Thursday, September 30, 2010

9 Haiwan TERBESAR Di Planet Bumi

1. World's biggest DOG


2. World's biggest HORSE


3. World's biggest COW


4. World's biggest PIG erkk...


5. World's biggest CATFISH


6. World's tallest DOG


7. World's biggest CAT Hercules, the largest non-obese LIGER (a hybrid cross between a male lion and a female tiger)


8. World's biggest STINGRAY ever caught


9. World's biggest SHARK ever caught



p/s: hamboihhh beso beso belaka tapi kucing terbesar takdek pulak ekk, kalau yang ter obese tu rasanya banyak huhuu...

Wednesday, September 29, 2010

psstttt...........mummy saya suka membebel !!



Macamana tak membebel! Budak mushuk ni suka sangat mengacau adik-adiknya, elok-elok adiknya tgh tidur dia melompat masuk dah terkena bebudak tu maka menjerit-jeritlah mereka. Kang bila adiknya mula terkedek-kedek nak berjalan ditangkap, dipeluk, digeget-gegetnya hishhh....


bila kena marah tu keluar kejap jer....
peh itu masuk semula, tak mkn saman betol!

kesian kat Kakak Baby, dia yang mengalah dok kat luar

  
p/s: see see....korang sendiri nampak kan, jadi salah ke kalau aku membebel? salah ke? salah?? kalau berani cakap la salah! alah...kalau korang cakap bukannya aku dengar pongg bweeekkkk~

Tuesday, September 28, 2010

Happy Cat Award for PUTEH!

Hello everyone!

The handsome Jebat has tagged me (Puteh) with this cutiful award (cute and beautiful), we hapilly accept the Happy Cat Award from his meowmy, thank you very much to aunty cantik from The Fluffies


Happy Cat Award


******************************************************************************
The rule is simple!

The only thing that the awardees need to do is to list FIVE things that made them happy, and LINK to the blog that has given them the award! Then, pass it to SIX cat-lover blogs.

We request some PHOTOS too
******************************************************************************


So the FIVE things that make me happy.....


i am Puteh and I am a gangster cat!

i love relaxing myself

i like to sleep and this box fits me just purr-fectly

i like to eat a lot, feed me NOW!

i like to play, me want playtime!

i like to be with mummy, she is my favourite!

i am very happy. can't you see??


And we would like to pass it on to:
  1. Shahila
  2. Ekien
  3. Iela
  4. Shikin
  5. en. AMD
  6. Adem

NOTE:
To not spoil the fun and to keep the originality of this award; to my friends who blogging in other language, I hope u guys can post about this Awards in dual-language. No offense ya. Prrrrrrrs~


p/s: entri kali ni speaking london sekejap sebab malas nak buat dual-language teehehee....

Monday, September 27, 2010

Cerita Gengster Yang Lagi Sekor

Sila play video di bawah untuk mengetahui cerita yang sebenar.....


Teteh tempang


Ini lah cerita pasal si Puteh, hitam kat bontot yang haritu pon belum hilang lagi dah cerita lain pulak yang timbul. Balik-balik je tengok dah jadik tempang budak sekor nih, lepas satu satu taw...tak pasti apa penyebabnya tapi aku rasa si Teteh ni terjatuh dari tempat tinggi sebab dia memang suka sangat memanjat-manjat.

"korang ni memang tak serik-serik tau! bila dah berlobang badan tu dah jadik tempang gini barulah puas hati agaknya....dah cukup gengster lah kononnya haihhh...."


Kat rumah ni kan ada 3 hekor anak jantan, si jantan dua ekor Merah dan Puteh adalah gengster jalanan sebab selalu berjalan-jalan carik pasal, yang lagi sekor si Momel gengster jugak tapi gengster kat rumah jer ngan si Citam. Mujurlah cuma 3 ekor jer jantan, itu pon dah cukup mencabar nak menjaga dorang nih hadoii...


p/s: doktor kata tak patah cuma terseliuh je, tunggu lagi seminggu dua kalau tak elok jugak kakinya tu kena bawak jumpa vet semula

Saturday, September 25, 2010

"Eh! macam disusun-susun pulak yerk...."

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni, memasing tidurnya macam disusun-susun pulak. Yang hitam dengan hitam yang putih dengan putih....elok sgt la tuh! Ini membuktikan si kenit dua hekor tu tak rabun warna reti pulak nak ikut kategori masing-masing yerk hehe....


memasing pakat tidur kat luar nih, 
tak cukup besar gamaknya kotak tu,
nanti mummy rembat kotak kat opis lagi yerk ngeh3....

si kenit putih dengan ibunya,

si kenit itam pulak dengan kakaknya...

tidur berdengkur fourgether-gether, kroh krohhh......


p/s: korang percaya tak, aku kan boleh tahan 20 minit dok menonggeng mengendap bebudak dua hekor nih..tak jemu-jemu rasanya menatap wajah mereka...oh ye! mata dua-dua kenit ni dah terbukak yer alolo....comelnya!!

Ini Kisah Si Merah Budak Gendang Gendut Tali Kecapi Kenyang Perut Suka Hati (hamboihhh tajuk tak henggat)

Ni anak jantan lagi sekor, keje lain takdek asik la nak bergasak sampai berlubang-lubang badan tuh! kang berlubang kat leher, sekejap kang kat kaki, jap lagi kat kepala, baik kat kepala kat ekor pulak haihh tak jugak serik-serik, asik keje tutup lobang gali lobang ajelah hehh!

"haa...apesal baik sangat dok kat rumah nih, apsal tak keluar beradu tenaga ngan kucing jantan sana?? pegi la keluar....tak payah nak jaga kuih raya tu, takdek orang nak amik pon... Camnilah bila dah sakit, pandai pulak duduk diam kat rumah yerk..."

"mana yang sakit tu, meh sini tunjuk kat mummy...."

"haa...kan dah berlubang tangan tu, itulah degil sangattt"

"buat la muka kesian camtu, tak eran ponnn.....
meh sini taruk ubat!"

"tuku tangkal balik pintu, budak gendut nakal memang bergitu"...
huahua...mari kita ketawakan dia reramai

 
p/s: si Merah ni buah hati abah, asal balik keje je nama Yaya lah yang selalu disebut dulu dan beliau jugalah yang rajin merawat luka budak gendut ni sampai sembuh, elehhhh.....tak jeles ponggggg

Friday, September 24, 2010

Laporan Khas 'Si PUTEH'

Assalammualaikum w.b.t


Moshi moshi...apa khabar semua?  Ni haa nak khabor pasal budak sekor nih, ada la yang berkenan sangat kat budak ni siap tinggalkan ucapan hari raya khas untuk budak Puteh ni sorang kat Shoutbox. Kepada peminat fanatik si Puteh ituh, sila tatap puas-puas gambar di bawah ini :

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

haa...amacam handsome tak mamat sekor ni,
dgn taik mata dan taik hidung yg melekat itu hehh!


nampak tak kat bahagian bawah badan membawak ke ekor si Teteh ni hitam-hitam, haa...itulah dia budak degil yang tak reti nak duduk diam kat rumah asiklah merayap, meleset ntah kat mana-mana. Balik-balik bawak bontot yang sudah hitam berkilat lagi melekat!  ntah kat mana dicelupkan bontotnya tu geram betul! memang susah nak hilangkan kesan kotoran tu sebab kesan hitam itu sebenarnya adalah minyak hitam yer...


bila badan dah kotor gitu reti pulak nak balik, mengadu la nak suruh orang bersihkan badan dia tu! sabo jelah...seb baik la sayang tapi kena pinyat tinge sket la, bebel-bebel sket bagi dia faham, dah buat salah tu orang buat apa pon diam ajelah...pandai betul belakon!  geram sangat!!


Sekian saja laporan untuk Si Puteh handsome boy yang dah tak handsome, harap maklong!!

Thursday, September 23, 2010

Tengah-Tengah Hari Buta Aku Terpaksa Gagahkan Diri Untuk Menanam Si Comel Yang Kurang Bernasib Baik

Aku tengah sedih sangat sekarang ni, sedih yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata...aku baru saja menyaksikan kematian seekor anak kucing yang kurang bernasib baik.

Lunch macam biasa aku akan pulang ke rumah, perkara pertama yang aku buat kasi makan kat anak-anak bulus tak sempat nak bukak tudung terus ke dapur melaksanakan tanggungjawab. Lepas bagi anak-anak aku makan, aku akan gaulkan nasik bersama ikan atau ayam kepada stray cat yang banyak kat luar rumah tu. Tetiba mak bagitau katanya ada jiran cakap dia macam nampak ada anak kucing mati kat dalam gelung kat bawah pokok rambutan di luar rumah, mak memang tak berani nak tengok dekat kalau ada bab-bab kucing sakit atau mati ni, beliau tak berani dan tak tahu nak buat apa. Terkejut dengan kata-kata mak aku terus pegi tengok, memang betul apa yang mak cakap....ada seekor anak kucing yang baru lahir, terbaring sudah tidak bernyawa di situ.


Teringat pada seekor kucing betina yang selalu menumpang makan kat rumah ni, aku syak itu adalah ibunya kerana bulu mereka sama. Carik-carik tak jumpa pulak kucing betina tu, aku terus amik parang kat dapur nak gali tanah sebab carik cangkul tak jumpa. Tetengah gali tu kucing betina tu datang mengiau-ngiau pada aku, memang sedih dengar suara dan melihat pada wajahnya seakan dia datang nak mengadu pada aku. Bila dia datang dekat aku lihat di bahagian bawah tu masih ada kesan darah, memang sah dia yang melahirkan anak kucing tu.


Wajah ibu yang baru kehilangan anaknya

Lepas siap mengali aku angkat anak kucing tu untuk ditanam tapi ibunya laju menolak tangan aku menggunakan kepalanya, agaknya dia tak bagi aku usik anaknya yang sudah tak bernyawa tu. Sambil usap-usap kepala si ibu aku cakap baik-baik padanya "anak kamu dah tak ada, bagi la mummy tanam biar dia tidur kat dalam tu nanti tak ada yang ganggu"  Memang sedih sangat-sangat masa tu, dada terasa sebak sangat menahan sedih.


baby meow tidur elok-elok yer kat dalam ni

Aku tak sanggup nak tangkap gambar si comel yang sudah tidak bernyawa tu, memang sedih sgt tengok keadaannya. Biarlah korang semua membayangkan si comel tu sama seperti anak kucing comel yang sedang tidur lena.


Lepas je siap ditimbus si ibu terus dudukkan kubur anaknya, aku tak pasti apa maknanya tu sebab sepanjang masa si ibu di situ memerhatikan anaknya ditanam sehingga selesai, masa ni jangan cakap la aku dah macam orang gila tetengah hari buta menangis kat bawah pokok rambutan kat luar rumah tu... ah dulik!! aku terlalu sedih dan sangat bersimpati pada ibu kucing ni...


Aku temankan si ibu sebentar, kami sama-sama berkongsi perasaan sedih.. entah macamana seakan aku sangat memahami apa yang sedang ibu kucing ini rasai pada saat dan ketika ini. Tiba-tiba si ibu bangun dan terus masuk ke dalam gelung di tempat anaknya tadi, si ibu terhidu-hidu dan tercari-cari mungkin masih ada bau anaknya di situ. Aku menangis lagi.....ya Allah sedihnya...sungguh sungguh aku tak dapat nak membendung rasa sedih ini.





Setelah dapat mengumpul kekuatan aku pujuk si ibu katakan padanya,  

"anak kamu kan mummy dah simpan kat bawah tu, dia tengah tidur ibu jangan la risau"


p/s: sungguh aku sedar setiap yang hidup pasti akan mati, ya Allah tabahkan hati ku untuk menghadapi hari-hari itu...

Menumpang Kasih Pada Yang Sudi


HAIWAN boleh mempunyai perasaan belas kasihan dan sayang walau pada makhluk yang berlainan jenis, 

ORANG a.k.a MANUSIA??

 
source - Animal Space