Wednesday, January 12, 2011

MON Dan MIN Pada Usia 4 Bulan

Share
12/01/2011



Hari ni si MON dan MIN genap 4 bulan. Kejap je masa berlalu rasa macam baru semalam jer budak dua hekor ni terkedek-kedek berjalan sekarang dah laju berlari.



dah makin besor, makin cerdik, makin nakal, makin kuat makan, makin kuat menyepah pendek kata makin makin belaka lah...



makin besor ni makin panjang lah akalnya...kalau dulu mende-mende yang tak reti sekarang dah jadi reti, mende-mende yang tak tahu sekarang dah jadi tahu... Tapi ada susahnya jugak bila dah cerdik ni, susah nak menipu susah nak di acah-acah sebab mereka dah tahu bezakan sesuatu perkara tu betul atau tidak.



contohnya bila tiba hari Sabtu bebudak ni nampak aku tak pergi kerja kan so dorang dah mula hati-hati dahh...bila kita dekat je dia lari jejauh sebab apa?? sebab takot kena mandi..haaa bijak tak? tu belom lg dia nampak kita pegang tuala mencicit lari geram betol! jadi terpaksa guna khidmat orang lain nak tangkap mereka sebab kalau dorang nampak aku dari jauh lagi dorang dah cabut lari sabo jelah..



lagi satu mereka ni dah pandai panjat dan turun pokok sendiri. puncanya ada satu hari tu tengah budak berdua ni kat atas pokok tetiba ada kucing bergaduh..kucing jantan kalau bergaduh tahu jelah camana bunyiknya kan. Budak berdua ni hape lagi punyalah gelojoh nak turun dari pokok tak pikir panjang terus terjun pastu mencicit-cicit lari masuk rumah. lepas dari peristiwa itu terus otomatik pandai turun sendiri tak kira lar camana caranya kadang tu main terjun jer dah macam tupai terbang dah aku tengok. Tapi bagus la kan mereka ni memanjat-manjat pokok, exersize tak payah susah-susah aku nak buat/beli cat tree panjat rambutan tree tu sudeyhhh



si MIN ni aku tengok matanya je yang makin beso badannya camtu jugak. hari tu kan MIN kecacingan... takpe lah pasni naik la badan Min agaknya, makan memang semangat budak nih menyusu pon kuat. Ubat cacing akan diberi secara berkala agar perkara yang sama tidak berulang.



MON pulak alhamdulillah tak banyak masalah...sekali sekala tu ada jugak demam atau tak selera makan tapi tak lama sehari dua dah elok. Mon ni ada potensi mengikut jejak langkah si PUTEH, ciri-ciri slow learner tu memang dah ada lah. apa-apa mesti Min yang pandai dulu kemudian baru si Mon mengikut. Selalu sangat terjatuh, terkucil atau terhantuk sama macam Teteh sebab matanya kot. Mata si Mon ni macam juling sikit pastu tak boleh silau. Kalau keluar rumah siang hari Mon akan kecikkan matanya sebab tak tahan silau cahaya yang terang sebijik lah macam Teteh. Tengok jelah gambar-gambar yang kat atas ni mata Mon sentiasa stim, mata Min tak payah ditengok bolat sentiasa...


Dua gambar kat bawah ni diambil ketika senja bila matahari terbenam dan bulan pulak nak timbul, pada ketika itulah baru Mon boleh besarkan matanya...






p/s: semoga MON dan MIN sentiasa diberi kesihatan yang baik, membesar dengan sempurna di atas keizinan-Nya, amin...

suka?

14comments: