Sunday, March 6, 2011

FILM REVIEW : I Am Number Four

Share


SINOPSIS:

Sebuah action-packed thriller filem mengisahkan tentang seorang pemuda, John Smith yang memiliki kuasa luar biasa kerana sebenarnya John adalah makhluk asing yang terpaksa bersembunyi di bumi kerana melarikan diri daripada musuh kejam yang dihantar untuk memusnahkannya. Menjadi pelarian, sentiasa bertukar identiti dan terpaksa berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain demi untuk menyelamatkan diri. Tiga daripadanya telah mati dan beliau adalah yang ke-empat.


Terkini John berpindah ke pekan kecil, Ohio dan tidak disangka hidupnya berubah sama sekali apabila bertemu cinta dengan seorang gadis di sana. Enggan terus menjadi pelarian John berkeras ingin menetap di situ dan kemuncaknya musuh telah dapat menghidu lokasi di mana John berada dan telah berlaku pertempuran sehingga mengorbankan penjaganya, Henri. Mampukah John bertahan? Sila saksikan di pawagam-pawagam berhampiran anda muehehe...




kira macam kisah percintaan antara alien dengan manusia lar...
eh! lebih kurang macam citer Twilight lah, bezanya Twilight tu manusia bercinta dgn vampire


Hero dan heroinnya...
Alex Pettyfer & Dianna Agron


cute couple! dalam filem ni si Dianna ni
banyak pakai serkup kepala


comel je si Dianna Agron ni pakai serkup,
tetiba rasa macam nak pakai serkup jugak 
tapi yang pastinya idak lah comel...comot hadee



haaa...yang pompuan kat belakang tu pon alien jugak, pompuan tu pon ada super power bolah hilang-hilang pastu fireproof! kalis api gitew...pompuan ni nombor berapa tak ingat, rasa macam nombor 6. itu pon kalau tak silap lah kenkadang hilang fokus jugak bila tengok wayang nih.. bila nak cerita balik dah lupa huhuu...



I am Number Four Official Trailer


best best! *thumbs up*



hai John! I am Number 10. 
saya pon ada super power jugak...
power menelan makanan dgn lahapnya ahaks~



p/s: boleh tahan la jalan ceritanya selalunya memang tak layan citer citer alien nih, tapi I-am-Number-Four nih best lah sebab takde bab-bab mengarut yang keterlaluan oh! dan dan...ada anjing cute plus bijak plus gagah berani yer  ;)

suka?

9comments: