Monday, January 17, 2011

ISNIN: Masa Untuk Bersuka Ria Sudah Tamat. Sila Tukar Mode 'Bekerja Demi Sesuap Nasik'.

Assalammualaikum....


Moshi..moshi... Hepi mOnday everyone!! hari untuk bersuka ria sudah tamat hari untuk bekerja sudah mula, kerja jangan malas! Ok macam mana weekend korang seronok? hepi? gembira? teruja? well for me...weekend kali ni tiada agenda istimewa no more jalan-jalan makan angin bcoz dah terover budget HAHA.. just keluar jalan-jalan kat mall that just 10 minutes away form home *sigh


SATURDAY

Destinasi yang diterjah Secret Recipe. Simpy the place to be ngeeee~


1 yummy Pumpkin Soup!

pumpkin soup ini sgt sedapppp...kalo tak caya tanya saya
sangat sesuai dimakan pada waktu sejuk atau sebelum menonton wayang ngeeee~~




sebelum bercerita dengan lebih lanjut nak tepuk tangan dulu... pap! pap!pap! *tepuk tangan. Cerita ni sangat best okeyy....tak rugi lah bayar tiket 8, 10 hengget memang berbaloi dan sangat puas hati. Keadaan penonton yang tak senang duduk diselang selikan dengan jeritan kerana banyak babak kejutan yang tidak dijangka dalam filem ini.


Kisahnya bermula apabila pasangan suami isteri Johan (Syamsul Yusof) dan Aisyah (Liyana Jasmay) yang baru berkahwin kerap diganggu makhluk halus. Misteri gangguan makhluk halus ini berlarutan sehingga mengganggu ketenteraman pasangan ini lalu Aisyah mendesak agar suaminya mencari tahu punca gangguan tersebut.


Mesti korang dapat bayangkan bila tiba babak hantu nak keluar...dengan bunyinya *deng deng denggg, dengan gelapnya *mesti lampu terpadam, dengan mata pelakon yang semakin membesar *mata hitam ke kiri ke kanan, kejap lagi keluar lah hantu tu kann...aku macam biasa lah masih lagi menggunakan taktik menutup telinga macam selalu. Ramai aku tengok orang kalau tengok cerita hantu mesti tutup mata, rugi beb tutup mata tak nampak sebab pada aku bab terkejut tu pasal bunyiknya so kalau tak dengar takde lah nak terperanjat terkujat-kujat tak gitu...tapi tu aku larr orang lain mungkin lain..


Tapi kesimpulannya, filem ni memang terbaek wokkkk.....10 bintang aku bagi! Korang tak kan jemu dan tak kan dapat menjangka endingnya sangat superb! ada bayang-bayang filem hollywood gitew


SUNDAY

Destinasi yang diterjah Secret Recepi sekali lagi heheeeeee............


1 Green Apple Celery.


1 Mozarella Baked Fish. yummeh!!


makan itu MESTI, coolblog itu PASTI  hikhik...


Lepas makan pegi menonton wayang lagi. Movie kali ini The Shock Labyrinth: House Of Horrors, filem seram jugak tapi filem seram dari Jepun. Tapi biasa lah kalau cerita seram stok stok Jepun ke Korea ke mesti ceritanya macam konfius sikit kejap cerita masa kini kejap kang masa lalu pastu balik masa kini pastu ulang balik masa lalu eh! konpius banyak lah kalau aku. Susah derr nak paham lagi-lagi macam aku yang slow sikit nih malas nak pikir pon iyer ah! gasak lah tengok aje yang penting tengok sambil tutup telinga untuk KESELAMATAN hakhak......


sampai sekarang aku tak paham cerita nih....


Lepas menonton wayang tu rasa macam lapar pulak huhuu...buruk betol perangai. Tapi nak buat macam mana dah perot tu yang berbunyik-bunyik mintak di isi, ikut kan aje lah yerk hakhak. Terasa nak makan ayam goyeng jadi marilah kita singgah ke KFC tehehee.....


nampak itu kepak...itu SAYA munyer!! heee.....


lepas makan masuk Parkson kejap, Parkson tengah SALE. Sale memanjang Parkson nih tak paham aku. Hajat di hati nak cari bedsheet ngan comforter baru, tengok tengah ada 70-80% cantekkkk...sambar satu!


kat celah tu pon kaw nak bergambar. biasa lah jakonnn...



p/s: eh! The Tourist pon aku dah tengok, not bad lah citernya tapi aku lagi suka tengok Angelina berlakon dalam citer Salt lebih banyak aksi. The Tourist ni macam kureng aksi yang mendebarkan tapi tapi...Angelina sangat santek dalam filem ni okeh. Paling berkenan kat outfit beliau yang very the lawa lagi lagi part dress yang ada 'ekor' tu sangat comel okehhh.

8 comments:

marina anakcikbob said...

aku pon cintakan coolblog!
yeah!
kt sini susah jumpa.
kalo balik bp tu sah2 2x aku beli dalam masa 1 ari.
hahaha.. jakun!

p/s: tahniah kerana menonton khurafat.. bes kan? aku xtipu kan? yesss!

m4rilyn said...

posing sorang je ke kak senah?

saturday ku penuh ngan dating ngan sekan n awek

ahad ku ngan makan2 n pg rumah PM...ngan chika je. jgn jeles :)

Chika said...

gi dating tngok citer hantu ker? huhuhuhuhu

Cayalah meowwmania berjaya menonton citer khurafat. teringin nak tgk tp takut terkencing je... hohohohoh

saya said...

eh..hello.. ni dok promot2 sr ni apa kes? ada share ke? hahahhahaa.... anywayyyyyyyyyyyy.. yang saya nak tanya tu ialahhhhhh... saya nak tengok muka orang yang dok snap2 pic mamameow tu..asyik mukka dia je..mananya muka tukang potograper?? jawab jangan tak jawab..jawab jangan tak jawabbbb..

Misz Pinkie Winkie said...

takutnya cita khurafat.
lin nak tengok..pak tua plak tak nak.
dia kata nak tengok..tengok sorang.
penakut upernya mamat tue.
amboi...bukan main colourful lagie cik meow kita nie.
a'ah..la..lin pon nak tengok sapa yang beranie snap gambar anak dara orang nie
heheh ;)

Muhamad Syamil said...

seryes takut kurafat...nk g toilet pon ssh...agagaga..xD

sweetsal said...

bestnye jalan2 cari makan sambil tu blh tgk wayang..lamanya tak buat camni..teringin nk gi secret recepi jugakkkk...hehe

-telordibasuh- said...

khurafat xbest la meow...
cam bosan la...dalam umah nak dok gelap2..kat hospital pon nak gelap2 hahaaa...bg logic sikit kan hehee...