Thursday, January 13, 2011

Fakta Istimewa Tentang Kucing

Share
Assalammualaikum.

Kucing adalah haiwan yang comel dan manja ia amat sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Rasulullah juga berpesan untuk menyayangi kucing kerana baginda sendiri memiliki kucing bernama Mueeza.




Antara sifat Mueeza yang Rasulullah suka adalah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan seolah menjawab azan. Dan setiap kali pulang ke rumah Mueeza juga akan bangun dan tunduk lalu baginda akan mengelus lembut kucingnya. Baginda sangat menyayangi Mueeza sehingga pernah ketika mahu mengambil jubah dan Muezza tidur di atasnya, lantas baginda memotong bahagian itu supaya tidak menganggu tidur kucingnya. Dan pada setiap kali Rasulullah menerima tetamu, akan selalu terlihat baginda sedang mengendong Mueeza atau pun diletakkan Mueeza di pahanya.




Jelaslah baginda bersifat penyayang dan sangat menyayangi kucing. Baginda pernah bersabda bahawa kucing termasuk perhiasan rumah, ia tidak dikotori sesuatu bahkan tidak ada najis. Kucing adalah haiwan yang badan, bulu dan bekas dari sisa makanannya adalah suci.




Mengapa rasulullah begitu pasti akan kesucian makhluk yang bernama kucing ini. Sedangkan ada di antara kita yang masih ragu-ragu nak memegang kucing. Kajian-kajian yang dijalankan telah menemukan beberapa fakta sahih tentang KEISTIMEWAAN KUCING.




Fakta 1:

Pada kulit kucing ada otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Lidah kucing pula ditutupi oleh benjolan kecil, runcing, benjolan ini bengkok seperti kikir/gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Dan ketika minum, tak ada setitis pun air yang jatuh.

Lidah kucing juga merupakan alat pembersih canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa dibadannya.




Fakta 2:

Telah dilakukan penelitian kucing dari pelbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut dan ekor.

Pada bahagian-bahagian itu diambil sample dengan usapan.Selain itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Cairan yang ada di dinding dalam mulut dan lidah juga diambil sebagai sample.




HASILNYA:

1. Hasil dari kulit luar negatif berkuman, walaupun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sebanyk 80% dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang dari permukaan lidah juga negatif berkuman.

4. Jika berkuman, kuman itu kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang ada ditubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya <50,000 kuman.

5. Tidak ditemukan kuman lain.

Hasil penelitian mendapati kucing tak memiliki kuman dan mikroba. Air liurnya bersih dan membersihkan.




Fakta 3:

Hasil penelitian doktor dan experimen di makmal, ditemukan bahawa badan kucing bersih. Lebih bersih dari manusia.

Pada zaman dahulu kala kucing dijadikan sebagai terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz itu baik buat kesihatan, mengelus kucing juga boleh menurunkan kadar stress.

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Klinik Haiwan Baitharah, kuman jarang ditemukan pada kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Jadi kesimpulannya apabila kucing anda sihat maka ia bebas dari kuman.




Kucing tak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pembiakkan bakteria, terutama pada takungan air (lumpur, takungan hujan, dll). Kucing sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak akan banyak berjemur dan tidak juga berada berdekatan dengan air. Supaya bakteria tak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor utama tiada kuman pada kucing. Juga terdapat hadis yang mengatakan kucing itu tidak kotor atau najis sehingga dibolehkan untuk berwudhu dengan air di bekas minuman kucing kerana ia suci.


kredit pictures to Love Meow


Begitu luar biasanya kucing itu, sehingga menjadi haiwan peliharaan kesayangan Rasul. Namun sayangnya banyak sekali dari kita yang berpandangan negatif pada haiwan ini, ada yang mengatakan kucing dapat menyebabkan asma kerana bulunya, ada juga yang mengatakan kucing boleh menyebabkan jangkitan kuman toxoplasma.Padahal kalau teliti lebih lanjut, toxoplasma itu adalah bakteria yang dapat hidup pada binatang apa saja. Pokok pangkalnya bagaimana kita menjaga dan mengekalkan tahap kebersihan diri dan kawasan sekeliling.

Entri Kesucian Kucing dan Toxoplasma


[credit to Joe Pondok Blogger]


L O V E CATS A V E   CAT.

suka?

15comments: