Tuesday, February 1, 2011

Rumah Dilanda Banjir. Redha Dengan Ujian Allah Semoga Ada Hikmah Di Sebaliknya.

Share
Ahad
30 Januari 2011
6.00 petang

Hujan turun tak berhenti dari pagi tadi. Ada di antara rumah-rumah jiran di kawasan yang rendah sudah mula dinaiki air, ada yang dah mula berpindah. Nampaknya harapan cerah rumah kami juga akan dilanda banjir, resah di hati hanya tuhan yang tahu.


7.00 malam

Hujan masih turun dengan lebat, air di parit belakang rumah semakin melimpah keluar. Memang yakin dan pasti rumah kami akan dinaiki air. Sudah mula mengangkat barang-barang ke rumah atas. Atas pon takde la atas sangat cuma 3 anak tangga saja namun itu yang ada, kalau air naik juga sampai ke rumah atas tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Pasrah.

Sedang meninjau-ninjau parit di belakang rumah, adik kata ada anak kucing kat tepi jalan sana mengiau-ngiau seorang diri terus adik ambil dan bawa masuk ke rumah. Kecil lagi malah lebih kecil dari si MON dan MIN, badannya basah kuyup dan mengigil kesejukkan.


video


Terus balut dengan tuala dan beri makan, bersungguh dia makan. Entah dah berapa lama dia di jalan sana. Kasihan. Lepas makan keringkan bulunya dengan hair dryer, langsung tak meronta mungkin enak rasanya kena angin panas di saat kesejukkan.


8.00 malam

Air sudah mula masuk tanpa diundang bermula dari dapur. Budak-budak jebon semuanya mula bertenggek di tempat tinggi sambil kembang-kembang bulu. Ada juga yang berjalan rendah macam askar mengendap musuh. Pelik benor suasana di rumah kali ini agaknya. Heran.

Pernah dulu masa banjir besar tahun 2005, pertama kali rumah kami terlibat sama. Tapi pada ketika itu cuma ada Bulat seorang saja. Jadi ini pengalaman pertama buat anak-anak bulus yang lain. Jakon.


Keadaan rumah bawah yang telah dinaiki air.



10.00 malam

Air telah memenuhi segenap ruang di rumah bawah dengan jayanya. Paras air berada betul-betul di bawah lutut. Lagi sejari kelingking saja air nak mencecah ke rumah atas. Dalam hati tak henti-henti berdoa semoga hujan berhenti agar air surut sebelum melimpah ke rumah atas.


Air naik sampai kat tempat yang MON pijak.


Hanya doa yang menjadi senjata melawan keresahan di hati. Pesan juga pada si comel semua, doakan hujan berhenti yer...ke mana mummy nak bawa kamu semua jika keseluruhan rumah kita ditenggelami air nanti.


Air mula masuk melalui rumah depan.

lagi sejari kelingking air nak masuk ke rumah atas.

keadaan beranda dan laman rumah dah macam kolam


11.30 malam

Abah menghantar mak dan adik ke pusat pemindahan banjir. Hanya aku dan anak-anak bulus di rumah. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan bebudak jebon semua. Tak kan nak dibawa pindah sama, marah orang nanti. Kita faham-faham saja lah jadi nekad untuk tinggal bersama anak-anak bulus di rumah. Mulut sentiasa berzikir dan memanjatkan doa kepada-Nya semoga saja air tak naik sampai ke rumah atas. Buntu memikirkan ke mana nak dihangkot anak-anak bulus yang semuanya berjumlah 8 hekor ituh. Aduhai..


2.20 pagi

itulah waktunya sebelum kali terakhir aku melelapkan mata tertidur mengadap tangga sambil berharap air tak naik ke rumah atas.


5.00 pagi

Terjaga dari tidur. Takut nak bukak mata suspennn adakah air yang akan ku lihat? jeng jeng jengggg...... AIR DAH SURUT!!! Syukur Alhamdulillah...segala puji hanya bagi Allah. Terima kasih ya Allah, Kau telah memakbulkan doa ku.


ISNIN
31 JANUARI 2011

Bermulalah operasi mencuci, membasuh dan mengemas rumah. Siapa yang pernah dilanda bencana banjir pasti dapat membayangkan bagaimana huru haranya keadaan rumah dan macamana penatnya nak mengembalikan keadaan rumah seperti sediakala. PENGSAN!



p/s: terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mendoakan, juga kepada yang menelefon bertanya khabar, saya amat menghargainya.

suka?

18comments: