Sunday, February 20, 2011

Kita Bukan Sekadar Tuan Mereka TETAPI Kita Adalah Segalanya Bagi Mereka.

Assalammualaikum w.b.t


Hello animal lovers!
Hello cat lovers! and Hello readers!!







Ini kucing saya Momel. Walaupon Momel dah hilang dari jagaan saya lebih kurang empat bulan yang lalu kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan saya. Semasa saya melihat kembali gambar-gambar dan video Momel yang masih dalam simpanan saya, tiba-tiba saya teringat saat-saat ketika Momel sakit tidak boleh kencing. Ketika itu mak mencadangkan supaya saya memberi Momel minum air rebusan barli untuk melawaskan kencingnya. Alhamdulillah setelah dua tiga kali diberi minum air rebusan barli, Momel terus boleh kencing. Lega rasa hati, bersyukur tak terhingga.







Keadaan ini juga pernah berlaku pada Puteh, pada ketika itu saya masih kurang pengetahuan dan kurang pengalaman dengan situasi begitu. Sehari semalam juga Puteh sakit, kemuncaknya saya menghubungi vet dan meminta jasa baik beliau untuk membuka klinik pada hari Ahad kerana tak sanggup nak melihat keadaan Teteh pada ketika itu. Vet memberitahu pundi kencing Teteh dah keras kerana penuh dgn air kencing mujur masih belum terlambat untuk mendapatkan rawatan, tiub dimasukkan untuk mengeluarkan air kencingnya.




Ini bukan isu yang baru sebenarnya, situasi ini selalu terjadi terutamanya kepada kucing jantan. Antara faktornya adalah makanan yang kita beri pada kucing kita. Dry food atau biscuits adalah menjadi pilihan kebanyakkan pemilik kucing kerana ia lebih mudah disediakan. Tetapi Dry food yang manakah yang menjadi pilihan kita? Commercial food kah? atau Premium food kah?




Commercial food adalah makanan haiwan yang selalu diiklankan di TV dan mudah ditemui di pasar raya. Tetapi Premium food hanya ada dijual di Pet Shop atau Klinik Haiwan dan tidak pula diiklankan di kaca TV.




Dari segi harga Commercial food sememangnya lebih murah tetapi dari segi nutrisi, Premium food adalah jauh lebih baik kerana ia dibuat dari bahan-bahan asli dan selalunya tanpa pengawet. Commercial food dibuat dari by-products seperti hati, limpa, perut, darah, tulang atau dalam erti kata lain sisa-sisa yang tidak digunakan. Oleh itu, pengawet diperlukan supaya tahan lebih lama dan pengawet yang selalu digunakan adalah GARAM.




Untuk kesihatan si comel, Commercial food adalah sangat TIDAK BAIK disebabkan kandungan garam yang tinggi dan ia boleh mengakibatkan kucing mendapat batu karang, kencing tak lawas dan kencing berdarah. Premium food amnya tiada kesan sampingan malah ia lebih ekonomikal jika kita menggunakan litter sand untuk kucing kerana hanya 15% makanan dikumuh menjadi bahan buangan sedangkan bagi Commercial food adalah sebanyak 40%. Makanya Premium food boleh menjimatkan penggunaan pasir dan... yang paling penting poop mereka juga menjadi kurang berbau.




Penyakit seperti batu karang, kencing tak lawas atau kencing berdarah jika dibiarkan berlarutan selama lebih 3 hari boleh membahayakan nyawa kucing anda. Dan kos rawatannya juga adalah tinggi iaitu dari RM500 dan boleh mencecah sehingga RM1000.




Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat? Oleh itu berilah si comel anda yang terbaik. Dan pastikan bekalan air bersih untuk si comel anda sentiasa disediakan.




Sedikit tips supaya si comel anda kerap minum air adalah dengan meletakkan bekas air di dua tiga tempat supaya kemana mereka pergi mereka dapat melihat bekas air tersebut dan ini akan mendorong mereka kerap minum air.




p/s: jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda kencing tak lawas boleh cuba memberi air rebusan barli tetapi jika tiada sebarang perubahan positif segeralah bawa mereka ke VET untuk mendapatkan rawatan jangan biarkan keadaan ini berlarutan kerana ia boleh membahayakan nyawa si comel anda!

18 comments:

DearCats said...

Betol tu MM. DC sbagai pemilik kpd 28 ekor kucing tau hakikat bahayanya dgn commercial food brand ni. Yg pelik tu tak de pulak iklan premiun food di TV atau media massa. Ini lah salah satu sebab kenapa ramai cat owners memilih commercial food!

marina anakcikbob said...

sungguh berinformasi..
br aku tau..
seb bek kucen aku ari2 makan nasik..
spesel occasion je makan sedap2..
wakkaka..

Juz Call Me Sharz said...

lebih baik beli mknn yg elok walaupun mahal dari kene hantar ke klinik kos memang sah2 mahal...kucing tak sakit kite pon tak susah hati bile dorg sakit...

Anonymous said...

cewaah,gaya penulisan dah macam vet dah pun.. hehe

Ms J said...

Bila Julian tak sihat je, kite bagi dia minum air kelapa. Kalau dia takmo minum paksa jugak, suap dgn straw. :)

aby said...

salam mm,
setuju sangat dgn tulisan kt atas,
kucing2 kami, bagi makan Royal Canin,
10kg packing tk cukup sebulan.
namun ada masa bg IAMS, sbb klu menang top 3 di cat show akan dapat makanan, IAMS. banyak juga dpt makanan free tu, tp cat prefer makan RC lagi. klu ada RC dan IAMS, depa serbu RC lg.
psl kos perubatan, stuju juga.
kt entri aby yg mula ada crita psl kitten yg mati sbb FIP.
kos rawatan sbb masuk darah pun rm 700,
n klu termasuk kos rawatan asal dan susulan,
lbh rm 1000 ..

n eventually.. the kitten dies too ...

kene terima juga la ....

meowwmania said...

DearCats,
kann...sepatutnya Premium food pon diiklankan

marina anakcikbob,
kadang kucing makan nasi pon boleh kena kalau kucing kita jenis yg susah nak minum, jd kena sediakan bekalan air bersih sentiasa ;)

Just call me Sharz,
yup! mencegah lebih baik dr merawat =]

anonymous,
hehe...thanks to pakcik google

byk informasi-informasi macam ni kat tenet kalau rajin surf ;)

Ms J,
kita pon selalu bg air kelapa tp rasanya air kelapa sesuai utk demam atau keracunan yg tak serius, air rebusan barli pula sgt sesuai utk melawaskan kencing ;)

aby,
waaa...bestnya dapat makanan free :D

betul tu..kos rawatan utk kucing sgt mahal, klau kucing kita selamat puas hati la tapi kalau sebaliknya mesti rasa menyesal kan :(

Kelly Chantek said...

Momel memang comel.

saya kasik meow makan premium food bila keadaan kewangan mengizinkan. Dah jarang dah bagi diekor makan friskies dan sewaktu dengannya...

catz_lover said...

btl tu.... kita ni bkn jelah tuan dia semata-mata... kucing ni punya perasaan jg.. so jgn lah kita baikan meka... kalau kita makan.. make sure meka pun mkn sama... sedih kan tgk kalau meka ni takde tuan... :(

VIVIAN said...

cantek la bulu die..hensem+ayu..hehe

Rosmawati Yusof said...

Air tangan ibu paling sedap....
Berikan yg terbaik utk mereka.

Chika said...

Betul tu mm... pastikan bekas miuman dorang banyak dlm rumah tu. Chika still bagi smartheart tp bukan utk semua. BW pun bagi. yang penting dorang ni nak wetfood 2 kali sehari. vet pun pesan suruh tambah air sikit dlm food sbb takut dorang ngelat (tak minum air)terutamanya bagi yang berpenyakit ni.

e.t.t.y said...

cmne nk tau dia kencing tak lawas?

meowwmania said...

Kelly Chantek,
betul tu..jenama2 komersial sbnrnya tak mementingkan kualiti, mentang lah cuma makanan kucing kan..

catz_lover,
mmg sedih...sbb tu pentingnya haiwan peliharaan ni di-neuter-kan spya kita dpt mengawal pembiakan mereka ;)

VIVIAN,
handsome ke ayu? huhuu

Rosmawati Yusof,
betul tu kak...kalau rajin kita buat sendiri makanan utk mereka lg bagus :)

Chika,
sama la kita chika, slalu gak letak air dlm makanan dorang sbb bimbang dorang kurang minum air

e.t.t.y,
antara tanda2 kencing tak lawas, kcg nampak susah nak kencing, pastu air kencing yg keluar dlm kuantiti yg sedikit atau ada darah ;)

arnye said...

commercial food mcm wiskis n friekis tu ka??then yg prium food pla mcm mna??contohnya....

meowwmania said...

arnye,
iyer..wiskes dan fiskis tu contoh commercial food

premium food biasanya dijual di klinik haiwan atau petshop contohnya Blackwood, Royal Canin, Iams dan mcm2 lagi ;)

Nur Liyana said...

Salam..ada dengar info tak yang RC (Royal Canin)ada lemak B.A.B.I?

Boss said...

Kucing I tenat, I rse dh nak trlmbt dh, cbb kucing I dh muntah2, bau plak tu, kt alat dia (jantan), kelua smcm pasir-pasir. Cbb, die dh 2-3 hri xdpt kencing. :C I xtaw nk buat aper dh. :C Sblm tu, bila I cek bhgian abdomen dia, dkt2 pundi kencing die, terasa spti belon keras. I did my own diagnostic based from info internet petmd.com. and http://www.earthclinic.com/Pets/cystitis.html dan http://animals.howstuffworks.com/pets/how-to-treat-common-cat-diseases5.htm. Resultnye btol2 sme dgn kes kucing I. Nden 2 hari sblm tu, kucing I slalu jilat die punye alat and bila ajer nk kencing, xleh. :C Kesian tol I tgk. I keep about 12 cats at home, 6 dewasa dn selebihnye kitten lgi. We keep them in the cage, always clean and water prepared everyday. My family xmampu ler nak bawa ke vet, lgipun jauh. I cari remedy kt internet, they said about apple cider vinegar, for my case here. http://www.ehow.com/way_5523673_home-remedy-feline-uti.html (I xtaw mane nak cri bnde tue, nden dh ler in English, I xtaw nme tmpatn die) I think I totally agreed with the commercial food. My parents give those cause they said it's cheap. :C Well, I did told them about the side fx, but they just ignored me. :C I dh fed-up dh. Nden stu lgi I x suka sal parent I tu, diorang langsung xbgi can ntuk kucing2 tu keluar dri sngkar, I kate la kt parent I about the cat can stress too, but they just took it lightly and laugh about that! I kate lar, buat per bele kucing cantik2 kalau dikurung jer? (My pet persian and ade yg breed kacukan ntah xtaw namenye) My uncle gave the bunting cat to us before, and now, sume2 cat I yg bela skrg, keturunan persian la kiranye. (ade gak yg kitten tu, ntah, xserupe persian pon, xtw mne mama die dpt) SInce kucing tue bnyk sngt, I told my parent to give them to people who love cats (and time raye aritu, I buat survey ler, rumah2 sanak saudara, shabat handai yg ader bela kucing, tgk plakuan meke dgn kucing and keadaan kucing meke bele tue.) But then, my parent insist on keeping those many cat! Well, I said, not all of them, just 2 or 3 cats at home is okay but 12---nden my parent busy too. I got school to attend. :C I think I better kill all of my cats rather then let them suffering inside the cage. I x snggup. xtaw ler nak buat pe lagi. I hope my parent, somehow, someday will open up their hearts.
(Mase I tgh taip ni, I'm hopeless, seeing my kucing dying, I bgi air, die xnak minum, and I think he will bye-bye somehow later..) :"C