Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53




Malaysia menyambut Kemerdekaan yang ke-53 pada hari ini, 31 Ogos 2010. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Camtu ke menyambut merdeka? masa kocik kocik dolu memang camtu la aku sambut merdeka, orang lain menjerit merdeka aku pon menjerit sama, orang dok usung beskal sambil bawak bendera aku pon ikut sama tapi aku ada untung skit sebab balik tu kena perambat ngan abah pulak muahahah...padan muka aku! biasa lah budak-budak, pendek akal tak kenal bahaya main redah je tak ingat mak bagai nak histeria kat rumah tunggu aku tak balik balik, sudahnya merasa la merdeka ngan rotan huhu.. Tapi tu dulu lar...sekarang tidak lagi, hilang akal aku nak merempit reramai nek beskal macam dulu dah tua-tua bangka camni ngeee....


Menjelang hari kemerdekaan ni mesti ada filem patriotik yang akan ditayangkan, tahun ni filem apa ekk? Antara filem-filem patriotik yang aku suka adalah Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Paloh, Embun dan yang terbaru Hati Malaya 1957 kesemuanya memaparkan semangat perjuangan kemerdekaan. Menonton filem-filem tersebut tentunya mampu membakar semangat kita sebagai rakyat Malaysia, betapa beruntungnya kita yang hidup sekarang tanpa perlu bersusah payah menggadai nyawa mempertahankan tanah air tercinta. Namum sedihnya setelah dapat hidup aman,bebas dan merdeka, ada pula di antara rakyat Malaysia sendiri yang sengaja menimbulkan kekecohan dan mencetuskan konflik antara kaum dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keamanan yang sedia ada.


Sempena Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-53,
marilah kita sama-sama...

Merdeka kan diri dari perasaan iri hati,
Merdeka kan diri dari hasad dengki,
Merdeka kan diri dari nafsu amarah,
Merdeka kan diri dari dendam kesumat,
Merdeka kan diri dari sikap tamak

Pupukkan lah kasih sayang sesama mahkluk tuhan samada manusia mahupun haiwan,
Tambahkan kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya,
Supaya kita sama-sama menjadi seorang manusia HEBAT yang mampu berbakti kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA!

MERDEKA!!





"Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke... orang biru ke kita kan orang Malaysia?" - petikan filem Mekanik 1983

Monday, August 30, 2010

Balasan Kerana Mengkejami Kakak Sendiri (Based on true story)



Inilah akibatnya apabila mengkejami kakak sendiri. Al-kisahnya budak Mushuk nih amat suka membuli kakaknya....tak kiralah orang tu tengah makan ke, tengah duduk melepak ke, tengah tidur ke, hatta tengah nak membuang pon menjadi mangsa, di geget-geget, di henyak-henyak, di pijak-pijak. Dah dimarah tak jalan, dibabab montot dia tak heran, dijentik telinga tak berkesan. Last last puntal-puntal surat khabar pastu ikat kat pewot dia muahahahah.....


p/s: si Kakak Baby yang hanya melihat dari jauh mungkin mengucapkan terima kasih kerana aku telah menghukum adiknya yang kijam ituh ngeh3

Friday, August 27, 2010

"hai sorang jer...boleh saya ngorat...?"

semalam petang balik kerja nampak budak gendut ni dok melepak kat laman sensorang, cakap kat dia "Yaya wat ape sensorang kat sini? adik mane? Yaya tak jaga adik ke?" dia cam biasa la slumber jek tak bagi respon pape ponn...aku gak la yang macam orang tak betul membebel sensorang huahua...


aii budak gendang gendutt....watpe tuuu

macam tak kuat je tangan tu nak tongkat badan, 
tula gendut sangattt

si Merah yang kacak  auwww ~

amboiii....panjang leher, tengok apa tuu?


ini lah favourite port si Yaya, suka sangat dia dok melepak kat atas tembok tu. jangan tertipu dengan aksi Yaya walaupon matanya pejam tapi telinga tajam mendengar sebarang pergerakkan. jangan harap la kucing jantan lain nak menumpang lalu kat kawasan rumah tu, memang kena hambat ngan budak demok nih hehh!


p/s: suka tengok tinge Yaya yang bergerak-gerak umpama radar yang sedang cuba mengesan sebarang pencerobohan

Wednesday, August 25, 2010

Ops 12.00 PM

haaa.....pecah?? siapa punya keje nih.....
kakak? adik?? baik ngaku!!
Ooo...adik punya keje ghupenya....
sapa soh pecahkan..?? 
bese lagi dia nih, nakal heh!!
dah kena marah, pandai menyelit kat abang dia yer...ingat abang nak baking ke? 
abang tu tido lagi sodapp hehh


kejadian ni berlaku 2 malam sudah, tetengah malam yer lagi sepuluh minit pukul 12 tengah malam time tulah budak mushuk ni buat hal. dah ler badan tak berapa sihat masa tu, bertambah-tambah terjaga dengar bunyik mende pecah rasa macam nak nanges guling-guling je time tu, mujurlah masih waras lagi. budak ni memang memang tau! memang saje je nak carik pasal! grrrr......


sesambil membebel-bebel tu sesambil la kemas kalo tak kemas kang nampak abah esok pagi lagi haru budak ni kena. dari kena marah ngan abah dia baik aku yang marah kang kalau abah yang marah silap-silap aku yang nanges budak mushuk tu tetap lah ngan muka konpius dia, bukan dia paham ponn...aku yg paham ni kang aku yang sedih. aku tak buleh woo...orang lain marah kucin aku, sensitip! menusuk ke kalbu gitu, pedih tahu! ah korang bukan tahu...aku yg jaga dorang dari cinonet sampai dah beso gitu mesti la terasa kalau orang lain marah kucin aku, kalau aku yg marah tak pee.....


udah siap mengemas tu, terasa macam nak buang air comel pulak.. berjalan la menuju ke tandas. belum sampai lagi bau yang kurang enak menerjah ke dalam lubang hidung apakah?? yer....baby mushuk bagi hadiah, selonggok yer kat dalam toilet tuh hadoiii..... dah terlanjur terbangun tu terus la membanting tulang empat kerat membasuh toilet, giler rajin aku mengemas memalam buta, membasuh toilet memalam buta. haa korang penah?? tak penah kann...jeles la tu huhh!


p/s: gambar terakhir tu ada 3 ekor kucing, siapa tak nampak?? alamat tak lama la tuh! tak lama lagi nak raya lar..betul kan? upin? ipin?? betul betul betul~~

Sunday, August 22, 2010

Video Yang Tidak Terlampau Untuk Ditonton

Aloo.... Salute!!



p/s: Baby Mushuk suka main ekor kakak dia, kakak dia suka main ekor adik dia...tapi kadang-kadang dorang suka main ekor sendirik, seb baik aku takde ekor hehh!

Saturday, August 21, 2010

Sedikit PERHATIAN Diperlukan DISINI


cuba tengok muka budak tomel nih, ini time dia rajin nak tunggu aku balik kerja...dengar je kereta aku masuk dia lari keluar pastu dok tersadai kat tembok sambil buat muka paling comel la kononnn...



kenapa baik sangat?? haa...sebabnya nak ajak main kat laman, abang ngan kakak dia memasing dah beso dah malas nak main asik lah membute je kann jadinya budak mushuk ni tak ada la kawan muahahaha....padan muka aku kena layan dia hehh!




tapi tak larat sangat nak layan dia, dah petang kan bateri pon dah kong orang puasa la katakan (alasan!) so dukung la budak mushuk ni, pelok pelok, sayang sayang, timang timang pastu bawak masuk rumah...cakap kat Baby Mushuk, main kat dalam jer, bambam ngan mummy lagi beh! ngeee...... bam ngan Baby Mushuk pastu dia pegi kacau abang dia tidur, aku pon bukak langkah seribu pegi mandi, cabuuuuuttttttt.............



keluar bilik air tengok si Baby Mushuk dah tertidur hehe....cian dia tak ada orang layan. "Esok lah kita main yer...nanti sahur mummy makan banyak-banyak, mummy minum milo supaya badan jadi sihat dan kuat ti baru boleh memain ngan Baby Mushuk" 


p/s: terasa macam nak makan pai labu, ada sesape yang baik hati nak masakkan utk aku?? dapat pahala taw masakkan orang puasa ngeh ngeh ngeh~

Friday, August 20, 2010

i'm ONE!

HAPPY FIRST BIRTHDAY!


20.08.2010

Hari ini www.meowwmania.blogspot.com genap


p/s: mendapat ramai teman yang berkongsi minat yang sama adalah merupakan hadiah yang sangat bermakna, terima kasih kawan-kawan!

Thursday, August 19, 2010

OREN, Kucing Yang Memerlukan Bantuan Dan Persamaannya Dengan MOMEL

Assalammualaikum w.b.t


Apa khabar kawan-kawan hari ni? dah sarapan?? harapnya takle yer ngeee... Semoga kita semua tabah menjalani ibadah puasa disamping keluarga, rakan dan anak-anak bulus terchinta.


Saya terpanggil untuk menulis entri ini selepas membaca blog Papa Hero mengenai Oren, seekor kucing malang yang dilanggar oleh kereta dan kemudian ditinggalkan begitu sahaja...kejam sungguh manusia! Mujurlah masih ada lagi manusia yang berhati mulia, prihatin datang membantu kucing malang tersebut. Kisahnya boleh anda baca di SINI


Bila membaca kisah Oren, terus saya teringat pada pertama kali saya berjumpa dengan Momel. Kisah Momel juga lebih kurang sama dengan kisah Oren membuatkan saya berasa sangat sangat sedih kerana berkongsi pengalaman yang sama. Saya dapat meletakkan diri saya pada Cik Asmah (tuan Oren skrg) saya dapat rasa apa yang beliau rasa...dalam keadaan terdesak dan kurang berkemampuan seboleh-bolehnya cuba untuk menyelamatkan nyawa makhluk comel yang tidak berdosa ini.


"Masih segar dalam ingatan, pagi tu aku sedang bersiap-siap untuk ke pejabat, tiba-tiba mak panggil... katanya dia melihat seorang yang menaiki motor membuang sesuatu di dalam plastik di seberang jalan rumah. Aku pon terus pergi untuk melihat dengan lebih dekat...terkejutnya aku apabila melihat ada seekor kucing putih comot dengan kaki berdarah sedang terkial-kial cuba untuk keluar. Sampai hati orang tu buang kucing yang cedera camtu, tak berhati perut langsung! Tak buang masa aku terus dukung si Momel bawak balik pastu terus bagi dia makan, gelojoh betul tengok Momel makan...lapar sangat agaknya.

Tengok jam dah hampir pukul 8, aku terus call ofis untuk maklumkan kelewatan dan sebab musababnya. Mujurlah bos dan kawan-kawan ofis faham dengan keobsesasan aku terhadap makhluk comel nih. Tanpa membuang masa aku terus membawa Momel ke Pejabat Haiwan, cuma Pejabat Haiwan yang buka pagi-pagi macam ni. Di sana luka Momel dicuci dan kemudian diberi suntikan untuk mengurangkan bengkak di kakinya, menurut kata pegawai di sana kaki Momel tidak patah cuma bahagian luarnya yang luka teruk, kulit dan dagingnya tersiat sehingga menampakkan tulang berkemungkinan cuma dilanggar motor sahaja. Namum aku tetap bersyukur kerana Momel tidak memerlukan sebarang pembedahan.

Hari-hari aku cuci luka Momel dan beri Momel makan ubat supaya dia cepat sembuh namun lukanya tak kering-kering bimbang melarat lebih teruk, sekali lagi aku membawa Momel ke klinik haiwan kali ni aku pergi ke klinik swasta, alhamdulillah nampak beza sangat perubahannya, yelahkan... klinik swasta rawatan dan ubatnya pasti lebih elok jika nak dibandingkan dgn Pejabat Haiwan dan yang pasti bayarannya pon lebih la jugak...terkial-kial jugak lah nak nak membayarnya tapi alhamdulillah ada saja rezeki lain yg telah ditentukan Allah untuk saya. Dan seteleh lebih kurang 2 bulan barulah luka pada kaki Momel sembuh sepenuhnya dan mula ditumbuhi bulu cuma jalannya saja yang masih terdengkot-dengkot sehinggalah sekarang."



video ni diambil semasa menunggu pejabat haiwan dibuka, 
cuba perhatikan mata Momel merah seakan dia menangis 
sedih sgt...

Momel comot sangat masa ni...

Momel membersihkan lukanya...

balik dari Pejabat Haiwan, 
Momel masuk dalam rumah terus baring atas bantal hehe...comel dia kan?

masa ni lukanya dah kering dan hampir sembuh 
cuma belum tumbuh bulu lagi...
Momel suka sangat tidur dalam kotak!

alhamdulillah sekarang Momel dah sihat dan dah disunat...

hai semua! 
saya lah MOMEL yang shomel...


p/s: kepada semua rakan-rakan yang budiman marilah kita sama-sama memberi sedikit bantuan kepada OREN, sumbangan boleh di bank-in terus ke akaun  
Cik Nor Asmah binti Ahmad, 
RHB: 1141 0100 2030 96 
Diingatkan bantuan bukanlah sekadar wang ringgit, doa yang ikhlas dari hati juga adalah merupakan satu bentuk bantuan. Semoga segala doa dan sumbangan ikhlas yang diberi mendapat keberkatan dari-Nya, amin...

PERHATIAN : Seorang rakan blog Kak Umie telah bermurah hati menjual aksesori-aksesori kucing dengan harga yg sangat berpatutan untuk mengumpul sumbangan kepada OREN, maklumat lanjut boleh diketahui di blog misz pinkie winkie yang turut sama membantu dari segi penjualan. Jom kita sama-sama menyokong usaha murni dioarang.

Wednesday, August 18, 2010

"rajinnya anak dara ni......"


haloh halohhh rajin nyew...anak sapa la nih?? 
Citam tolong mak menjahit yer..? 
huhh! tolong menyibok ada ler...


mak marah la camane pon....
Citam buat muka toye jek


bergegar la bagai nak rak meja jahit tu 
takdek nya si Citam tu bak beralih,
degil sungguh!


makin syok adalah...
siap buleh tertido lg kat situ,
sabo jelah....


"wahai bonda ku, bersabarlah...ini adalah dugaan di bulan ramadhon semata-mata"  


p/s: sampai ke sudah Citam tidur kat situ, mak aku? redho jelah 

Monday, August 16, 2010

Kucing SUJUD

Sikit hari dulu kecoh pasal kes sejadah berdiri sendiri yang menyerupai individu sedang menunaikan solat. Kejadian aneh yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan itu menggemparkan penduduk di sana.


Tak pasti la samada kejadian tu boleh dipercayai atau tidak, ada yang percaya kejadian itu bagi membuktikan keagungan Allah ada juga yang percaya perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Terpulang lah pada tafsiran masing-masing tetapi jangan lah sampai perkara sebegini memesongkan akidah kita sendiri.


Kerana jika dilihat kejadian sejadah itu cumalah satu kejadian aneh yg tidak terlalu kompleks atau rumit jika dibandingkan dengan proses kejadian alam cakerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap satu dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna dan kejadian-kejadian tersebut cukup untuk membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah SWT.


Eh! sejak bila pulak aku pandai bagi ceramah bebas ni ngeeeee..... sebenarnya nak cerita pasal mende lain dah terpesong pulak tujuan asalnya hohoh... Ok sebenarnya nak share video ni, kejadian di dalam video ini bukan rekaan semata-mata tetapi kejadian benar, sahih dan original daripada seekor kucing yang sedang berada dalam keadaan sujud.


Jom layan~







p/s: seseekor kucing itu adalah MOMEL muahahah....

Saturday, August 14, 2010

Dulu KECIK Sekarang BESAR, Dulu PENDEK Sekarang PANJANG. SIAPA SAYA??

Kenal tak siapa saya?

|
|
|
|
|
|
V


saya yang suka tidur terkangkang...


saya yang berwajah gengster...


saya yang gagah perkasa...


saya lah ABU!



Ingat lagi tak dengan ABU? Kalau sesiapa follow kisah Abu memang tahu lah sejarah budak jebon sorang ni. Ini sebenarnya adalah Kakak Baby, kenapa dulu namanya ABU?? perkara ini terjadi kerana kegagalan aku menentukan dengan tepat jantina beliau muehehe... Ditambah dengan keterjalan beliau dan bentuk tubuhnya yang dulu sedikit berotot menguatkan lagi andaian aku bahawasanya beliau adalah seekor jantan tapi ternyata aku silap dan atas sebab itulah namanya diubah kepada Kakak Baby.


Sejarah Kakak Baby pon lebih kurang macam Baby Mushuk jugak, dia dibuang di kawasan rumah tetengah malam buta pada awal bulan Februari 2010. Dah lebih kurang 7 bulan Kakak Baby menjadi keluarga meowwmania, dari berat cuma sekilo kini dah seberat 2.9 k.g. Masa kecik dulu terjalnya ya ampunn...memang menguji kesabaran di tahap yang maksimum lah. Suka sangat mengemas rumah, kata pompuan kann huhh! tak dek maknanyerrr... Bab menyepah surat khabar, menjahanamkan bunga, mengoyakkan langsir budak ni! budak niiii lah juaranya!


Umur Kakak Baby aku tak berapa pasti sangat. Tengok si Kakak Baby tu macam dah besar sangat je, dah kena ngorat tahu! ngeee menakotkannn..... nak kena pantau selalu kalau Kakak Baby dah bagi respon positif masa kena ngorat ngan kucing jantan nampaknya aku kena hantar ke vet untuk dikasikan. Bukan nak berlaku kejam tetapi bimbang bimbang aku tak mampu nak menjaga banyak-banyak, bimbang tak dapat menjaga mereka dengan sempurna.



ini gmbr kali pertama Momel 
berjumpa dengan adik barunya.
sekarang Kakak Baby dah beso dah....udah kurang nakalnya, kalau dulu dia selalu buli abangnya Momel sekarang turn dia lak kena buli ngan adiknya si Baby Mushuk, rasakan! muahaha.....

gitu la ropenya kalau diambil gambar, toye jek! tak dek nak control control ayu ke control comey ke kann...huhh snap ajelah

lagi satu pose toye dari Kakak Baby a.k.a Abu, sekian.

 p/s: sesekali dah tak tahan dibuli dgn adiknya, ditamparnya tergolek-golek budak jebon kenit tu hahahah....

Friday, August 13, 2010

Rasulullah dan Ramadhan

CELAKALAH DIA

Rasulullah s.a.w melangkah naik ke mimbar. Baru memijak tangga pertama, spontan saja terpacul dari mulut baginda ucapan 'amin'. Meletakkan kaki ke tangga ke dua, Rasulullah ulangi lagi kalimah yang sama. dan 'amin' juga yang baginda lafazkan setelah berdiri di tangga yang berikutnya.


Perbuatan rasul itu terasa aneh dalam pandangan kaum muslimin yang ada di situ.Gerangan apakah yang mendorong rasulullah melafazkan ucapan "perkenankanlah" itu. Doa siapakah yang di aminkan baginda? Semestinya permintaan kekasih Allah itu tiba terus ke hadrat Kekasihnya tanpa hijab dan tempoh.


Tidak mahu tersesat dalam selirat andaian dan teka-teki, sahabat pun bertanya kepada Rasullulah s.a.w setelah baginda turun dari mimbar. Rasul menjawab, Jibril muncul di hadapan ku dan berkata, 'celaka lah orang yang melalui bulan ramadhan yang diberkati tanpa memperoleh keampunan.' lalu aku mengaminkan ucapan Jibril itu.

'Naik ke tangga kedua, Jibril berkata lagi, 'celakalah orang yang apabila disebutkan namamu,dia tidak berselawat ke atasmu.' Lalu aku mengamin kan ucapan Jibril. Apabila aku melangkah ke tangga ke tiga, Jibrail berkata,'Celakalah orang yang semasa hidupnya, ibubapanya atau salah seorang daripada mereka mencapai umur tua (dia gagal berkhidmat kepada mereka) menafikan dirinya memasuki syurga". Lalu aku menyebut amin'.

*Rujukan: 3003Cahaya: Himpunan kisah-kisah Malaikat oleh Md. Isa Selamat


HUTANG PUASA

"Wahai Rasullulah.." seorang wanita menyapa."ibuku telah meninggal dunia, sedangkan dia berhutang puasa sebulan, bagaimanakah itu?"

Baginda Rasullullah menjawab dengan sebaris persoalan, "bagaimanakah pendapatmu, di andaikan ibumu ada berhutang dengan seseorang, adakah engkau akan membayarnya?"

"Sudah tentu, wahai rasullullah", balas wanita itu cepat.
"Hutang kepada Allah lebih patut di bayar", kata rasullulah s.a.w.

Gesaan itu diteguhkan lagi dengan sepotong sabda, "Siapa yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai hutang puasa, maka hendaklah di bayar oleh walinya (penjaga)." (Riwayat Muslim)


Khabarkan hutang pada penjaga kita, agar hutang itu tidak menyeksa kita di bilik enam kaki bawah tanah nanti.. Ya Allah, berikan daku keampunan hingga penghujung ramadahan hingga penghujung hayat sekalipun.. Ya Allah , izinkan agar daku tidak hadir dalam golongan yang celaka itu.. Berilah daku petunjuk dan hidayah, Amin.....


source - iLuvislam

Thursday, August 12, 2010

Suasana Pertama Ramadhan

Macam ni lah suasana semalam pada hari pertama Ramadhan

|
|
|
|
|
|
|
|
V

Ibu Bulat

Merah

Citam

Puteh

 Kakak Baby

Baby Mushuk  & Momel


Baby Mushuk & Kakak Baby



Sepanjang hari membute, letih mengalahkan orang puasa. Orang bangun sahur dia pon sibok nak bersahur jugak tapi kang kul 7 dah mengunyah blackwood, sabo ajelah... Yang musykilnya lepas tu semua bantai membuta sampai ke tengahari, pastu elok je memasing bangun makan. Ooo...dorang puasa sekerat hari daa....huhh molek la tuu, kalau puasa penuh sampai petang pon lagi bagos. Jimaattt sikit blackwood muehehehe....


p/s: si baby Mushuk tidur, kejap menyelit kat abang dia, kejap menyelit kat kakak dia...huhh mengade betul!

Wednesday, August 11, 2010

"Sahurlah kamu kerana di dalam sahur itu ada BERKAT" - HR Bukhari dan Muslim

Assalammualaikum w.b.t

hai tawan-tawan..... Selamat Pagi! Korang sahur apa pagi tadi? tak sahur??? ish tak bley... Walaupon bersahur ni hukumnya sunat tetapi itulah yang membezakan puasa kita dengan puasa orang kafir. Jadi bangunlah bersahur...minum minum milo ke, cicah roti ngan air kopi ke, tak pon kalau tak boleh makan langsung makanlah sebijik kurma atau memadailah dgn seteguk air sebagai syarat kita bersahur. Bersahur dengan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi kalau diamalkan kompem kompem la dapat ganjaran pahala kan, insya'Allah...




Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”


Mereka yang bersahur akan diberi keuntungan berlipat ganda dari Allah SWT. Selain daripada memperoleh kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa pada sebelah siangnya mereka juga memperoleh berkat yang diturunkan sepanjang hari mereka melaksanakan ibadah tersebut. haa....bestkan, siapa tak nak. So jom kita rajin rajinkan diri untuk bangun bersahur dengan harapan semoga kita mendapat keberkatan-Nya, insya'Allah...


Selamat berpuasa semua! Jangan puasa yang yang yok macam mamat kat bawah ni yerk



p/s: si jebon-jebon tu pon sibokkk jugak nak bersahur haihhh...

Tuesday, August 10, 2010

Welcome back, PUTEH!

Semalam petang balik kerja, bukak je pintu rumah tetiba si PUTEH melompat keluar, hurmm....mesti mak kurung dia masa dia balik makan tadi. Agaknya dari tadi dia dok tercongok kat depan pintu tu tunggu orang bukakan. Teringat pulak si Teteh belom mandi, sebab hari ahad masa mandikan bebudak tu, si Teteh tak balik. Tunggu punya tunggu sampai ke petang dia tak balik balik, geram betol!


So tanpa berfikir panjang, aku campak handbag ngan bag laptop terus sinsing kain kejar si Puteh. Dapat je tangkap dia terus hangkot masuk bilik air, tengok cuaca pon cerah lg masih ada matahari memang sah sah la kena mandi nih muahahaha.... Sudahnya aku mandikan Teteh dengan berbaju kurung lengkap dengan tudung yer, kompem kompem masuk kategori wanita muslimah lah muehehe... Mandikan ngan warm water bersama shampoo bluebery, amat lah mangie baunya.


hangin je budak ni kena mandi, terus carik tempat panas nak berjemur hehe...

jilat jilat bulus nak keringkan badan

tengok tu muka Teteh dah bercalar balar haihh...

bulat mata nampak kucing jantan lain kat seberang jalan, haippp!

tengok! pemalas nak keringkan bulu, dah jom masuk dalam!

kena kurung dalam bilik, dok menyelit kat celah bantal tanda protes huhuu..

oke! sangat tak handsome muka dah calar camtu yerk

last-last tertidur jugak hehee....
lepas maghrib baru Teteh keluar bilik, 
sambung tidur kat luar pulak
meh kita skodeng aksi-aksi beliau

|
|
|
|
|
|
V


dah penat tidur kat atas kerusi, Teteh turun bawah terus menyelit kat aku, sukanyaa...............dah lama tak manja-manja ngan Teteh camni, kalau dulu memang selalu camni la dia kalau nak tido mesti carik ketiak tak busuk aku nak tidur menyelit hihi...suka suka. Teteh suka tidur menyelit pastu suka orang tepuk-tepuk montot dia, makin lenalah tidurnya kalau camtu.



walaupon sengal tangan ku tahan, Jebon...


Teteh tidur ngan aku sampai ke subuh esok paginya tahu! Suka sangat tengok dia tidur kemain lena lagik, puas dapat pelok pelok dia, baru lepas mandi lak tu, mangie jew~  Pukul 6 aku terjaga tengok si Teteh tengah dok melik-melik mata tengok aku, halohhh baiknya dia tak meow-meow pon. Bangun pelok pelok dia then bawak g dapur bagi makan, lepas minum Puteh mengiau kat pintu nak keluar. Sebab dia good boy sepanjang malam so aku pon dengan senang hati bagi dia keluar sambil pesan soh dia balik lagi petang ni 


p/s: tak sabar nak tunggu petang ni, harap-harap dak jebon sorang ni balik la hendaknya wee~