Sunday, October 31, 2010

Ini BOLEH Mendatangkan MARAH !!!

hamboi hamboi hamboiiii....sedapnya tido (sila lagakan jari kelingking masing-masing)


Moonnnnnnnnnnnnnn.....Minnnnnnn sila bangun dan pergi tidur di dalam bilik kamu. "Iron board ni bukan tempat tidur tapi tempat untuk mummy iron yer sayanggggg".


eh! ada pulak yang join venture...


ni lagi sekor! kalau adik-adik kamu tu baru hidop baru nak kenal donia boleh lah dimaapkan tapi kamu tu kan dah beso panjang dah berapa kali mummy cakap jangan duduk, main atau tidur atas iron board ituh!


buat tak retiiii je kalau org marah huhh!


Bebudak jebon ni memasing suka bebenor tidur atas iron board. Karang kalau aku guna siaplah dengan baju, dengan seluar, dengan tudung-tudung aku berbulu-bulu, hangin betol lah!


p/s: macamana nak bagi bebudak jebon ni takut sket dgn aku haa...? aku rasa aku dah cukup garang sbb adik aku tu pon takut ngan aku tapi bebudak ni...haihh tak makan saman lansungg!!

Friday, October 29, 2010

Skidboot, Anjing Pintar Atau Lebih Tepat Lagi Anjing Terpintar Yang Pernah Saya Lihat

Assalammualaikum...

Hello pencinta-pencinta haiwan semua! Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik belaka...Saya amat teruja nak buat entri ni, selepas menonton rancangan ulangan Oprah Show saya terpanggil untuk membuat satu entri khas ni untuk Skidboot, seekor anjing terpintar yang pernah saya lihat.


Skidboot and his owner David Hartwig


Kisah Skidboot bermula pada malam Krismas tahun 1992 apabila David Hartwig telah menerima seekor anak anjing daripada pemilik ladang tempat dia bekerja sebagai hadiah Krismas.

Pada mulanya David hampir menyerah kembali Skidboot kerana sifat nakal anak anjing itu yang menjadi keluhan dari jiran tetangga kerana ia mengejar ternakan dan haiwan kesayangan mereka sebelum menyedari kepintarannya.

David mengajar "stuffed-ball trick", satu permainan di mana David memberi arahan kepada Skidboot supaya mengambil bola permainannya pada kiraan ketiga. Menakjubkan apabila diacah Skidboot tetap patuh merenung bola sehinggalah David menyebut TIGA. Skidboot memahami dan patuh pada setiap arahan yang diberi.

Skidboot ketika memenangi top prize $25,000, Pet Star Competition


Skidboot mula terkenal selepas menjadi juara Animal Planet TV Nework dalam pertandingan Pet Star pada tahun 2003 dengan memenangi hadiah wang berjumlah $25,000. Dan setelah itu Skidboot mula dipanggil menjadi tetamu khas di rancangan Oprah Winfrey Show, David Letterman dan Jay Leno TV shows. Selain penampilan di kaca tv, Skidboot juga sering membuat kunjungan ke sekolah-sekolah tempatan.

Kesihatan Skidboot mula menurun selama beberapa tahun selepas ia ditendang di kepala oleh kuda dan buta di satu mata. Dan pada satu pagi bulan Mac 2007, Barbara Hartwig mengatakan, Skidboot tidak mampu lagi mengangkat kepalanya, lalu pasangan itu membuat keputusan untuk 'menidurkan' Skidboot. Skidboot ditanam di bawak pokok oak di ladang Quinlan, Texas milik David dan Barbara Hartwig.

The Hartwigs meninggalkan penghargaan untuk Skidboot di laman web mereka:

"What a wonderful life of fourteen years he lived! Never has a last minute, second-thought Christmas gift ever shone so brightly as Skidboot."

Walaupun David Hartwig ada melatih beberapa anjing lain, beliau menegaskan mereka tidak punya rancangan untuk menggantikan Skidboot sebagai haiwan kesayangan. "There was only one Skidboot," katanya.

Jom kita saksikan beberapa video Skidboot yang sangat mengagumkan!!

Ini adalah video pertama ketika saya mula mengenali Skidboot. Skidboot dalam rancangan America's Funniest Home Videos.




Skidboot dalam rancangan Pet Star yang dimenanginya.




Skidboot menjadi tetami dalam Oprah Winfrey Show.




Video penghargaan untuk Skidboot.




source - dallasnews

p/s: David Hartwig mengatakan dia tidak pernah menganggap Skidboot sebagai haiwan sebaliknya dia melayan seolah Skidboot manusia yang telah menjadi ahli keluarganya.

Kisah Menyayat Hati Dua Beranak, Si Ibu Dan Anak.




Once upon a time, di suatu hari yang aman damai ketika sorang anak dan ibu sedang duduk berehat dan berkasih sayang. Tiba-tiba telah datang sorang samseng brutal, mata kecik dahi jendul menyerang tanpa belas kasihan. Bukan sahaja dua beranak tetapi 'tukang cerita' juga menjadi mangsa keadaan. Namun di sebalik serangan ganas itu, kedua beranak tadi terselamat dan si ibu masih dapat tidur lena happily ever after. 


Sekian, terima kasut.

Thursday, October 28, 2010

Sedih Dan Risau Bila Anak-Anak Sakit. Biarlah Aku Yang Sakit.

Assalammualaikum kawan-kawan...
Selamat pagi. Selamat juga untuk tengahari, petang dan malam.


Sebenarnya saya sedang berada dalam keadaan berdukacita pada ketika ini. Ini gambar terbaru Momel, cuba tengok badan Momel yang semakin susut, kurus je...sedih tengok keadaan dia.

Momel baru baik demam, dah 2 hari dia demam. Alhamdulillah hari ni demamnya dah kebah dan dia dah nak mula nak makan.

Makannya sikit jer....itu pon kena belai-belai, kena pujuk-pujuk nak suruh dia makan. Bagi ikan tak mahu, bagi ayam tak mahu, bagi wetfood tak mahu...last last blackwood tu aku letak air sikit barulah dia nak makan, dijilat-jilat airnya makan sikit pastu dah tak mahu lagi... Belum pon lega dengan keadaan si Momel ni, adiknya si Montel pulak jatuh sakit

Subuh tadi bangun dengar macam kucing muntah, tengok tengok sekali si Mon yang muntah. Banyak kali dia muntah, bukan muntah apa pon cuma keluar susu jer. Rasa kepala dia tak panas, Mon tak demam tapi kenapa dia muntah ni??

Mon dan Min dah mula makan, aku bagi mereka Royal Canin BabyCat34. Selalunya bukan main selera lagi si Mon makan tapi hari ni bila bagi makan dia hidu-hidu pastu dikais-kaisnya macam nak timbus poo pee tu haa. Apsal pulak nih...aduhai risaunya.....aku terus keluar pergi amik kelapa muda pastu mintak tolong mak kopekkan pastu suapkan Mon air kelapa tu.


Lepas minum air kelapa Mon bermain macam biasa aku biarkan jelah. Sekali tu bila pergi dapur tengok dia tengah mencurik makan blackwood hehe.... Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya tak sampai setengah jam Mon dah ada selera nak makan. Terus bagi Mon RC Babycat dan dengan lahapnya dia makan, perati jugak takut lepas makan dia muntah tapi Mon tak muntah pon yeay!!

 

Cuma aku tengok Mon makan sikit dari kebiasaanya dan dia lebih banyak tidur mungkin letih sebab terlalu banyak muntah pagi tadi. Harap-harap Momel dan Montel akan semakin pulih dan sihat seperti sediakala.


p/s: si Momel awal-awal dah sembunyik bila nampak aku pegang syringe, punya lah seksa nak suap dia padahal bukannya ubat pahit pon air kelapa je ponn haihhh....

Tuesday, October 26, 2010

Sila Bangun. Raja Permaisuri Jagong Belum Mangkat!!

sebelum tidur minum shushu dulu...
Min akan menyusu paling lama.
Baby Mushuk yang suka menyibok!
lepas menyusu acara menidur la pulak..
Baby Mushuk sedang menjalankan tugas sebagai OMG (Oh Macik Guard)
bangun tidur isap shushu lagik...
si Minee yang suka *mengempeng
sampai nak terjatuh-jatuh mengempeng ish ish...
Mon steady je tidur sensorang.


NOTA :
 *mengempeng adalah perbuatan menyusu sehingga tertidur dan walopon dah tertidur mulut baby masih tak lepas dari nenen ibunya (ish ishh...anak sapalah yg buruk sgt perangai tuh?)
 

p/s: kalau dah mereka conquer katil aku macam tu sekali, cuba korang pikir kat mana aku tidur?? yerr saya tidur di bawah yer...sila kasihan kan saya

Monday, October 25, 2010

"ni siapa yang tidurkan siapa ni....?"



"Mummy suruh kamu tidurkan adik, bukan kamu yang tidur haihhh...." Tengok la budak bushuk ni, bukan main syiok lagi dia tidur diapit oleh adik-adiknya. Tak berjaya menidurkan adiknya dia pulak yang tidur, adiknya buat la apa saja, ditendang-tendang, digeget-geget...langsung tak bukak mata makin sedap je dia tidur...haihhh lah baby mushukk....


p/s: last last tertidur jugak adik-adiknya tu hehe...sho shuwitttt!

Sunday, October 24, 2010

Dua Berita Dari Kosmo Ahad Membuatkan Aku Sedih Dan Gembira

4 JAM SELAMATKAN ANAK KUCING, itulah tajuk berita yang membuatkan aku terkejut dan sedih. Kejadian yang berlaku di Sydney apabila seekor anak kucing yang baru berusia 2 hari telah dipam masuk ke dalam tandas oleh anak perempuan pemilik kucing tersebut. Dan operasi untuk menyelamatkan anak kucing malang itu mengambil masa selama 4 jam. Mujurlah anak kucing yang diberi nama Cain itu dapat diselamatkan. Sedihkan...tak dapat nak bayangkan keadaan anak kucing tu.


 "weiii budak apsal ko nakal sangat hah?? 
meh sini aku piyat tinge tuh!!"


Tajuk berita yang membuatkan aku ceria dan gumbira pula adalah, KUCING PANJANGKAN USIA...

Dr Henry S. Lodge pakar kesihatan Amerika Syarikat, mendakwa memelihara kucing mampu mengurangkan risiko kematian seseorang. Ujarnya, individu yang memelihara kucing memiliki kecenderungan rendah untuk mendapat serangan penyakit jantung berbanding mereka yang tidak memelihara haiwan itu. Selain itu, kucing juga dikenal pasti dapat mengurangkan perasaan sepi dan tekanan yang dialami pemeliharanya. Situasi ini secara tidak langsung dapat memanjangkan usia pemiliknya. Insya'Allah, mudah-mudahan la yer.....


p/s: aku masih tak puas hati lagik dgn budak pompuan tuh ah! tak kiralah walau dia budak kecik. kalau la sekecil ni dah ada keberanian buat macam tu kat makhluk hidup, dah besar ntah apa lagi yg dibuatnya. Harap ibunya lebih berhati-hati di lain kali dan perati peratikan lah sikap anaknya tu.

Saturday, October 23, 2010

Perbezaan Dan Persamaan Baby Mushuk Dan Minee

"tengok budak tu tingat lak Baby Mushuk masa tecit.."


Ini adalah komen dari seorang sahabat saya Cik Marie a.k.a Marilyn. Bila tengok-tengok balik gambar Baby Mushuk masa dia kecik memang ada iras-iras dengan Min, kaler pon dah sama kan perangai tak payah nak kata...memang ada potensi menjadik senakal kakaknya itu hurmm.....


Tapi nak kata sama sebijik, sebuah, sepongkis tu tidak la kot...masih ada perbezaan di sana sini. So apa kata korang lihat sendiri dan bagitahu apa persamaan dan perbezaan mereka ni, yokk.....



000000000000Baby Mushuk0000000000000000000Minee


000000000000Baby Mushuk0000000000000000Minee


000000000000Baby Mushuk000000000000000Minee


000000000000Baby Mushuk000000000000000Minee


000000000000Baby Mushuk00000000000000Minee


000000000000Minee000000000000000Baby Mushuk

Amacam? Banyak tak korang dapat carik perbezaan dan persamaan budak dua hekor nih? Bagi aku perbezaan yang paling ketara, bulu tinge si Baby Mushuk ni lagi banyak dari adiknya dan persamaan yang paling sama adalah tahap kenakalan mereka


Dan satu perkara lagi yang aku perasan, si Min ni suka sangat dengan kakaknya, sentiasa nak ikut ke mana dan apa yang kakaknya tu buat. Banyak kali aku nampak mereka ni bersama.



menyorok sama-sama....


buang air comel sama-sama.....


bermain bersama.....


melepak bersama.....


tidur pon bersama.


Tapi jangan salah sangka yerk...Baby Mushuk bukan pilih kasih, dia sayang kedua adiknya cuma sebab kaler bulu si Mon tu putih bersih, tu yang kadang Baby Mushuk selalu terlepas pandang tak perasan adiknya yang sorang ituh hehe... lagipon si Mon lebih suka main sensorang, nak jadik Long Ranger agaknya budak montel ituh huhuu...


p/s: Baby Mushuk sementara kamu menjadi mentor ni, sila beri contoh yang baik untuk protege kamu yer...

Friday, October 22, 2010

Nasib kau lah ikan....

Catnip Fish ni aku beli saing saing masa beli Cat Capsule hari tu.

selepas dibuat main oleh 
budak kecit nih....

mata ikan ni dua-dua dah kat satu belah jer....

sebelah lagik takdek mata dah..

"play time pwease...."

 
p/s: kalau belikan mainan untuk bebudak nih, tak berapa minit ni dah ranap huhuu...

Thursday, October 21, 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.


Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.


Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.


Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.


Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.


Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


source - iLuvislam

"Nak kenal siapa ketua jebon-jebon meowwmania?"


Sila abaikan budak kenit yg sibok nak interframe kat belakang dan fokuskan pada kucing bewarna oren yang gendut ituh, itulah si Merah ketua bagi jebon-jebon kat rumah ni.


Yaya ni anak Ibu Bulat, merupakan kucing yang terdewasa dan terbesar di kalangan jebon-jebon yang lain.  Tapi sejak kena diet tengok badannya macam dah susut sikit hehe...cian dia, tak pe la kan dari ter obese nanti lagi susah.


Cuma babat kat pewot tu belum nak susut lagi, rasanya kena suruh mamat ni buat sit-up lah...


Ingat lagi tak tangan Yaya yang luka masa raya hari tu, la nih dah baik dah....

"apa tengok tengok! ada hutang??"


p/s: walaupon Yaya ni beso tapi dia paling takot dengan hujan, bila hujan je mencicit-cirit lari masuk dalam rumah sembunyik bawah meja huahuahua...

Wednesday, October 20, 2010

MON Dan MIN Yang Membesar Bagai JIN!

Hari ni si Montel dan Minee baru berusia sebulan seminggu tapi bila tengok pertumbuhan dorang ni pantas betul. Kalau anak orang sebulan belum pandai apa-apa lagi. haa...ni la kelebihan jaga anak kucin senang, cukup makan, cukup susu, membesar lah ia bagai jin ops bagai johan maksud aku haha...

"nama caya Minee."

Memang seronok la tengok budak dua hekor ni dah semakin cerdik tapiiiii ada tapinya yer...penat woo jaga budak dua hekor nih! cuma yang senang sikit sebab mereka ada ibu kalau nak dibandingkan masa jaga Ibu Bulat,Kakak Baby dan Baby Mushuk dulu aku lah yg terpaksa jadi ibu mereka. Paling penat sekali bila kena bagi susu setiap 2-3 jam, kalau siang tu terpaksa lari pulang ke rumah nak bagi susu kalau malam pulak kena bangun setiap 2-3 jam tu utk bagi mereka susu. Dan kalau terpaksa pergi ke mana-mana terpaksa hangkot mereka sekali dan juga susu, air panas dan pasir mereka yer huhuu...

"caya cuka main ngan abang caya"

Tapi itu cerita pengalaman dulu la...masa menjaga Ibu Bulat lima beradik yg paling terasa sekali, bayangkanlah puting botol susu tu sampai koyak rabak dikerjakan Bulat lima beradik hehe... Pengalaman yg paling manis akan aku ingat sampai bila-bila, walaupon masa tu kurang pengetahuan tentang makhluk comel ni aku berjaya membesarkan mereka lima beradik (Bulat adalah kucing pertama yg aku bela)

"mummy kenapa mata saya kecik?"

Pengalaman adalah guru yg terbaik kerana kita melalui sendiri segala susah payah dan dari kesilapan itulah kita belajar memperbaiki diri. hohh apsal serius sangat bunyik ayat aku nih hohoh...

"kenapa mata adik Min beso?"

ok berbalik kepada cerita asal, sebenarnya nak cerita pasal kecerdikan budak dua hekor nih. Dah semakin cerdik, camana aku tak ckp cerdik sebab bila nampak aku keluarkan Baby Wipes memasing larik sembunyik kat celah gobok yer...sangat sangat bijak! Mon dan Min dah pandai poo dan pee kat dalam litter box so tiap kali lepas poo pee aku akan lap montot dorang ngan Baby Wipes, memula tu diam jela kan tapi bila dah banyak kali dah pandai nak larik dah pandai nak sembunyik geram sangat sangat!!

"mata beso la lawa kan mummy...? wekkkk~"

Dan mereka ni dah pandai panjat naik kat atas katil aku yer...camana mereka naik?? haa...dorang dok bergayut kat tepi cadar pastu panjat naik atas katil, bijak tak bijak tak? huhh! Suka bergayut kat cadar, kat langsir even suka panjat baju naik kat muka aku yer...ikut perangai sapa tu? menurun dari si Kakak Baby ke Baby Mushuk la ni kat budak dua hekor ni pulak haihhh....

"mata abg kaler biru lagi lawo..."

lagi satu bila dah panjat kat tempat tinggi pastu suka terjun sambil mendepangkan tangan konon macam bukak sayap gitu, dah berapa kali aku cakap "kamu tu cat la bukan bird, jangan terjun terjun camtu kang sakit" tapi ada mereka kesah? ada?? tak duliknya dorang....terjun jugakkk

"...dan hidung abg shantek sebab kaler merah samar, 
kan mummy..."

kalau menyusu pulak, kalau tak ada adegan westling dulu memang tak sah! padahal puting susu ibunya tu kan ada 6 tapi tetap lah berebut, kang yg sekor hisap yg ini yg ini jugak lah yg lagi sekor tu nak, bila yg sekor hisap yg itu...yg itu jugak lah yg lg sekor tu nak...hishh tak paham aku!

"saya HANDSOME!!"

lari pon dah laju yer...siap boleh men acah-acah lagi ngan aku, mentang-mentang la mummy dia ni belum boleh lari lagi tak per tak per...lari lar lari karang kalau mummy dah sihat jaga kamu yer!


p/s: bebudak jebon yang beso-beso tu pon tak kurang jugak nakalnya, sensorang buat perangai...dorang ni berpakat ke apa nak nakal reramai time nih eeeeeii sabo sabo....