak halang KUDA CACAT dibunuh

BIDDLECOMBE berdiri dekat seekor anak kuda padi yang cacat pada wajahnya



SOUTHAMPTON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun berharap dapat mengumpulkan derma beribu-ribu pound sterling supaya seekor anak kuda padi jantan kesayangannya yang dilahirkan dengan keadaan muka yang cacat dapat menjalani pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu, Little Maddison Biddlecombe pernah merayu kepada keluarganya supaya anak kuda yang bernama Diego itu tidak dibunuh kerana mempunyai rupa paras yang pelik.

Biddlecombe berharap dapat mengutip dana untuk membiayai operasi pembedahan yang dilakukan oleh seorang doktor gigi kuda yang dijangka mencecah kos sebanyak £4,000 (RM18,889).

Diego dilahirkan pada 12 Mei 2010 dengan masalah Sindrom Hidung Senget yang menyebabkan kuda itu mempunyai sebatang hidung yang bengkok dan rahang yang terkehel.

"Saya sangat sayangkannya dan dia membenarkan saya menciumnya dan memeluknya," kata kanak-kanak tersebut. - Agensi

credit to Kosmo!


p/s: tengok! budak kecik yg pendek akalnya pon boleh ada niat nak cuba selamatnya kuda istimewa nih, yg org dewasa pulak amik jalan mudah je nak bunuh, hehh sukati jek! bukannya cacat kuda tu sampai membahayakan kesihatan ponnn isk isk...

Monday, June 21, 2010

Firefighter menyelamatkan kucing dari kebakaran



Situasi ketika berlaku kebakaran di sebuah kondominium milik Maria Rabun di San Diego, California. Dalam keadaan kelam kabut, Maria mencapai kucingnya dan bergegas keluar dari rumahnya. kondominium itu telah pon dipenuhi dengan asap. Setelah keluar dari pintu depan, dia menyedari bahawa Roxy, seekor kucingnya masih tertinggal di dalam. Bagai nak gila si Maria ni apabila menyedari keadaan tu.


Ahli bomba yang datang untuk memadam kebakaran terlihat Roxy, sedang tersandar di pintu. Terdapat kesan cakar di pintu tersebut menunjukkan bahawa Roxy berusaha untuk keluar. Roxy semakin lemah dan keseluruhan bulunya telah pon dilitupi dengan debu. Morrison, salah seorang firefighters telah menyelamatkan Roxy keluar dari rumah itu dan memberinya topeng oksigen sebelum kembali untuk memadam kebakaran.


Luar biasa, Roxy sembuh tak lama setelah ia diselamatkan. Roxy mula bergerak dan berjalan seperti biasa walau keadaannya seketika tadi amat lemah dan tidak bernyawa. Ini bukanlah kali pertama Roxy terselamat, Roxy telah menggunakan satu daripada 9 nyawanya apabila dia dibuang dalam tong sampah di belakang restoran sebelum ini.


Maria menangis ketika dia melihat Roxy. Roxy bukan sekadar haiwan kesayangan padanya, Roxy telah dianggap sebagai ahli keluarganya. Maria sangat berterima kasih atas apa yang Morrison lakukan untuk dirinya dan Roxy.



p/s: kucing ada 9 nyawa tapi tak bermakna kita boleh melakukan sesuka hati terhadap mereka kerana mereka juga seperti kita boleh merasa kesakitan dan mempunyai perasaan.


credit to lovemeow.com

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa, ABAH!



hari ini 20 Jun 2010 adalah HARI BAPA, tidak bermakna nak tunggu Hari Bapa baru nak ucapkan terima kasih kepada kaum bapa tetapi Hari Bapa merupakan satu hari yang dikhaskan untuk kita menghargai  jasa dan pengorbanan seorang lelaki yang bergelar bapa.


Bagi aku sendiri terlalu banyak pengorbanan seorang bapa yang aku panggil ABAH untuk kami sekeluarga, terlalu banyak kisah-kisah yang meruntun hati jika dikenang kembali. Abah yang aku kenal tak pernah berkira dari segi tenaga, masa dan wang ringgit untuk memastikan keselesaan kami sekeluarga. Abah tak pernah mengeluh dan tak pernah mengungkit apa saja yang dilakukan. Abah melakukankan seikhlas hati dan aku tahu itu...walaupun abah adalah seseeorang yang sangat kurang bercakap. Di sini aku nak berkongsi satu cerita yang baru saja berlaku...cerita tentang keikhlasan hati seorang bapa iaitu abah aku sendiri. Korang baca dan hayati, tapi perlu diingatkan di sini mana-mana yang tak elok tu silalah dijadikan sempadan yer.. (jgn tiru macam aku uwaaa......  


al-kisah....
satu hari lepas balik kije, masuk dalam bilik tiba-tiba...macam tak percaya dgn apa yg aku lihat. Apakah ini bilik aku?? apa dah jadi?? siapakah?? nak tahu apa yang aku nampak..kalau korang tanak tahu pon aku bagitau jugak lah sebab aku kan baik wakaka...ok ok kenapa dgn bilik aku? bilik aku bersih kemas, tersusun rapi dan bersinar-sinar kenapa? sebab ada orang tolong kemaskan bilik aku (perkara yg sgt tidak boleh dibanggakan ok..)


aku memang budget bonda aku yg tersayang jelah kan...pegi dapur dgn muka tersipu-sipu malu aku memulakan perbualan..

aku : "mak kemas bilik org heh?
mak : "tak lah...abah yang kemas"
aku : "hahhh abah!???" (maluuuu...)
mak : "yerr......dah dua tiga kali dia masuk bilik tu tgk berserabut je dia kemas lah"
aku : "abah tak keje ke mak?" (masih tak percaya)
mak : "keje la..lepas dia mengemas tu terus dia pegi keje.."


aduhh....masa tu aku tak tahu nak ketawa ke nak nangis, malu la dgn abah aku, sempat dia mengemas bilik aku tu sebelum pergi kerja. bilik aku tu tak la bersepah mana pon kannn (ayat nak cover line..) cuma katil tak sempat nak string, sampah dlm tong sampah tu tak buang, pastu ada buku ngan majalah-majalah berterabur kat atas lantai, pastu atas meja solek tu berterabur dgn make-up, bedak, perfume, sikat, minyak cap kapak, minyak gamat, kat bwk meja tu pulak bersusun-susun kasut aku yang tak tersusun (haa..korang dpt bayangkan tak? ok tak payah bayangkan sgt buruk ok!) . Kalau aku mahu berjam nak mengemas, biasa tunggu weekend lah kan. Tapi sejak-sejak ada si kenit tu dari bukak mata sampai tutup mata aku dok mengadap dia je so mana ada masa kann... (alasannn.....)


kalau pasal mengemas memang aku respect kat Abah, kerja abah sangat la detail...dari katil sampai ke cermin abah kilatkan, segala benda tersusun kemas sampai make-up yang bersepah-sepah atas meja solek tu pon abah susun bagi cantik see...betul tak aku kata, abah tak pernah berkira, tak kira la keja tu susah ke, senang ke , berat ke ringan abah buat seikhlas hati dan abah tak pernah sebut pon apa yang dah buat. Aku adik beradik memang manja dgn abah sebab sikap abah yang suka melayan kitaorang..sampai sekarang pon aku adik beradik masih lagi makan bersuap dgn abah sebab abah rajin nak melayan kalau mak aku dia malas skit lar..haha..ampunkan sy bonda....bukan malas apa...mak malas nak melayan kerenah mengade-ngade kitaorg ni huhuu... ok lah apa-apa pon moral of the storinya di sini, korang jgn la ikut perangai tak senonoh aku ni yer...dan yg paling penting sayangi dan hargailah ibu dan ayah kita sebaik-baiknya.








"You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up... To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger
Each restless heart beats so imperfectly
But when you come and I am filled with wonder
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.



Abah,
Terima kasih kerana...
tidak pernah gagal menyayangi kami
Abah,
Terima kasih kerana...
tidak pernah gagal mengasihani kami
Abah,
Terima kasih kerana...
tidak pernah gagal mengingatkan dan menasihati kami
Abah,
Terima kasih di atas segala kepayahan utk membesarkan kami
Abah,
Terima kasih kerana senantiasa mendoakan kami
 
Pengorbanan abah tak dapat kami gambarkan,
Terima kasih Abah..
p/s: malam ni nak pegi dating ngan abah tapi kena la bawak cik puan siti ..untuk pengetahuan cik puan siti tu adalah isteri abah aku (mak aku ler muehehe...)

Saturday, June 19, 2010

Permainan IDAMAN si comel

Kucing sangat sukakan kotak, tak kiralah kotak apa dan walau sekecil mana kotak tu pon... si comel akan seboleh-boleh cuba nak muatkan badan dia kat dalam tu kan.. and guess what? someone came up with an ingenious idea! beliau mencipta kotak yg seolah-olah ada kucing sedang bersembunyi di dalamnya. Tapi mende ni ada kat Jepun jer kat Malaysia lom ada lagi kot  *sigh~



There is something about boxes that just fascinate kitties. 
It’s a rule!




p/s: selalu bawak balik kotak kertas double A je dari ofis utk mainan budak-budak nih

Pencarian nama untuk si KENIT

si KENIT


kalau PM sibuk mencari nama untuk kucing parsi yang baru dibeli di Majlis Pelancaran Beli Barangan Malaysia baru-baru ini. aku pon nak menyibok gak mencarik nama untuk si kenit aku nih ngeh ngeh~ si kenit yang dibuang orang hanyalah kucing biasa, kucing malaysia bukan parsi dan bukan siam. idaklah sekali-kali aku akan membeli kucing parsi atau siam yang gebus-gebus dan comel-comel di petshop itu. sebab pada aku kucing-kucing terbiar ni pon dah banyak sangat berkeliaran tak bertuan bukankah lagi elok kita membela nasib dorang ni..iyer dak kengkawan?? sila geleng kepala tanda setuju dan angguk kalau tak setuju ahaks~


kucing-kucing yang aku bela sekarang ni semuanya kucing-kucing terbuang. Ibu BULAT adalah kucing pertama yang aku bela pada tahun 2000 kalau tak silap, BULAT empat beradik yang aku jumpa pada ketika itu hanya berusia beberapa minggu meranggak mencari ibunya kerana kelaparan sehingga terjatuh ke dalam longkang. siapa yang buang tu memang lah ngok! anak-anak kucing tu dah la diletak dalam kotak kecik pastu letak pulak dekat sgt dgn longkang pastu buang anak je tanpa ibu camanalah dorang nak hidup, kalau diingat-ingat memang geramm!


ibu BULAT yang pemalu


pada waktu itu aku tidak pernah membela kucing, jadi aku memang tak ada pengetahuan untuk menjaga kucing apatah lagi anak kucing yang masih memerlukan susu ibunya untuk hidup. kasihan melihat BULAT empat beradik kelaparan aku nekad memberi mereka susu nespray yang dibancuh dalam botol susu bayi (bayi manusia yer bkn bayi kucing) sebenarnya tak boleh bagi susu kita pada kucing apalagi anak kucing, boleh menyebabkan cirit birit yang teruk pada anak kucing ni tapi masa tu aku memang bebal, memang tak tahu langsung tentang penjagaan kucing tapi dengan kuasa tuhan dorang membesar sihat seperti kucing biasa. adik beradik BULAT?? panjang lagi kesah BULAT ngan adik beradik dia yg lain kalau nak cerita semua mahu 3 malam tanpa bintang tak habis-habis, aku imbas sikit jelah yer..dan sejak itulah aku mula mengambil tahu tentang kucing dan cara-cara penjagaannya.


eh! ni nak citer pasal si KENIT ke pasal BULAT hahah...sori lah budak KENIT, ibu BULAT interframe kejap. ok berbalik pada cerita si kenit tadi sebenarnya dah sepuluh hari aku menjaga si kenit nih, dah semakin buncit, semakin bijak, semakin nakal dan semakin demand budak kenit tu tahu..susu dah tak nak minum makan pon dah pandai memilih amboi amboi amboiii...(laga-laga ibu jari jap..) Ni lah tengah dok memikir nama utk si KENIT sorang nih, utk pengetahuan si KENIT ni betina yer..aku dah belek-belek, dah perati betul betul so memang tak silap lah ahaks~


p/s: si KENIT ni aku panggil KENIT dia dtg, panggil BABY dia dtg, panggil MOMEL pon dia dtg haihhh kena bagi nama cepat ni nampaknya. Kalau sesiapa ada cadangan nama tu sila-silalah yer..

Friday, June 18, 2010

Unlikely Friendships

bismillah....

Abu Hurairah, katanya saya mendengar Rasulullah bersabda: “Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan puluh sembilan daripadanya tersimpan di sisi-Nya. Satu bahagian saja diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan kasih sayang itulah makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Rasulullah pernah bercerita kepada sahabatnya: “Pada suatu hari di saat seorang lelaki kehausan di tengah jalan, ia menemukan sebuah telaga (tidak seberapa dalam) lalu turunlah ke dalamnya kemudian minum sepuas-puasnya. Ketika keluar dari telaga tadi, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah menjilat tanah kerana kehausan. Lelaki itu berkata: Nampaknya anjing itu kehausan seperti aku tadi. Ia segera turun lagi ke dalam telaga lalu mengisi khufnya dengan air. Sambil memegang mulut khuf yang penuh air itu ia naik kembali lalu memberi minum anjing yang sedang kehausan. Anjing itu kemudian bersyukur kepada Allah atas pertolongan yang diberikan oleh lelaki itu, dan sebagai balasan atas kebaikan hatinya Allah memberi ampun atas dosa-dosanya....” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



kalau sebelum ni asik mengepost entri yang ntah pape dan langsung tak ada manfaatnya..so di hari jumaat yang mulia ni aku nak berkongsi perasaan kasih sayang dengan korang semua. Kasih sayang itu tidak terbatas hanya sesama manusia tetapi juga meliputi keseluruhan makhluk hidup lainnya.


baca dan hayati kisahnya...





Kucing ini kehilangan tiga anaknya, bila tuan dia kebetulan meninggalkan anak itik ini bersama-sama dalam satu rumah..si kucing ni tak teragak-agak terus merawat dan membersihkan anak-anak itik tu dan seterusnya menjadi pengganti ibu kepada dua anak itik tersebut, how amazing cats really are..



Gambar ini diambil oleh seorang pelancong di resort pantai Kuala Selangor. Kelihatan seekor kera sedang menepuk kepala seekor kucing. Pelancong yang kagum dengan apa yang dilihatnya menghabiskan dua jam memerhatikan mereka "They were playing together and really seemed to have a special relationship, they adored each other. It was surprising to see the unusual interaction between the two little creatures." Kaz Campell.



Ayam ini adalah satu-satunya yang terselamat dari serangan musang yang telah membunuh 13 ekor ayam lainnya, yang kemudian dipindahkan ke farmhouse dimana tinggal seekor kucing. Melihat ayam yang ketakutan kucing tersebut sedia memberi persahabatan dan mereka terus menjadi sahabat baik.


Alpaka ini telah bersahabat dengan kucing. they were inseparable! so sweet....


Seekor kucing dan dua ekor burung, mereka mungkin nampak seperti mustahil untuk bersahabat bersama. Tapi bagi mereka nothing is impossible! Menurut pemiliknya, kucing ini tidak tahu dia seekor kucing kerana dia tidak pernah cuba untuk makan burung-burung tersebut dan tidak banyak memburu huhuu..boleh gitu ekk



Bandung Zoo di Kota Jawa Barat kucing berteman dengan kerbau liar. Mereka sering terlihat bersama-sama seperti dua rakan karib.



Germany’s Berlin Zoo seekor kucing betina telah termasuk ke dalam kandang beruang Asian Black Bear jantan sewaktu nak mencari makanan. Menakjubkan selepas itu, mereka mula tinggal, makan dan bermain bersama  



anak kucing berusia lima minggu menyangka arnab ini adalah ibunya, anak kucing ini terus memanjat-manjat badan arnab tersebut untuk mendapatkan susu dan arnab itu hanya duduk dan membiarkannya. anak kucing itu akan mengekori arnab itu kemana saja. anak kucing ini adalah salah seekor drpd 6 ekor kucing terbuang yang dijumpai dan dibawa ke pusat perubatan haiwan. they're so lovely together!



siapa sangka kucing boleh bersahabat dengan iguana eh! ni eguana ke?? ntah aku tak pasti
kalau ada sesapa tahu tolong bagitau yerk..



p/s: i guess we HUMAN, should all be able to get along better! malu la dengan haiwan yang tak berakal tu, betul tak kengkawan??



source : love meow

Wednesday, June 16, 2010

Subhanallah! Kitten born with two faces

Charleston, North CarolinaAssociation Press telah melaporkan seekor ibu kucing yang diberi nama Isabella telah melahirkan 6 ekor anak dan salah seekor daripadanya bermuka dua, empat mata, dua hidung dan dua mulut. Anak kucing istimewa itu diberi nama Two-Face. Doktor haiwan di daerah itu memberi 50% peluang untuk hidup bagi anak kucing tersebut namum sehingga kini Two-Face masih dalam keadaan sihat.




p/s: harap-harap Two-Face selamat dan dapat hidup sihat seperti kucing-kucing normal yang lain, amin...

source : The Province

Tuesday, June 15, 2010

si PUTEH dah pandai nak mengorat, apakah??

petang semalam semasa tengah melayan si kenit makan, aku terdengar macam suara kucing nak gaduh kat rumah jiran sebelah. memang tahu kat rumah jiran tu ada sekor kucing betina sedang tempoh nak mengawan so mesti ada dua tiga ekor kucing jantan kat situ yang mencuba nasib nak beradu tenaga untuk mengorat kucing betina tadi, aku buat tak reti jelah kan...takan aku nak tengok pulak kang tertengok aksi 18sx cane...oh! aku dah lebih 18 so buleh tengok hohoh..


yang membuatkan tak senang hati tu sebab salah satu suara kucing tu macam aku kenal, aku dok pasang telinga nak mengecamkan suara tu...macam suara..eh! tak kan pulak? ahh tak puas hati aku pegi gak kat rumah jiran nak skodeng suara siapakah itu. hahh TETEH??? iskk betul jangkaan aku tadi!


weii TETEH encem boy! apa kamu buat kat sini?? yang dok menyibok nak bertegang-tegang urat ngan kucing-kucing jantan tu pahal...? kamu bukannya mengawan ponnn...kamu kan dah sunat haihh!





aku terus dukung si TETEH sambil membebel-bebel, tak padan ngan sindrom down..lompat pon selalu tak lepas ada hati nak mengorat kucing orang hehh! iskkk..berat betul lah budak nih... ada potensi nak jadik cam abang dia si MERAH, tak larat nak dukung lama-lama


p/s: mata TETEH dah baik, selaput kat mata dia dah hilang