Sunday, January 2, 2011

KUCING + CACING = larikkkkkk ! ! !

Share
:: min tomin ::


Baru-baru ni aku dapat mengesan si MIN kecacingan. Oh! untuk pengetahuan semua MIN dah ok aku dah bagi dia ubat cacing nanti lagi 3 minggu bagi lagi. Tiga pat hari ni aku asik mendapat nightmare akibat dari tertengok cacing pada muntah MIN gelikkkkk.......... *mode TRAUMA!  So hari ni nak citer skit pasal makhluk geli geleman nih...


Selalunya kucing yang kecacingan ini tidak akan menunjukkan sebarang gejala. Mereka tetap aktif dan makan seperti biasa malah ia makan dengan kadar yang banyak tetapi tetap kurus atau berperut buncit. Ini adalah tanda-tanda kucing anda kecacingan, gejala lainnya akan terdapat cacing berbentuk seperti lidi berwarna putih atau krim pada muntah atau kotorannya *kotoran?? alahai sopan nya...taik lah senang kata..bior senang paham heee~


Cacing merupakan endoparasit (parasit yang hidup dalam tubuh) yang sering menyerang kucing. Ada 2 jenis cacing yang sering menyerang kucing :

1) Cacing Gelang
Cacing gelang berbentuk seperti lidi berwarna putih atau krim dengan ekor dan kepala yang runcing. Panjangnya mula daripada beberapa milimeter boleh mencapai hingga puluhan sentimeter.

2) Cacing Pita
Cacing pita pula berbentuk seperti pita putih atau krim dengan diameter beberapa milimeter. Panjang cacing pita pada kucing boleh mencapai hingga 70 cm.

[ingat nak tepek contoh gambar cacing-cacing yg tersebut tapi aku geli la weiii~ korang gugel la sendirik ekk]



Cacing ini akan menyebabkan gangguan pencernaan, anemia, kekurangan gizi atau komplikasi lain. Anak kucing yang baru lahir dapat mendapat cacing dari ibunya. Anak kucing yang diserang cacing akan mengalami cirit birit berpanjangan, terbantut pertumbuhannya atau mati kerana kekurangan cairan (dehidrasi) dan kekurangan gizi. Cacing juga boleh menular melalui telur yang biasanya terdapat pada tahi kucing atau melalui kutu kucing dan tikus.


Cacing-cacing ini akan menghisap nutrisi makanan yang terdapat di usus atau menggigit dinding usus dan menghisap darah yang terdapat di usus. Luka-luka akibat gigitan cacing boleh menyebabkan infeksi pada dinding usus. Beberapa jenis cacing hidup dan berkembang di pembuluh darah sehingga dapat menyebar ke seluruh tubuh dan menyebabkan gangguan pada jantung, otak, hati atau organ lain.


Oleh itu memberi ubat cacing secara tepat dan berkala kepada kucing yang dipelihara adalah sangat penting untuk memastikan tahap kesihatan yang baik untuk si comel anda. Ubat cacing tidak boleh diberi sembarangan, ia adalah racun dan perlu diberi mengikut sukatan berat badan kucing. Seeloknya bawalah kucing anda berjumpa VET untuk mendapatkan rawatan yang tepat.


Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasut!


L O V E  CAT.  S A V E  CAT.

suka?

14comments: