Saturday, February 5, 2011

Hidup Hidup Kena Tipu!!

Share
Hello!!
wassup wassup!
apa di atas..apa di atas!


Ok tadi kan mandikan bebudak jebon, termasuk Si Mata Beso ngan Si Perot Boncit semuanya sepuloh hekor yer. Pengsan bangun balik pengsan lagi macam iklan Celcom. Bayangkan...(ok tak payah bayangkan, nmpk sgt menipu )


Yang last sekali Citam sebab tak jumpa carik. Puas dok mencarik kat dalam rumah, luar rumah, kat garaj kereta, dalam stor semua takdek. Musykil betol mana dia sembunyi??  Pasukan gerakan mencari merata sambil menjerit namanya CITAM.....CITAMM OoOoo CITAMMMMM!!


Penat menjerit duduk minum air sambil berborak dengan mak, pelik benor kat mana si Citam ni sembunyi sampai kitaorang tak jumpa carik. Cerita dengan mak dulu dia sembunyi kat dalam rice cooker pastu mak kata " entah entah dia kat dlm rice cooker.. " aku cakap " dah tengok...takde "


Tengah berborak-borak tu sekali mak beristifar panjang ASTAGFIRULLAH AL-AZIM..... itu apa?? sambil jarinya menunjuk ke hujung meja.....









CITAMM!!


molek je Citam baring kat atas meja. memang tak perasan langsung! dah la dia hitam pastu diam tak bergerak dah macam prop kat atas meja tuh. memang mati balik hidup tak perasan dia ada kat situ. pandai betul berlakon! hidup hidup kita ditipunya hampehkelapa!!



p/s: kalau ular dah kena patuk heheeee.........

suka?

14comments: