Friday, December 31, 2010

Kisah Si Ibu Kucing

Hello semuaaaaaa....oh! pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada pasukan bola sepak kebangsaan sempena kejayaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 sehingga Perdana Menteri kita mengumumkan hari ini (Jumaat 31 Disember) sebagai cuti umum. Kerana korang lah [pasukan Harimau Malaya aummm!] saya dapat berpoya-poya bersama anak-anak bulus di rumah hari ini hikhik...


Cuba korang tengok gambar di bawah ini. Masih ingatkah lagi dengan ibu kucing yang sedang merenung Baby Mushuk ituh??





kalau korang masih ingat kisah 'aku menangis tetengah hari buta kat bawah pokok rambutan' dulu, tentu korang cam ibu kucing nih. Ini lah ibu kucing yang telah kematian anaknya dulu, dia masih menumpang makan di sini dan masih selalu berada di bawah pokok rambutan itu. Nampak macam ibu kucing tu takut nak makan kan...ibu kucing tu memang takut dengan kucing-kucing aku. Maklum lah kucing-kucing aku tu kan gangsterism dan vandalism semuanya. Bila dibagi makan si ibu kucing tu akan tertoleh-toleh dan berhati-hati memerhati keadaan sekeliling sehingga dipastikan selamat baru lah dia makan. Sebab tu dia seolah takut bila Baby Mushuk berada berdekatan dengannya. Tapi Baby Mushuk tak marah pon dia tak kesah, yang kesah si Kakak Baby...tak boleh langsung nampak si ibu kucing ni datang menghampiri rumah harus dihambatnya haihh....


see....Baby Mushuk tak marah pongg dia cuma tengok aje.


Itu pon tak senang si ibu kucing tu nak makan, kejap kejap tertoleh toleh...bimbang diserang agaknya.




ibu kucing ni memang selalu dilihat berada kat bawah pokok rambutan rumah aku tak pon dia akan menumpang duduk kat rumah jiran sebelah tu, bila nampak je kelibat aku kat dapur dia akan mengeow dari jauh bagitahu dia ada kat situ agaknya, "aku ada kat sini weiii...jgn lupa bagi aku makan"


insya'Allah aku tak lupa...kalau tak aku pasti mak yang akan bagi stray cats kat luar tu makan, apa yang kiteorang makan hari tu, itulah rezeki mereka juga...kalau ikan ikan lah kalau ayam ayam lah. Sekali sekala kalau malas nak mengaul nasik dengan lauk aku bagi blackwood aje hehee...




eh! baru perasan si MIN ni kan warna coat dia sebijik macam ibu kucing ni kan...kalau kata anak ibu kucing ni pon orang percaya. Patutlah Kakak Baby marah sangat, bimbang anaknya diambil kot hihihih.. Kalau anak ibu kucing ni masih hidup tentu dia sebaya dengan MON dan MIN sebab selang seminggu Kakak Baby beranak kalau tak silap ibu kucing ni pulak beranak. Itu yang dia suka duduk kat bawah pokok rambutan tuu sesambil memerhatikan gelagat MON dan MIN agaknya.....


p/s: si MIN kecacingan, muntah cacing berak cacing...patut la dia kurus haihh...

Wednesday, December 29, 2010

Bila Siakap Berbohong

♪♫ Assalammualaikum 
salam sejahtera...
kepada anda semua
moga bahagia... ♫♪♫♪


Apa khabar semua? Diharapkan kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Keadaan kesihatan saya di sini agak goyah waima saya baru sembuh dari demam sejak 3 hari lalu. Bergitu puitis sekali bahasa saya pada kali ini mungkin disebabkan baru sembuh dari demam barangkali.


Anda cam gambar di bawah ini??


fokuskan pandangan pada gambar di dalam bulatan dan pasti anda dapat meneka di mana lokasinya


Pasti sudah ada yang dapat meneka dengan tepat. TAHNIAH diucapkan! Kepada yang tak kuasa nak main teka-teki teka-tekok nih hatta mahu melayan kerenah saya yang tak senohong ini, saya akan zoom kan gambar tadi supaya anda dapat melihat dengan jelas gambar apa yang saya maksudkan tadi. Cuma scroll ke bawah.....


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

scroll jangan tak scrolllll



















taa daaaa...........


Bukit Gambang Water Park. Di situlah lokasi saya berada pada hari minggu yang lepas.


Motip??  Ok let me tell you the stori...selepas puas berendam di situ dalam perjalanan pulang perot pon dah berkeriut-keriut menahan lapar destinasi seterusnya untuk mencari tempat mencokek jumpa satu restoran seafood terus benti singgah pastu laju jelah meng order. Sampai je hidangan yang dipesan tanpa berlengah baca bismillah...bedal lah apa lagi. Salah satu hidangannya adalah siakap stim, ikan nya agak besar mungkin sebab itu jugak pada bahagian ekornya seperti kurang masak half-cooked gitew. Disebabkan orang lain tak kesah saya pon laju jelah membedal ikan ituh.


Semuanya baik-baik saja sehingga saya terjaga dari tidur pada pukul 3 pagi secara tiba-tiba dan merasa seolah pandangan saya berputar, kepala saya sakit dan tekak terasa loya. Saya cuba untuk bertahan dengan menyapu tiger balm pada kepala namun akhirnya tewas apabila dengan jayanya saya dapat mengeluarkan kembali segala mala yang saya cekik pada siang tadi. Tak cukup dengan muntah, di selang seli dengan cirit birit dan demam pula. Setelah kosong isi perot barulah reda sedikit rasa badan saya.


Esok paginya setelah ke klinik maka kompem lah saya telah keracunan makanan. Dan walaupon bergitu demam dan sakit kepala saya masih berterusan 2 hingga 3 hari. Tentu anda tertanya-tanya, adakah orang lain juga menerima nasib yang sama seperti saya. Jawapannya TIDAK. Orang lain yang turut sama makan bersama saya semuanya baik-baik saja. Ini disebabkan antibodi tubuh saya yang kurang gagah perkasa untuk melindungi saya bukan baru sekarang malah sejak dari bayi lagi. Daripada kecil saya mudah diserang penyakit, pantang tersalah makan tak pon terlalu penat atau keadaan terlalu panas atau sejuk saya akan jatuh sakit. Kalau tak demam, sakit kepala, tak sakit kepala..sakit perut bergitulah kaedahnya.


Oh! nampaknya dah panjang bonar saya merepek, elok lah saya pulang ke pangkal jalan sebelum keadaan lebih buruk lagi. Terima kasih kerana sudi membaca kronologi demam saya pada kali ini tehehee.....





MIN: mummy, boleh tak Min ngan kakak nak tidur kat cimut came-came ngan mummy?

meowwmania: mummy demam ni pegi la tidur jejauh kang jangkit pulak.

MIN: alah tak jangkit la mummy....antibodi kiteorg kuat tak macam mummy....

meowwmania: cis cis cissssssss!!!



kroh krohhh......


p/s: moral of the stori, kalau ikan tak masak jangan makan nanti kena food poisoning *pesan kat diri sendirik.

Saturday, December 25, 2010

Baby Mushuk... Bagus! Kamu Ada Potensi Menjadi Kakak Yang Baik

wuhuuuuuu......selamat hari sabtuuuuuu........

hari tu ada yang tanya pasal Baby Mushuk, Baby Mushuk ada, baik-baik saja...terima kasih pada yang bertanya. Baby Mushuk sekarang ni sebok melayan kerenah adik-adiknya. Memang tak sangka lah beliau ni yang dulunya nakal berubah menjadi baik takde la baik sangat tapi boleh diharap lah senang kata. Sama je dengan Kakak Baby, mengikut sungguh perangai kakaknya yang sorang ituh. yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan bagus! harap harap berpanjanganlah perangai 'baiknya' itu yerk....


Baby Mushuk menidurkan adiknya...




p/s: si MON tu dah nak sama besar dengan kakaknya kan....kuat mencokek tuh HAHA....

Friday, December 24, 2010

TAZKIRAH JUMAAT: 6 Persoalan Hidup

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,



1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185)



2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"


Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'araaf, 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .



4 - Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?"


Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Ahzaab, 72)

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.



5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"


Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.



6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


sorce -iLuvislam

Thursday, December 23, 2010

Perot Kakak Baby dan Kucin Pink

Assalammualaikum...


Apa khabar semua? Ok nak bagitahu jahitan kat perot Kakak Baby dah ditanggalkan, pagi tadi bawak beliau ke klinik. Kakak Baby sangat gud girl oke...diam aje dia. Takde pon nak meronta-ronta ke hape hehe...cayang Kakak Baby.



Letak camtu je kat dalam kete malas nak bawak carrier



Keadaan perot Kakak Baby setelah jahitannya ditanggalkan, berparut dan masih togel hikhik...





MON dan MIN ni bukan nak kesian kat ibunya, nampak je kelibat Kakak Baby terus menyondol nak menyusu cehh....


=========================================================


Masa balik rumah hantar Kakak Baby kebetulan van Poslaju sampai.....


tin...tinn!!

Posmen : "ini ghumah cik meowwmania ker?" *tp takde la posmen tu sebut meowwmania kan..sebut nama betol ler...malu nak sebut kat sini hikhik [muntah!]

aku : "ye saya.."

Posmen : "sila sign kat sini cik..."

aku: "orait"



blur kejap bila terima mailing pack dari Poslaju, hape mende lak nih?? terus bukak dengan gelojohnya wah wah wahhhhh teruja!! yeyeh dapat hadiah......hadiah daripada peraduan teka gambar yang aku masuk kat blog Kak NUR, padahal tak menang pon cuma hadiah saguhati jew ahaks~



terima kasih Kak NUR, terima kasih kerana sudi bagi saya hadiah walaupon jawapan saya salah hikhik...baik sungguh hati Kak NUR *bodek la tuh



hadiahnya comel-comel belaka macam Kak NUR jugak *bodek lagi  eh! tapi kan Kak NUR sebenarnya bukan comel tapi gojes cam model, kalo tak caya try pegi blog beliau klik SINI *klik jangan malas!



oh! saya paling suker ngan tucin pink inih, sangat comel dan sweet macam tucin pink yang melompat-lompat kat belog saya ni hikhik...


dah habis, sekian terima kaseyyy...

Wednesday, December 22, 2010

Maksud Di Sebalik Posisi Tidur Si Comel

Kucing adalah haiwan yang pemain atau playful dalam masa yang sama mereka adalah haiwan yang paling banyak menghabiskan masanya dengan tidur, kucing boleh tidur selama 12 hingga 16 jam sehari. Mesti korang pernah tengok kucing tidur dalam posisi yang melucukan, samada dalam gambar atau melalui pengalaman kucing yang dibela sndiri. Kenapa agaknya mereka tidur dlm keadaan sedemikian rupa ekk...





1) Tidur berhimpit-himpit

Kucing gemar tidur berhimpit antara satu sama lain sebab kucing adalah haiwan bersosial dan kerap berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu juga dengan cara ini mereka dapat memanaskan badan ketika tidur terutama untuk kitten atau ketika cuaca sejuk.




2) Tidur bercahayakan matahari

Kucing juga suka tidur berdekatan dengan cahaya matahari . Dengan ini mereka dapat menyembangkan suhu dalam badan ketika tidur bahkan sesetengah kucing juga akan mengubah posisi tidurnya mengikut pergerakan matahari.




3) Tidur di tempat tinggi

Kucing adalah haiwan dalam kumpulan sama dengan harimau kumbang dan harimau bintang, oleh itu keinginan untuk melepak dan tidur di tempat tinggi tetap ada. Tak perlu risau risiko jatuh ketika tidur kerana deria keseimbangan mereka yang terletak dalam telinga sangat sempurna. Kalau jatuh pon mereka boleh mendarat dengan baik tanpa mengalami kecederaan.





4) Tidur terlentang

Kerap juga kita lihat kucing tidur dalam keadaan terlentang, empat kaki ke atas mendedahkan perut. Ini bermakna kucing tersebut merasa sangat selesa dan selamat dengan keadaan persekitaraan tempat dia tidur mereka. Keadaan ini hanya dapat dilihat pada kucing yang dipelihara jarang kucing jalanan atau kucing terbiar tidur dalam posisi sebegini kerana mereka sentiasa dalam keadaan yang bahaya dan sentiasa berjaga-jaga.





5) Tidur dalam kotak

Kotak, bakul atau apa-apa sahaja bekas kosong juga merupakan port favourite untuk si comel tidur. Pantang jumpa kotak kosong walaupon kecil mereka akan cuba sedaya upaya untuk meloloskan badan. Ini kerana tidur dalam keadaan sempit akan menjadikan dirinya berasa selamat. Sama macam korang jugak, tidur menyorok dalam selimut sebab ketakutan kan... hakhak




Durian Kucing Tidur

Gaya tidur kucing sangat famos amos sehingga diaplikasikan oleh sang durian. Isi durian seperti gambar di atas dinamakan 'Kucing Tidur'. Memang berbaloi-baloi kalau dapat makan isi durian cenggini, tebal, pekat, melekatttt pehhhh.....


gambar MIN tidur ni ada tak serupa macam isi durian...

Tuesday, December 21, 2010

Berita Hari Ini Yang Membuatkan Saya Bahgie.....

Suka sangat bila baca paper ada berita hepi hepi tentang haiwan. Harap-harap lebih banyak berita yang hepi macam ni keluar dalam paper weee.....



Berita dari Kosmo! hari ini...


Seekor orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.



LONDON - Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.

Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut. - Agensi





...berita seterusnya



Laman YouTube menunjukkan seekor kucing bermain dengan permainan video komputer tablet iPad baru-baru ini.


LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.

Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.

Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.

Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi


sorce - Kosmo!


p/s: takziah juga diucapkan kepada keluarga yg terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands...harap-harap ini adalah tragedi terakhir bagi tahun 2010

Monday, December 20, 2010

ENTRI SERAM [bukan cerita momok]

Assalammualaikum....


hello!! Selamat Hari Isnin. Berikut adalah video yang diklasifikasikan sebagai video seram, yang tak kuat semangat toksah tengok. Hanya yang bersemangat waja dan kental dipersilakan tengok.




haaa...seram tak? seram tak? 
meremang weii bulu tengkok aku bila tengok, 
serammm ngeeeeee.....




Pada yang tak tengok tu meh sini aku citer. Kakak Baby kan..... dia kan.....dah sambung menyusukan MON dan MIN hehe...suspen la konon. Tang suspen tu bila si MON selamba je pi tekan-tekan perot ibu dia, kat tempat jahit lak tuh! seram seh...sampai aku terpaksa alihkan tangan MON. Sayang sangat Kakak Baby tu dengan anak-anaknya, walaupon perot tu masih sakit berjahit tetap sabar menyusukan si MON. Terharu sungguh aku tengok, terserlah sifat keibuannya walaupon dulu aku merasa kurang yakin yang Kakak Baby boleh menjadi ibu yang baik.




MON... MIN.... untung kamu dapat ibu yang penyayang. jangan nakal-nakal, jangan jadik anak durhaka, dengar cakap mummy yerk eh! tehehee....



p/s: MON menyusu lama giler! aku terpaksa angkat si MON sebab kesian kat ibunya...

Friday, December 17, 2010

Kakak Baby Dah Balikkkk............

dalam perjalanan pulang...




...sampai je rumah terus je menonong ke dapur, lapar la tu hehe....bagi Kakak Baby mam wet food seafood flavor favourite dia. Bersungguh-sungguh makan sampai MON dan MIN datang pon diabaikan saje hakhak... MON ngan MIN pulak dok tercium cium ibunya takut takut "apsal lain macam je bau ibu aku nih?" bergitu agaknya kata hati mereka.



lepas mamam, minum air. lama betul Kakak Baby minum dahaga sangat agaknya, cian dia...


pastu pee hehee.....


keadaan perot Kakak Baby yang telah dijahit, perotnya botak sebab kena cukur.. kurang jelas??


TADAAA.....
selamba jer Kakak Baby duduk camtu ekk...tak sakit agaknya



Kakak Baby banyak tidur, biarlah dia berehat kan...
semoga Kakak Baby cepat pulih yer sayang


p/s: seminggu lagi nak kena bukak jahit pulak, serammm......

PANTUN HARI INI: Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perot Suka Hati

[entri khas untuk adik-adik yang masih bersekolah rendah]
tapi kalau yang dah beso nak baca sukati ler....



Assalammualaikum w.b.t


Apa khabar adek-adek....hari ni abg Merah nak ajar satu pantun. Dan pantun kita pada hari ini adalah... 


'Gendang Gendut Tali Kecapi Kenyang Perot Suka Hati'


Maksud pantun tersebut takde kena mengena dengan gendang ataupon tali skipping tapi membawa maksud apabila perot kenyang senang lah hati kita, mudah bukan. Tapi kalau adek adek masih tak paham, boleh la lihat gambar di bawah untuk menperjelaskan lagi maksud pantun tersebut....


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


























ok adek adek....ada pahammmm???



semoga kita bertemu lagi di tajuk yang lain, pesanan dari abg Merah jangan noty-noty....bubbye!!

Thursday, December 16, 2010

Ops Membawa Kakak Baby Ke Klinik Untuk Di Neuter Kan

Pagi tadi bawak Kakak Baby berjumpa vet. Tujuannya untuk di neuter kan. FINALLY! setelah keraskan hati. Kalau ikutkan memang kesian sebab Kakak Baby masih rajin menyusukan MON dan MIN tapi bila tengok keadaan Kakak Baby makin hari makin kurus tak sampai hati pulak. Si MON dan MIN makin hari makin gemok, tak boleh jadik! Mengambil keberkatan 10 muharam amik keputusan Kakak Baby akan di neuter kan!! dan Kakak Baby dah dipuasakan dari malam tadi...



terpaksa bawak ke ofis dulu sebab klinik bukak pukul 10 pagi. Asik mengeow je Kakak Baby dalam kereta sepanjang perjalanan sampai aku sekali ikut mengeow dok memujuk beliau.


sampai kat ofis terus keluarkan dari carrier, laju je si Kakak Baby keluar terus sniff sana sniff sini. Dah lama tak bawak Kakak Baby datang ofis, last kalau tak silap masa pipi beliau bengkak digeget serangga dulu.


lepas puas meng explore kawasan, Kakak Baby rilek atas kerusi sambil bermandi manda. hamboiihh rilek aje minah ni mengeow pon sekali sekala je, beliau tak tahu lagi apa yang bakal terjadi pada masa hadapan...hikhik


lepas tu sibok menjengok ke luar nak keluar. pujuk pujuk ajak ajak main....lambat pulak nak tunggu pukul sepuluh nih


dan akhirnya beliau tertidur.....sayu je hati tengok Kakak Baby tidur, mesti dia lapar...


banyak-banyak tempat kat kerusi aku jugak dia nak menyelit


gambar terakhir bersama Kakak Baby sebelum dibawa ke klinik.


"maafkan mummy sayang, mummy sayang kamu sebab tu mummy nak buat yang terbaik untuk kamu.... mummy promise esok mummy amik yer...nanti dah sedar mummy bagi favourite wet food Kakak Baby"...


p/s: doakan semua berjalan lancar untuk Kakak Baby yer...

Aksi TERLAMPAU Si BETINA



haihhh malu kat orang la Citam...
apa anak dara tidur gitu gaya
 terkangkang, terlentang..
kat tetengah jalan lak tuh
bangun bangun gi masuk kat
dalam bilik nuuu....

Wednesday, December 15, 2010

Turn Mummy Mummy Meow Berpoya-Poya Pula

Usai meraikan Majlis Terkejut Ulangtahun Papa Meow, keesokkan harinya aku mengajak Cik Marie dan Chika berpoya-poya sementela'ah masih di bumi KL inih. Mid Valley menjadik destinasi pilihan kerana lokasinya berdekatan dengan rumah Chika.



weiii aku jumpa Famous Amos la weii
maklum larr aku kan orang Johor mana kenal Famous Amos nih *luka lama berdarah kembali



jalan-jalan carik makan, pening nak decide makan kat mana banyak sangat tempat makan,pulak tu bila tanya  "kat sini ok tak?" ok larr..... "kat sini ok?" bole larr..... tak membina betul respon yg diterima huhh




konon konon nak amik gambar sambil berjalan, ntah jadik macam apa dah tu...gambar pon blur jek berdouble-double muka, sila salahkan Cik Marie ahaks~



akhirnya Chika dan Cik Marie memilih makanan Jepang dan saya pula memilih masakan Thai sedappp alhamdulillah..... Chika sorang yang sempat ber 'peace' dengan makanannya, sedangkan saya dan Cik Marie bergitu gigih menghadap makanan masing-masing



pic 1: ada ke patut cik marie kata senyuman sy ni tak ikhlas, ini namanya senyuman malu kucin tahu??

pic 2: dengan tiang tu pon nak berebut, ntah pape je korang nih hahahah....



perasan tak Chika dah menjadik semakin comel. Itu disebabkan 'topi merah' yang dipakai Chika. Sampai berguling-guling si Chika tetap jugak nak beli serkop 'topi nenek' tuh, beli lar beliiii.......dah beli tu senyum sampai ke telinga hamboiiii~



tengah memilih Dorayaki. ang ang ang baling-baling bambu *doraemon versi Indon

dah dah la korang....toksah nak berlakon lagi....sungguh palsu lakonan mu ituh muahahaha.....



p/s: thank you guys!! i had such a great time. you guys are great!!