Tuesday, January 4, 2011

Ibu BULAT Sudah Kembali

Share


Si Bulat ni memang takdek keje lain lar kan asik tidur doplohpat jam. Tapi sejak budak si MON ngan MIN dah beso nih Bulat tak berapa nak suka nak tidur kat rumah. Mana tak nya si MON MIN tu bukannya reti nak duduk diam, berlari sana berlari sini, manjat sana manjat sini kang kejap lagi panggg!! jatuhkan mende..ada jelah aktiviti vandalisme budak dua hekor tuh. Oleh kerana keadaan kat rumah dah tak aman tu yang si Bulat membawak diri menumpang tidur kat tadika sebelah rumah.




Tapi sejak dua menjak ni aku perasan, Bulat dah rajin pulak tidur kat rumah sejak mula sekolah hari tu. Bagitahu kat mak rupanya mak kata tempat tidur yang Bulat biasa tidur kat tadika tu dah kena alih tu yang dia tak ke tadika tu lagi hehe...sian ibu Bulat.




So bila balik lunch tu, inilah keadaan yang biasa dilihat. Aksi si ibu Bulat sedang beradu. Cuma kadang tu tidurnya tak berapa nak lelap lah kejap kejap terkujat kejap kejap terkujat dek terganggu aksi nakal si MON MIN ituh.



bunyik flash camera pon boleh terjaga berbeza dengan budak gumok kat sebelah itu, siap berdengkur lagi ko...



p/s: suka tarik misai bila ibu Bulat tido hikhik...

suka?

12comments: