Thursday, February 3, 2011

SI MATA BESO Dan SI PEROT BUNCIT.

Share
Assalammualaikum...


Alhamdulillah semuanya dah selesai, keadaan dah pulih seperti sediakala. Penat jangan cakap lah sampai demam-demam urat di buatnya. Tapi syukurlah tidak 100% rumah kami dinaiki air. Ada di antara jiran yang rumah mereka dinaiki air hingga ke paras tingkap, tumpang simpati.


Oh! ada yang bertanya tentang si kecik yang muncul semasa kejadian banjir tempoh hari. Si kecik tu masih ada di rumah saya tak pasti sama ada dia terpisah dari ibunya atau kucing bertuan. Selagi tiada yang tuntut insya'Allah saya akan menjaganya.


Dan untuk pengetahuan semua, selang dua hari si kecik tu muncul saya ada membawa pulang seekor lagi anak kucing. Anak kucing yang saya temui di pasar, nampak anak kucing tu berlari ke sana ke mari mengelak orang ramai yang lalu lalang. Lama saya perhatikan kalau-kalau ada adik-beradik yang lain atau ibunya tapi nampaknya anak kucing itu keseorangan jadi saya ambil kerana tak sampai hati melihatnya. Masih terlalu kecil. Keadaannya kotor, berperut buncit dan matanya sepet penuh dengan tahi mata kerana sakit.




Dan sekarang mereka berdua berada di rumah saya. Kalau ikutkan memang tak mahu dah tambah bilangan kucing tapi tak sanggup rasanya nak abaikan bila dah ada di depan mata. Selagi mampu saya akan jaga mereka, rezeki yang Allah beri saya kongsikan bersama mereka. Semoga saya dapat memberi yang terbaik supaya mereka mendapat kehidupan yang berhak mereka dapatkan di bumi tuhan yang dikongsi bersama ini, Insya'Allah mudah-mudahan...


Ini Si Mata Beso

Ini pula Si Perot Buncit

Si Mata Beso ni jantan

dan Si Perot Buncit pula betina

boleh pulak hitam kat sebelah mata....macam lanun daa...


nampak macam gemok tapi sebenarnya kurus sangat, harap bulu kembang dan perot je buncit tu tapi bila pegang rasa tulang. kesian sangat...


lepas letak ubat mata tiga kali terus baik, alhamdulillah....


budak mata beso ni takde masalah sangat tapi dorang berdua ni memang pandai bawak diri lah...sekali je ajar poo pee kat dalam litter box terus je mengikut. tunjuk je kat mana nak tidur, kat mana tempat makan, kat mana tempat minum terus faham, pandai nyerrrr



masa mula-mula si perot buncit datang si mata beso ni tak suka, asik hissing hissing jer pastu sesedap rasa je dia nak cepuk budak kecik tu mentanglah dia lagi beso. eksen betol! padahal dia pon baru jer datang..cehh!

Cakap lar kat si mata beso; kamu jangan la eksen-eksen kalau kamu tak kawan dengan si perot buncit tu kamu nak kawan dgn siapa? nak kawan dgn makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak dan abang-abang yang kat rumah tuu... memang jangan harap lah. dorang tu kan tuan rumah jadi haruslah sombong-sombong belaka. baik kamu kawan dgn si perot buncit tu dari takde kawan.

Elok je cakap camtu kat beliau terus molek je berkawan. he'ehh....macam pahammmmm aje kann, paham la agaknya kot hehe... Tapi sesekali si perot buncit tu terjerit-jerit jugak dibuli si mata beso tapi takde lah serius sangat biasalah gaduh-gaduh manja nak tunjuk siapa bossss...iyooolahh


haaa tengok! dah boleh tidur sesama hehe...
shoooo shuwitttt!!


oleh kerana perot mereka buncit dan berpotensi menjadi penternak cacing yang berjaya maka telah saya beri ubat cacing kepada kedua-duanya dengan harapan mereka menjadi penternak cacing yang TIDAK berjaya pula. Jadi selamat berjaya lah yerr........


 ubat cacing?? yuckkk!! tak sedapppppp


hek elee...caya tak kecah pon, daun pahit ni pon caya boleh mamam, nyum nyum...



p/s: tak suka pegi pasar, tak sanggup nak tengok stray cat yang banyak tuh, especially kitten...


suka?

10comments: