Sunday, January 9, 2011

Budak Sindrom Yang Perasan Kachak!

Share


budak sindrom ni baru baik dari sakit telinga, beliau ni kan suka bebenor merayap tak tentu hala pastu tidur entah kat mana-mana entah menatang apa yang masuk dalam telinga sampai berkudis bernanah telinga si Puteh nih.




bukan tak cuba nak halang beliau dari merayap, macam-macam taktik dan teknik dok memujuk supaya dia duduk kat rumah tapi hampeh kelapa semuanya tak menjadik. Pantang pintu terbukak berdesup hilang kalau tutup pintu pulak sanggup dia duduk tercongok kat depan pintu sambil mengiau sampai orang bukakkan pintu. Kang bila lapo tu baru ingat nak balik lepas makan berdesup hilang balik. kalau tengok rupanya tu dah serupa macam kucing tak bertuan...dengan comotnya dengan bucuk nya haisshhh....




tapi bila dah sakit tu pandai pulak balik rumah nak mengadu. boleh pulak duduk dendiam kat rumah ni ... pastu bila orang dok cuci lukanya elok je duduk diam takdek pon nak meronta-ronta ke hape. budak Teteh ni satu lah memang puji kalau sakit tu memang tak banyak kerenah baik dan dengar kata. Kasi ubat telan, taruk ubat diam, senang. Ni dah dekat seminggu lebih dia dok kat rumah keluar pon untuk poo pee pastu masuk balik takdek nak pegi jejauh. Tapi tak tahu la berapa lama dia macam ni, ntah esok lusa lesap la lagi.



p/s: bila sakit je terus tukar karektor jadik manja kalau tidak jangan harap la nak pegang dia, meronta-ronta macam orang nak apa-apakan aje choii~

suka?

10comments: