Saturday, March 26, 2011

ROMEO & JULIET Dah Tiada. Maafkan Saya.

Share
Assalammualaikum


Pertamanya saya nak minta maaf dahulu. Untuk pengetahuan semua Romeo & Juliet telah tiada. Maafkan saya kawan-kawan.. if I could turn back time, I would definately do things differently. Saya tentu akan lebih berhati-hati.



Jumaat
25 Mac 2011


Semasa saya pulang lunch hour tu macam biasa saya terus ke dapur untuk menyediakan makanan (wet food campur dry food) untuk anak-anak bulus. Ketika itu lah saya perasan Romeo & Juliet tiada, puas saya panggil panggil nama mereka. Pelik sebab Romeo & Juliet tidak pernah pergi jauh dari rumah kerana mereka masih kecil. Litter box mereka pon berada dalam kawasan rumah. Tak cukup keliling rumah sampai ke rumah jiran-jiran saya mencari tetapi hampa. Saya masuk semula ke pejabat dengan harapan apabila pulang ke rumah petang nanti mereka dah kembali semula.



Namun harapan saya hampa apabila kelibat mereka tetap tiada. Hati saya kuat mengatakan Romeo & Juliet diambil orang. Berkemungkinan besar budak-budak. Adalah mustahil jika mereka pergi sendiri sebab mereka masih kecil dan masih takut-takut dengan persekitaran luar rumah.



Sebenarnya pagi itu keadaan agak kelam kabut, macam lipas kudung saya membuat kerja untuk mengemas dan menyiapkan anak-anak bulus sebelum ke tempat kerja kerana saya terpaksa sampai awal di pejabat pada pagi tu. Selepas siap menukar pasir, menukar air minuman dan memberi makan anak-anak bulus saya terus bergegas ke pejabat.



Dalam kelam kabut tu saya terlupa nak menutup tingkap dapur. Romeo & Juliet pandai keluar masuk dari tingkap tu ke tempat menyidai pakaian namun pintunya bergrill dan berkunci. Mungkin ketika Romeo & Juliet bermain di situ lah 'bebudak' tu mengambil mereka. Mak pula tiada di rumah pada waktu tu jadi mudahlah 'bebudak' tu nak buat kerja.



Bila mak pulang saya terus beritahu mak. Saya menyesal sebab tak dapat menjaga mereka dengan baik, saya menyesal sebab tak dapat nak melindungi mereka dan saya menyesal sebab tidak lebih berhati-hati, saya menyesal, menyesal dan menyesal! Namun kata-kata mak membuatkan saya tersedar...



Allah kan ada. Dia bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kejadian telah ditentukan oleh-Nya dan setiap kejadian itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Selagi kita hidup selagi itu akan ada ujian. Ujian itu berbeza-beza untuk setiap manusia, jika kita rasa ujian kita terlalu perit untuk kita terima ingatlah bahawa ada insan lain yang lebih berat ujiannya. Terimalah dengan hati yang terbuka dan hendaklah kita sentiasa bersangka baik pada-Nya.



..bergitulah lebih kurang kata-kata mak pada saya. Astagfirullah al-azim...saya tersedar tetapi bukan niat saya nak menolak ketentuan-Nya, saya lebih menyalahkan diri kerana kelalaian saya dan sesungguhnya pada ketika itu saya masih terlalu sedih. Namun saya tahu mak berkata bergitu untuk mengembalikan semangat saya, enggan melihat saya terus bersedih. Terima kasih mak, terima kasih kerana mak selalu ada untuk saya.



OMEO dan YULI, doa mummy selalu bersama kamu sayang...


Doa mummy juga sentiasa ada buat MOMEL, 
mummy tak pernah lupa...



engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan
hati ini...



p/s: terima kasih sayang...terima kasih kerana telah menghiburkan hati ini...

suka?

25comments: