Thursday, January 27, 2011

Wahai Hati, Sabar Lah.....

Share
al-kisahnya tadi kan kena migrain, sakit kepala kat belah kiri. dah tu mata asik dok mengenyit je menahan sakit. dalam pukul sepuluh lepas menyiapkan apa-apa yang patut terus keluar beli ubat kat farmasi, biasa beli Ponstan tapi kali ni amoi kat farmasi tu dok promote pil baru ntah mende namanya kecik je macam ubat selsema tapi kaler kuning "satu biji satu linggit duaploh sen saja" kata amoi tuh. boleh lah moi tak kisah lah janji boleh hilang migrain nih...


lepas beli ubat terus balik rumah, telan ubat terus masuk bilik nak tidur. migrain ni kalau dapat makan ubat pastu dapat tidur insya'Allah cepat la sikit hilangnya. baru masuk bilik nak baring dengar si Momon menjerit dari luar pastu dok cakar-cakar pintu nak masuk. aduhaii Mon...bukan tanak kasik masuk karang kalau masuk bukan setakat migrain silap-silap boleh meroyan dibuatnya. budak tu bukannya reti nak duduk diam. abaikan dulu lah budak tuu.. tutup kepala dengan bantal terus tidur Zzzzz.....


sedar sedar tengok jam dah pukul 1.10 tapi kepala masih sakit uwaaaa....menci taww napa tak hilang lagi....kat ofis tengah banyak keja pulak kalau takde keje harus dah amik MC. haihh...bangun lah mandi basuh kepala lelama kot kot la lega kan. baru je bukak pintu sekali....astagfirullah-al-azimm......ni siapa punya keje nihhhh???


tengok! kertas surat khabar dah bersepah
bukan sikit ni je taw....


ini...

ini...

ini....

dan ini

dan budak inilah yang punya angkara, mesti mereka 3 beranak ni berkerjasama bersama, memang tak syak lagi!


eeeee menci taww!! kot yer pon nak balas dendam tunggulah orang sihat dulu uwaaaa.....rasa macam nak nanges guling-guling jek! orang dah la tengah sakit kepala ni wuwuwu.....


nak tak nak kena la kemas jugak kang kalau tak kemas mak pulak yang kemas, hari ni kan hari khamis mak macam biasa puasa sunat senin khamis tu kesian la kat dia nanti kan. jadinya kutip la sume-sume, sapu sapu sambil bebel-bebel....


sibuk orang nak mengemas sibuk jugak lah dia nak tolong kemas, sabo jelah...


time orang nak menyapu time tu jugak lah dia nak menyusu, sabo sabo...



p/s: tak payah susah susah nak masuk class anger management ke hape jaga bebudak jebon ni je dah cukup, tengok ko boleh sabo tak dengan perangai dorang nih grrrrrrr..........

suka?

21comments: