Wednesday, March 2, 2011

Dasar Anak Manja

Share
ehem ehemm...


hamboih hamboih korangggg kemain lagi mengata header baru aku yer...ada pulak yang kata macam iklan ubat kurus kemain... eh! maknanya saya dah kurus ker?? muehehe... Dan ramai jugak yang tanya tak marah ke bebudak jebon sebab gambar dorang takde. Jadi buat pengetahuan korang semua bebudak jebon kata... "ada kitaorg kesah!"  muahahahaha.... *gelak jahat*



takde lah... seperti yang saya kata sebelum ni, memang niat nak letak gambar sepuluh-sepuluh hekor bebudak tu . dah cuba buat tapi tak cantik sebab nampak terlalu crowded takde idea nak susun macamana nak bagi cantik tapi nantilah untuk tidak menghampakan harapan peminat-peminat jebon saya akan berusaha lagi. Bukankah usaha itu tangga kejayaan *wink*



Oh! sebenarnya nak ceritakan pasal si Merah. Pada entri yang lepas saya ada bercerita tentang kaki si Merah yang sakit. Ingatkan terseliuh sebab melompat tapi rupa-rupanya luka sebab bergaduh. Hari tu cek cek tak jumpa kesan lukanya yelah budak gemok ni bukan boleh nak dibelek lelama kakinya yang sakit tu, baru pegang sikit dah menderam jer. Kalo dah menderam tu cecepat lah jauhkan diri toksah gatal nak duduk menyerah diri kang sat lagi kena cakaran maut si Merah satu sen tak guna. Macam kesan parut kat mato kiri den nih, si Merah la yang punya angkara. elok-elok lahir sempurna dah dapat cacat kekal sabo jelah...


dah macam kambing golek dah kamu tidur macam tu Merah...


si Merah ni pantang kena gigit atau kena cakar mesti akan bengkak dan bernanah, tapi lar ni nanahnya dah pecah dah kurang sikit lah sakitnya tu..


see...nanah dah takde tinggal kesan luka jer


dah boleh manjat atas kereta dah tapi bab makan still nak kena hantar kat depan mata...



p/s: dasar anak manja huhh!

suka?

20comments: