Thursday, July 29, 2010

ACARA BERIADAH BERSAMA TIGA JEBON. Jebon tu apa?? Jebon tu nenek engkau... Eh! nenek aku bukan Jebon, nenek aku che embun. Atuk kau? atuk aku James Bond (berapa punya panjang tajuk daa....)

Ini adalah acara beriadah petang semalam. Kerja-kerja ofis dan kerja part-time dah banyak yang settle tak lah berserabut sangat pale otak nih, balancenya aku buat secara berperingkat. Jadi petang semalam balik kerja awal luangkan masa melayan kerenah budak-budak jebon tiga orang nih.


budak MOMEL si ekor kembang


KAKAK BABY si badan panjang


BABY MUSHUK yang mushuk masham


acara menangkap semut dan seterusnya digeget semut


acara mendongak paling lama


dan yang terakhir sekali acara seni mempertahankan diri yang dipersembahkan oleh MOMEL yang dah hilang sabar menahan kesakitan ekornya yang diterkam dan digeget berulang kali oleh adiknya si budak mushuk masham, WACHAA!!



"okok abang Momel dah dah! 
adik dah menjerit tuu....
bawak mengucap yer sayang..."


muka tak puas hati 
selepas referee memberhentikan perlawanan,
tapi muka tetap mantain vass gitew~


p/s: seronok melayan kerenah bebudak nih, hilang stress seharian bekerja

Wednesday, July 28, 2010

Tag Huruf Awalan Saya 'M'

assalammualaikum wbt.....
hai kawan-kawan!

Apa khabar kawan-kawan, teman dan sahabat handai sekalian? diharap sihat-sihat sahaja. Firstly, nak mintak ampon beribu-ribu amponnn kepada dua sahabat yang telah mengetag saya Telor dan Marina anakcikbob. Dah berkurun sebenarnya saya ditag tetapi belum berkesempatan nak memerah otak menjawab soklan-soklan mencabar tersebut. Hari ini saya mempunyai masa terluang sebab bos saya berada di luar sedang berpoya-poya


Sehubungan itu, saya akan menggunakan seluruh kebijaktaksanaan saya untuk menjawab tag berikut :-


syarat 1 : mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda
huruf M for meowwmania

syarat 2 : jawapan tak boleh berulang
orait bebeh!

1. nama anda
meowwmania, panggilan manje, manja tak? manja tak? longkang pls.............

2. perkataan 4 huruf
meow...

3.nama budak lelaki
Mohamad, nama abah kesayangan saya tp beliau bukan budak  *wink!

4. nama budak perempuan
mas idayu ♪♫ seminggu sekali kau dtg padaku membawa cinta yg suci amboi2 enak, amboi2 enak ♫♪♫♪...

5 .pekerjaan
MANAGER muahahahah...

6. warna
merah nya makngah...

7 .sesuatu yang anda pakai
mas, ala...barang kemas la tuh

8.makanan
marshmallow, mende yg lembik-lembik

9.sesuatu yang boleh dijumpai di tandas
mandi, sesuatu gak kan kan...


10.tempat
Malaysia Truly Asia ♫♪..

11.alasan bila terlewat
meoww saya demam!

12. sesuatu yang anda jeritkan
mak!!

13. tajuk filem
Madagascar veli funny stoli haha..


14.minuman
milo ais tabur satu!

15 . kumpulan muzik
Metallica yea yehh!!


16 . haiwan
Monkey yg cute dan bijak ngeh3


17 nama jalan
Mawar kekasih gelap saya tinggal di jalan mawar eh!

18. jenis kereta
my beloved Myvi


19 . Mereka yang bakal di tag
saya eh! bkn saya, awak hatoiii...(sungguh aku tak tahu nama beliau huhh!)


p/s: kepada yg bertuah, selamat menjawab hohoh..

Tuesday, July 27, 2010

saya menci mummy saya!

Baby Mushuk said :

saya menci mummy saya,
lately mummy sangat busy,
dia selalu balik lambat,
mummy tak main-main pon dgn saya,
dia asik tido je..
pastu suruh kite orang pon tido sama
tasuka.. tasuka!!



saya buat aksi terlampau ni pon, mummy tak layan!

tersangat lah bosan!


Oh ya! semalam 26 Julai, mummy kata birthday dia....then mummy said, thanks for all the b'day wishes that she received from family and friends. Saya nak bagi blackwood kat mummy saya as her birthday present! mesti dia suka ngee...........



Happy Birthday mummy!


p/s: saya tetap menci kat mummy saya!

Saturday, July 24, 2010

Hiburan Pagi Sabtu

Sekadar hiburan di pagi Sabtu


♪♫  hey little kitty.....hoyehh.... ♫♪♫


p/s: semoga pagi sabtu anda menjadi lebih ceria wuhuuu...

Friday, July 23, 2010

Dante, Si Kucing VEGETARIAN!



Kucing merupakan haiwan karnivor atau pemakan daging. Ia memerlukan diet yang mengandungi kalsium dan fosforus yang hanya terdapat dalam daging dan tulang. Tetapi Dante adalah seekor kucing yang telah menghancurkan teori ini. Dante merupakan seekor kucing VEGETARIAN! dia langsung tidak makan daging, ikan atau ayam. Pelik bukan? Tapi itulah kebenarannya.


Becky Page, pemilik kucing ini menjumpai Dante di sebuah lorong sedang kelaparan, lalu membawanya pulang ke rumah dan terus diberi semangkuk ayam. Peliknya Dante langsung tidak mahu menyentuh daging ayam itu walaupon pada saat dia sedang kelaparan. Kemudian Becky memberikan pula ikan kepada Dante tetapi kucing ini tetap memberikan reaksi yang sama. Bingung dengan keadaan ini, Becky hanya melihat Dante berjalan-jalan sekeliling rumahnya dalam keadaan kelaparan. Tiba di dapur Dante mendekati tong sampah di mana ada sisa sayuran dibuang di situ. Dante terus menjilat-jilat dan seterusnya memakan sisa-sisa sayuran tadi.


Kini, Dante sudah pon berusia 2 tahun, dan menu Dante masih sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Antara makanan kegemaran Dante adalah pisang, selain itu Dante juga suka makan hasil kebun yang ditanam sendiri oleh Becky, seperti kubis, asparagus dan melon.





"Sejak dia makan sayuran, dia tidak pernah mendekati semua yang berlemak dan lebih memilih sayuran yang ditanam sendiri di kebun," ujar Becky. Dan menurut Becky, kadangkala dia terpaksa menyembunyikan daging didalam makanan Dante kerana bimbang kesihatan Dante akan terjejas dengan hanya memakan sayuran dan buah-buahan, tapi jika Dante terlihat ada potongan daging itu, Dante langsung tidak mahu menyentuhnya.




p/s: kalau kucing-kucing aku diberi makan sayur jer.. haruslah bebudak tuh pakat mogok ramai-ramai, paham-pahm jelah memasing kalau makan dah macam buragas, tak henggat donia hehh!

TAZKIRAH : Paku yang lekat di hati

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”


Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?



Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

source - iLuvislam

Thursday, July 22, 2010

Bestnya tengok makcik ni tidur krohh krohh.....

makcik mana? makcik guard kah??
oh! tidak....bukan makcik guard tetapi.......
makcik BULAT


|
|
|
|
|
|
|
|
V


lena tido mokcik...?


ini Bulat, Bulat adalah kucing pertama yang aku bela. Usia Bulat mengikut perkiraan aku dah hampir 9 tahun, kalau tak silap... sebab aku kira pakai kalkulator, kalau silap pon kalkulator tulah yang silap yerk...


Bulat ni dari kecik sampai ke tua sangat senang dijaga, tak banyak kerenah, dengar kata, pandai ambil hati, pembersih dan sangat-sangat bijak. Dah hampir 9 tahun aku hidup bersamanya, Bulat sangat faham aku dan aku pon faham dia. Korang faham tak?? Pada yang tidak pernah membela kucing dalam jangka masa yang lama mungkin tak akan faham tapi aku yakin kengkawan pencinta kucing aku sangat faham apa yang aku maksudkan di sini.


Memang kucing tu haiwan. Kucing aje kan...bukannya apa. TAPI aku tegaskan di sini, walaupon kucing ni tak mempunyai akal fikiran macam manusia tetapi mereka mempunyai perasaan sama seperti manusia. Mereka mampu menyayangi dan ingin disayangi.


Kadangkala perasaan manusia itu sendiri tidak setanding dengan perasaan kasih sayang yang dimiliki oleh makhluk comel ini. Tengok sajalah di dada-dada akhbar hari ini, hampir keseluruhannya berita tentang kekejaman manusia sesama manusia, terhadap darah daging sendiri, terhadap keluarga sendiri, malah terhadap ibu bapa sendiri. Kadang-kadang naik menyampah nak mengadap surat khabar, asik berita yang sama seolah diulang tayang. Bila tersebar berita macam tu patutnya dijadikan iktibar tapi semacam menjadi buah idea bila berita yang lebih kurang sama terpampang pada keesokan hari haihhh......



p/s: eh! aku nak cerita pasal apa ni sebenarnya...?? dah terkeluar tajuk daa....ter emo punya pasal! nasib korang lah yang dah terbaca muahahah (oh! kejamnya aku, manusia mmg kejam!)

Wednesday, July 21, 2010

Background BARU!

Olaa....
assalammulaikum......tak jawab dose


Haa...cuba lihat belog ni, ada pape perubahan tak? Apa! tak perasan?? isk isk...bahaya tuh! Jika anda tidak perasan akan perubahan di belog ini bermakna anda perlu berjumpa dengan pakar mata dengan segera. Bimbang-bimbang jika selaput mata sudah memenuhi ruang mata dan mengakibatkan anda rabun warna muahahaha..... Jangan marah yer kengkawan... Amacam background baru ni gempak tak?? kalau tak gempak pon buat-buat la gempak yer...   "OMG! (oh makcik guard!) gempaknya!"    gitew........




Aku saja la tukar background belog ni, nak tukar selera...hari-hari pandang mende yang sama macam jemu pulak yer.. Mintak mahap la kalau-kalau ada yang sakit mata dengan pilihan warna background ni, saje pilih background colourful camni. Nampak cam kek sarawak pon ada...selera sikit yer dok huhuu...



p/s: sok lusa kalau sakit bijik mata aku menengoknya aku tukar balik yer

Duhai Citam kuh... Sila bangun sebelum kena babab montot

CITAM!! 
kamu tak ada tempat lain ke nak tido??



sonoknya tido kat tray beskot tu yer...


Gambar kat atas ni Citam tido dalam tray biskut, macam-macam biskut yang kurang bernasib baik dihempapnya yer...seb baik biskut Oreo-Giant tu beso kalau tidak pon senasib ngan biskut-biskut yang lain haihh... Tak tahu la Citam nih!  satu pe'el dia, suka sangat tidur dekat dengan makanan, tak kira lah atas meja makan, dalam dulang makanan, dalam bakul sayur mak aku, atas tong beras... tak kira lah kat mana-mana pon janji dekat dengan makanan. Dekat dalam rice cooker pon pernah yer...klik SINI kalau tak percaya.


p/s: aku suka tido goyang kaki, hebat bukan muahahah....

Tuesday, July 20, 2010

MARU, Kucing Popular Seantero Dunia

Korang kenal Maru? bukan Mashimaro oke... Maru ni adalah seekor kucing yang dimiliki oleh seorang rakyat Jepun yang telah menjadi sensasi di YouTube disebabkan keobsesan si Maru ni dengan kotak. Maru bukan sahaja terkenal di Negara Jepun, malahan dia pernah keluar di rancangan Ellen DeGeneres Show dan pelbagai rancangan TV di US dan beberapa buah negara lain.




Mugumogu, pemilik Maru berkata dia membawa pulang Maru pada ketika usianya 4 bulan tetapi pada ketika itu berat badan Maru telah pon mencecah 2.4 kg. Cuba teka berat Maru sekarang?? Berat tak henggat la jawabnya muahahaha.... Maksud nama Maru itu sendiri adalah bulat dalam bahasa Jepun, dah memang sesuai sangat lah si Maru tu dengan nama dia kann


Keobsesan Maru terhadap kotak ni bermula sejak dia kecil lagi. Maru sangat suka bermain dengan kotak dan kadang kala tidur di dalamnya. Maru juga sangat gemar bermain dengan air, tiap kali Mugumogu membersihkan bilik air, Maru akan join sekali tolong menyibok kat situ.


Pada November 2007, Mugumogu telah membina sebuat blog khas untuk Maru berkongsi ceritanya dengan dunia. Dan pada bulan Julai 2008 adalah kali pertama video Maru diupload di YouTube dan sekelip mata Maru menjadi popular. Video Maru telah ditonton sebanyak 46 million kali oleh peminat-peminat kucing dan peminat Maru sendiri di seluruh dunia. Dan Maru juga ada sebuah buku yang diterbitkan khas untuknya dan boleh didapati di beberapa buah negara. Hebat betul si Maru ni kan, klik untuk ke Blog Maru




Cuba korang layan video Maru ni, best giler tengok aksi dia. Walaupon si Maru ni gemok tak henggat tapi dia sangat playful dan sangat-sangat obses dengan kotak, check it out!!



hahahah...klakar kan


p/s: kucin aku si MERAH pon demok jugak apa...cuma tak la sepopular Maru. sebab si MERAH ni kan low profile je bukan sebab dia tak glemer, giteww..... (ada unsur-unsur dengki khianat tak entri kali nih muahaha...)

GEMPAR!! Kucing melahirkan anak KEMBAR 4 SIAM

Kejadian ini terjadi di Makassar, Sulawesi Selatan. Seekor ibu kucing telah melahirkan anak kembar 4 yang melekat pada bahagian bawah badan sama seperti yang boleh berlaku pada anak manusia, kejadian ini juga dikenali sebagai Kembar Siam.




p/s: kasihan melihat keadaan anak-anak kucing tu, macamana lah agaknya nasib dorang nanti yer...

Monday, July 19, 2010

Alim-Alim Kucing - Lakonan CITAM dan MOMEL

Cuba korang tengok gambar ni, budak dua orang ni bukan ke tak boleh berjumpa? Dah berdamai ke dorang ni?? Oh itu tidak mungkin....itu adalah lakonan semata-mata, camtu la gayanya budak dua ekor ni kalau kat depan aku kemain lagi yer alim-alim kucing gitew cehh.....



amboiii......copan cantunnya masing-masing,
duduk telepot aje yer...

Momel : ishh bila mummy nak blah ni?? aku dah tak sabar nak terkam budak itam tuh!

Citam : jaga kau si kembang! kau ingat ekor kau kembang aku takot?!!
dorang ingat aku akan terpedaya dengan lakonan palsu dorang tu....huhh! jangan harap lar
bila tengok telinga memasing dah rendah ke bawah, alamat memang bercakaran la kejap lagik. so tanpa membuang masa aku hangkot budak Momel jauhkan dari Citam.

 muka tak puas hati


Tapi si Citam ni masih tak puas hati, dia follow je Momel, geram betul tengok dia. tak padan dengan betina, gengster sungguh! Sebagai mummy yang bertanggungjawab aku berjaya mengelakkan sebarang pergaduhan pada hari itu, hari tu jelah...sebab kebetulan aku ada kat situ kalau aku tak ada, tak dapek den nak menolong.... Satu jelah, kalau mak bagitahu budak dua ekor ni bergaduh, dua-dua kena pinyat tinge bio adil dan saksama hehh!


p/s: sungguh tak paham dgn perangai budak dua ekor nih, padahal sorang jantan sorang betina...sepatutnya tak gaduh. apalah silap aku kerana meng'kasi' mereka, sehingga mereka mengalami kekeliruan identiti haihh...

Sunday, July 18, 2010

Tolong Jangan Cari Pasal Dengan Kucing-Kucing Terbiar Sebelum Mereka Bertukar Menjadi KESATRIA BAJA HITAM

Korang risau tak dengan keselamatan kucing-kucing peliharaan korang? Mesti risau kan..lagi-lagi macam aku ni yang jenis bela kucing outdoor dan tidak dikurung. Manusia-manusia kejam yang tidak berperikemanusiaan ni ada di mana-mana, kucing bertuan pon dorang blasah apa lagi kucing-kucing terbiar.


Contoh yang terjadi baru-baru ni dengan Pak Tam kucing milik Papa Hero, kemungkinan besar Pak Tam ditendang yang menyebabkan kecederaan serius dan perlu dibedah. Aku selalu mengikuti perkembangan Pak Tam melalui blog Papa Hero dan alhamdulillah nampaknya pak tam beransur sembuh. Aku juga pernah mengalami pengalaman yang sama, pada mulanya aku sangkakan Citam kemalangan tetapi timbul kemusykilan melihatkan keadaan badan Citam yang langsung tiada kesan luka atau lelasan yang disebabkan dilanggar kenderaan. Tulang pinggul Citam jatuh hingga menyebabkan kedua kaki belakangnya bersilang apabila dia cuba berjalan. Citam mengiau perlahan seolah-olah ingin mengadu padaku, memang menyedihkan melihat keadaan Citam pada ketika itu... Apabila aku membawa Citam berjumpa vet, aku dimaklumkan Citam mungkin dipukul oleh benda tumpul, ramalan ku benar belaka. Manusia kejam! demmit!!


Tadi tengah dok google google baju untuk kucing tetiba keluar pulak gambar nih. Walawehh....cool giler! memang mantop kalau dapat pakaikan kucing-kucing aku baju camni, tengok dorang berani tak carik pasal ngan kucing aku???

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



amacam? 
ada berani??


Koleksi baju besi ini diciptakan oleh seniman Kanada Jeff de Boer yang terdiri dari baju besi untuk gladiator, kesatria abad pertengahan dan juga Samurai. Penciptaan baju besi ini memerlukan sehingga 50-100 jam untuk disiapkan. Diperbuat dari perak, besi dan kayu, karya-karya ini berharga $500-2,000.


p/s: seb bek mahal tak mampu aku, kalau jual longgok memang aku borong kasik pakai kat kucing, terutamannya kucing terbiar yang tak bertuan, siapa berani carik pasal memang kena nak kena SULA muahahaha.....