Friday, March 18, 2011

MOMON Kemalangan.

Share
Jumaat
18 Mac 2011


Satu peristiwa yang berlaku hari ini yang cukup membuatkan saya berfikir, akan waraskah saya apabila mereka yang selalu berada di depan mata tiba-tiba telah tiada. Akan kuatkah saya dalam menghadapi situasi itu? Redha kah saya dengan ketentuan-Nya. Astagfirullah...ampuni aku Ya Allah, tabahkan lah hati ku dalam menghadapi dugaan Mu.



Pagi tadi semasa di pejabat, saya mendapat panggilan dari ibu dengan suara cemasnya menyebut nama MON. "kak..Momon kak.. Momon kena langgar...cepat balik!" Berderau darah saya mendengar kata-kata ibu, terus capai kunci kereta laju saya memandu pulang ke rumah. Perjalanan yang paling panjang saya rasakan padahal hanya 10 minit perjalanan dari pejabat ke rumah. Bermacam-macam andaian dalam kepala saya tentang keadaan MON. Dalam hati pula tak putus-putus berdoa semoga keadaan MON tidak parah. Fikiran jahat saya dah mula membayangkan keadaan yang bukan bukan dan tiba-tiba air mata mengalir laju.


Sampai di rumah saya lihat merah mata ibu, dada saya semakin sebak, mata melilau-lilau mencari kelibat MON. Kemudian saya nampak MON bersembunyi di bawah meja dengan lantai merah terpalit dengan darah. Berhati-hati saya mendapatkan MON dan memasukkannya ke dalam carrier untuk di bawah ke klinik. Saya pandang jam di tangan dan pada waktu itu baru jam 9 lebih. Klinik belum dibuka! Saya tak mahu membawa MON ke klinik kerajaan, malas nak bercerita lebih lanjut. Alasannya saya hampa dengan rawatan di sana, sangat hampa!


Akhirnya saya terpaksa membuka pintu carrier untuk membenarkan MON keluar. MON tak mahu duduk diam dalam carrier dia berkeras nak keluar, bimbang kakinya semakin sakit saya biarkan dia keluar. Seperti tahu ada sesuatu yang berlaku pada MON si comel yang lain datang berkerumun sambil memerhatikan MON. Tapi MON marah pada sesiapa yang cuba mendekatinya cuma MIN seorang yang dibiarkan berada dekat dengannya. MIN setia berada di samping MON sambil membantu membersihkan kesan luka pada kaki MON.






Walaupon sedih dengan keadaan yang berlaku tetapi saya bersyukur kerana menurut kata Vet kaki MON tak patah cuma cedera pada kedua belah kakinya. Berbekalkan ubat makan dan ubat sapu insya'Allah dengan izin Allah, luka MON boleh sembuh.



p/s: terima kasih Ya Allah terima kasih kerana Kau telah memakbulkan doaku..

suka?

28comments: