Tuesday, November 30, 2010

PERINDU Baby Mushuk, Ini Entri Khas Untuk Anda.

Share
Hello peeps!! bertemu lagi kita di rancangaaannnn.... 



"JEBON tu apa?? 
Jebon tu anak meowwmania ler..."



Ok ni lar nak bagitahu...ada pulak yang dok ngadu lama tak dengor citer pasal si Baby Mushuk aloloo shuwitt nyerr... Baby Mushuk ada jerr sihat walafiat dia, makin busuk makin nakal macam biasa. 






Semenjak dah jadik kakak kepada si kembar MON dan MIN nih dah kurang sikit manjanya. Macam-macam mende yang diajar kat budak dua hekor tuh. Kalau ajar soh dok diam dengar kata tu tak apa jugak, ni tidakk mende yang bukan-bukan yang diajarnya. Menguji kesabaran kami sekeluarga okeh!




Baby Mushuk memang rapat dengan si MOMEL, agak-agaknya dia sedar tak abang dia dah takde ekk... Sesekali tengok si Baby Mushuk ni tidur kat port favourite Momel, tercium-cium pastu baring terkebil-kebil bijik mata. Mungkin Baby Mushuk sedar dah lama tak berjumpa dengan abangnya tu sebab si Momel memang rajin jilat-jilat bulu membersihkan Baby Mushuk. Mujur la ada MON dan MIN mungkin tak terasa sangat kehilangan si MOMEL.


       
p/s: harap-harap tuan baru MOMEL menjaganya lebih baik daripada aku, dan semoga MOMEL baik-baik saja *masih sedih bila teringatkan dia  



suka?

Monday, November 29, 2010

REVIEW FILEM : Rapunzel A Tangled Tale

Share


Siapa dah tengok citer Rapunzel A Tangled Tale nih?? Ok nak bagitahu, aku dah tengok! best woo citer niiii....lima bintang aku bagi. Aku memang minat giler arr dengan movie-movie Disney nih dan ini first time aku tengok filem Disney dalam 3D.


Memang dah pasang niat nak tengok masa tayangan pertama, so sebelum menonton wayang haruslah perot diisi dahulu supaya ia tidak meragam di kemudian hari. Teringin nak makan nasi ayam jadinya pergi lar ke Restoran Nasi Ayam Haji Ali.


nasi goreng kampung super pedas bersama ayam sambal 
dan sup kosong, yummeh!!


gendang gendut tali kecapi, kenyang perot suka hati 
*aku br perasan yg pantun ni adalah pantun favourite aku


makan haruslah sebelum menonton wayang supaya makanan yang dimakan tadi boleh bertukar menjadi tenaga semasa menonton wayang, tak  lah dah jadik lemak, bijak tak?? *tgk wayang tu duduk je kan setitik peluh pon tak keluar, agak-agak korang boleh keww....HUAHUA





watak-watak dalam filem ni semuanya kiut miut tiutt belaka
aloloo....kiutnya muka memasing


Mother Gother yang psiko

 SINOPSIS:

Kisahnya bermula apabila Rapunzel atau sebenarnya seorang puteri raja telah diculik oleh Mother Gothel kerana kesaktian rambut Rapunzel yang boleh menyembuhkan penyakit dan mengekalkan kemudaan *awet muda la tuh. Rapunzel dijaga dan dikurung oleh Mother Gother dalam sebuah menara tinggi jauh di dalam hutan untuk kepentingan dirinya sendiri. Pengembaraan bermula apabila Flynn Rider seorang pencuri yang sedang melarikan diri dan dengan tak sengaja terjumpa menara tempat Rapunzel tinggal lalu bersembunyi di situ. Rapunzel yang terdesak ingin keluar melihat 'lantern' yang terapung di ruang udara pada setiap kali hari lahirnya membuat perjanjian dengan Flynn Rider untuk menunaikan impiannya sebagai balasan dia akan memulangkan kembali barang yang dicuri oleh Flynn. Ekspidisi sepanjang penjalanan dorang sangat havoc macam-macam yang terjadi...kalau korang nak tahu apa yang terjadi sila lah tengok sendiri huhuu...



part ni sangat hampeh HAHAHA...lawak tol lah si Flynn nih



rambut Rapunzel yang panjang mengurai bukan saja mempunyai 'magic' malahan banyak kegunaannya. siap boleh bergayut, buat selimut, dan boleh jadi tempat persembunyian lagi, comel! 



time lantern lantern ni terapung sangat indah, terkesima kejap. siap ada yang terapung bergerak ke arah penonton lagi, aku dok gapai-gapai tangan bagai konon macam nak tangkap *sangat jakon



Pascal yang adorable


suka sangat kat Pascal ni dah la comel, lawak, boleh tukar-tukar kaler lagi. lagi satu aku suka sangat watak Maximus kuda istana yang sangat gagah dan bijak, si Max ni musuh ketat Flynn sonok tengok dorang bergaduh, COMEL okeh....


citer ni sangat menarik ada elemen sedih, gembira, kelakar arghhh...memang best lah tak tahu camana nak ceritakan kebesannya. memang berbaloi bayar tiket sampai 15.00 hengget. rasa macam nak tengok lagi pon ada sebab kali pertama aku tengok dalam 3D ni tersangat la jakon kejap kejap bukak cermin mata 3D tu sebab nak tengok apa beza bila bukak dan bila pakai HAHAHAH....



p/s: sekarang aku tengah gigih simpan rambut panjang cam Rapunzel pastu pastu nak bela sesumpah yang kiut cam Pascal dan kuda yang handsome dan lawak cam Maximus, tolong doakan impian aku ni tercapai yer tawan-tawan, bubbye....

suka?

Sunday, November 28, 2010

:: MONTEL The Cat ::

Share
Hello!! moshi moshi...dah bangun tidur?? Hari hari minggu macam ni mesti ramai yang tengah bergolek-golek atas katil lagi, time ni lar dapat rasa nak bangun lambat, lepas subuh sambung buat taik mata balik yer dok?? Tapi kepada sesiapa yang dah bangkit di awal pagi, dah setat buat kerja, dah berpeluh berjogging tak pon pada yang tengah membaca belog saya di awal awal pagi ini tahniah diucapkan. Sila lah bangga pada diri sendiri kerana saya amat berbangga dengan anda ngeh ngeh ngehh~


Macam biasa saya akan buat entri santai tentang anak-anak jebons saya. Dan pada kali ini saya nak bercerita pasal MON atau nama penuh pada surat beranaknya MONTEL *Mon ada surat beranak taww don't play play.



Ini MON. Teringat di kala si Mon ni tecik lagi, penakot nauzubillah....pijak rumput menjerit, ditiup angin pon menjerit kahkahkah


Itu Mon bersama kakaknya si Baby Mushuk.
jangan tanya aku apa yang dorang tengah buat tu hakhak


mata kecik, dahi jendul hohoh...


ini tikus favourite si Mon. tapi yang peliknya tikus ni dah lesap sekarang, puas aku carik... musykil betol


hidong hitam, penuh dengan kekotoran heeeeee~


mata dah bolat, dahi dah kurang jendul.


dah besar. telinga pon turut membesar. 
dua-dua badik telinga capang HAHAHAHA

    
p/s: ada lagu nak pangil si MON dan MIN nih, lagunya berbunyik bergini...♪♫ Mon tomon tomon...Min tomin tomin... ♪♫♪ *sila nyanyi dgn suara yg paling merdu bak buluh perinduww

suka?

Friday, November 26, 2010

SAAT DITEGUR. Melentingkah Kita??

Share
Assalammualaikum w.b.t


Jumaat penghulu segala hari tiba lagi. Syukur kepada yang maha Esa kerana masih dilanjutkan usia sehingga ke hari Jumaat yang penuh dgn keberkatan ini. Jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram. Dan pada hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat.


Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha. Oleh itu, ingin sekali saya kongsikan satu artikel yang sungguh menarik bagi saya bersama kawan-kawan semua. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, insya'Allah



"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.




MEMBINA DAN MEROBOH


Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.



ORANG YANG MENEGUR


Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.




ORANG YANG DITEGUR


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".


Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai atau berbedak tanpa bercermin. Bukankah susah?.



YANG PALING PENTING!!


Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.


source - iLuvislam


p/s: banyak sungguh kekurangan diri ini, semoga ia sempat diperbaiki sebelum ditamatkan hayat ini.

suka?

Thursday, November 25, 2010

Saya Adalah Seorang Kakak Mithali *itupon kalau korang nak percaya lah...

Share
Mula mula Berita Penting.
Nak bagitahu aku tengah batuk terbahak-bahak ni *jangan main-main bukan ketawa je ada terbahak-bahak taww. Batuk dah tahap kritikal dah nih sampai nak terkeluar anak tekak. Ubat batuk sampai dah habis sebotol aku telan tak jugak hilang. Sesiapa ada petua tolong la bagi. Kerjasama yang diberi didahului dengan ciuman penuh kaseh sayang inih




Ok sekarang nak citer cerita yang sebenarnya, sepanjang hari ni aku jadik Kakak Mithali pepagi dah bangun buat air, buat sarapan eh! buat ke? beli je ponnn. sebab mak abah sedang bepergian, mereka ke Medan Indonesia untuk berhoneymoon kata nyeee... Jadi anak-anak tak boleh ikut yer. Ok fine tak ikut tapi jangan lupa bahagian saye yer bondeee ngeh ngeh ngehh~


kebetulan adik yg sorang tu cuti, sebagai kakak mithali memang takde mana lah saya nak memasak kan so menjadi tanggungjawab saya untuk membawa si adik mengisi perot yang kosong itu pada waktu lunch. saya bawak ke mcDonald duck saja.. mudah, cepat dan sedapp


gendang gendut tali kecapi kenyang pewot suka hati, so dengan pewot yang kenyang suka hatinya merayap ke mall pula. Ingat nak carik ubat batuk eh! bukan ubat batuk nak carik gegula untuk orang batuk. Tiba-tiba terlalu dekat CoolBlog, dah terlalu tu terbeli la pulak.



tengah skodeng perisa yang menjadi pojaan hati.
eh! pandai pulak adik aku amik gmbr camni, boleh pulak diblur kan amoi kat depan tu ekk..korang reti?? aku sendiri pon tak reti huahua...


sedang gigih memerhati proses membuat ice blend CoolBlog, 


ok dah siap. sila bayar...



senyum itu satu sedekah lalala~~
oh pokcik CoolBlog saya amat ter'addicted dengan anda *CoolBlog tu laki ke?



srott sroottt.... sedapnya ice blend cokolat nih
suka sangat mende bulat-bulat hitam yang kenyal kenyal tuh, apa benda nama dia ekk?



kata nak carik gegula batuk apsal boleh terpesong kat Clean&Clear section nihh...
*molot tak lepas dari CoolBlog



ahaa...dah jumpa apa yang dihajati gegula batuk cap Dequadin perisa lemon *alahh yang dalam iklan ada abg macho badan ketak terkeluar sore pondan tuuu



 p/s: batuk batuk jugak coolblog kau telan jugak pastu sibok nak mengadu-ngadu kat orang apahal??  sangat teserlah kesengalan di situ.


NOTA.
adik baru tukar hengpong baru, tu yg galak dia mengambik gambo...tengah kemaruk la konon, layannn zasssss~

suka?

:: MINEE The CaT ::

Share
Hello everyone!! Di petang-petang yang layu lagi mengantuk ini saya akan sajikan kawan-kawan dengan gambar-gambar yang sangat menarik, tertarik kau memang the vasss. Saya berani memberi jaminan setelah anda melihat gambar-gambar ini, anda akan lebih bersemangat untuk tidur melaksanakan tugas-tugas harian. Sudah sedia?? Sedia atau tidak bolos saja dinding ituuu sila scrool ke bawah....











tadaaa....




ngaaaaaa~~
tataplah puas-puas gambar budak bermata bolat 
bertelinga capang inih muahaha...


budak telinga capang yang suka mengempeng...


budak telinga capang buat muka kesian kena 
paksa cabut nenen oleh ibunya
*cabut nenen bermakna melepaskan nenen dari mulut


budak telinga capang mempunyai hubungan erat dengan kakaknya si Baby Mushuk.


budak telinga capang sedang memeluk erat bantal poloknya



NOTA:
'hubungan erat' dan 'memeluk erat' adalah dua maksud yang berbeza. Sekian.


p/s: MON dan MIN dah genap dua bulan pada 12 Nov'10 yang lalu, dah semakin besar dan pastinya semakin nakal!

suka?

CERITA PENDEK: Empat Budak Jebon

Share








Sekian, terima kasut!!

suka?

Wednesday, November 24, 2010

:: CITAM Anak Ibu BULAT Tebulat-Bulat ::

Share
Assalammualaikum...


Semalam dah citer pasal Ibu Bulat Tebulat-bulat so hari ni aku nak cerita pasal salah seorang anak Bulat iaitu Citam. Citam merupakan kembar tiga yang lahir bersama dua ekor adik-badik jantan, Citam sekor jer betina. Tapi sekor jantan tak panjang umur mati akibat penyakit dan sekor lagi adalah si PUTEH sindrom down.



Citam berusia 4 tahun lebih, sangat manja dan sangat nakal, degil susah nak mendengar kata. Citam suka merayap di luar rumah tapi apabila nak poo pee dia akan masuk dalam rumah dan poo pee sesuka hati.



Memang makan hati dengan budak sekor nih, perlu kesabaran yang tinggi nak melatih Citam sampaikan aku pernah buat jadual poo pee dia, tiap kali tiba masa aku akan dukung Citam bawak masuk tandas. Dan kalau waktu bekerja aku akan telefon mak untuk ingatkan dia.



Tapi tu dulu la masa tecit-tecit dulu, sekarang ni dah baik sikit....sikit ajeee degilnya banyak lagi. Kadang tu dia buat hal jugak, sabo jelah hehh!



Disebalik kedegilannya tu, Citam ni sebenarnya pernah menjadi ibu. Citam terpaksa melahirkan anaknya secara pembedahan kerana bayinya lemah akibat daripada suntikan pencegah kehamilan yang secara tidak sengaja telah diberi ketika Citam bunting (vet pon main suntik je bukan nak check dulu). Baiklah Citam tak apa-apa cuma dua daripada tiga anaknya mati sebaik saja dilahirkan.



Yang hidup sekor ni jer....oleh kerana Citam beranak secara pembedahan dia tak mahu menerima anaknya jadi aku terpaksa memberi baby Citam susu formula menggunakan botol susu. Sayangnya umurnya tak panjang, baby Citam cuma dapat bertahan selama 4 hari sahaja.



Akibat dari kedegilan Citam merayap ke rumah-rumah orang, dia penah cedera teruk pada pinggul hingga ke kaki kerana dipukul. Citam tak boleh bangun dan tak boleh berjalan sedih betul tengok keadaan dia masa tu. Doktor menasihatkan agar Citam dikurung supaya dia tak banyak bergerak, masa sakit tu boleh pulak dengar kata...duduk diam je dalam carrier, nak bagi makan ubat pon senang jadi cepatlah sembuh.



Lepas sihat tu Citam dah tak merayap-rayap lagi malah dia sangat takut jika dikeluarkan dari rumah, Citam banyak menghabiskan masa dalam rumah tapi lepas tu timbul pulak satu hobi baru....Citam suka tidur kat dapur lagi-lagi kat tempat makanan contohnya macam dalam gambar ni, Citam tidur kat dalam tray biskut...


dalam rak pinggan mangkuk...

...dalam rice cooker pon penah.

Citam juga adalah musuh dalam selimut semulajadi si MOMEL sejak pada kali pertama Momel datang.


tapi itu semua dah jadik kenangan, Citam dah takde kawan gaduh sebab Momel dah takde


p/s: tetiba sayu pulak bila imbas kembali citer dulu-dulu


suka?