Wednesday, March 16, 2011

MON & MIN Dah Genap 6 Bulan!! jeng..jeng..jenggg

Share
Assalammualaikum...


Hello animal lovers!
Hello cat lovers!
Hello readers!



Apa khabar semua? Harap-harap semuanya sihat sihat belaka. Bagi diri saya di kala ini yang sedang berjauhan dengan anak-anak bulus disebabkan outstation adalah sangat merindu dendam dengan mereka. Rindu nak peluk cium mereka, rindu dengan kerenah mereka, rindu nak menyediakan makanan mereka, rindu nak buang poop mereka eh! *terima kasih mak heheee....



Ok sebenarnya nak cakap pasal si MON ngan MIN, mereka kan dah cukup enam bulan hari Sabtu hari tu jadi memang cadangnya nak sunatkan mereka. Tapi dah minggu ni kena kerja outstation maka terpaksa lah ditunda pada minggu hadapan. Insya'Allah itulah rancangannya.



Si MON ngan MIN kalau dilihat dari umur tu memang dah cukup benor lah umurnya, tapi kalau tengok dari segi fizikal si MIN tu macam tak cukup berat jer...MIN tu kurus sangat lah makan pon memilih. Jadi mungkin nak tanya pendapat Vet dulu. Tapi apa yang membimbangkan sekarang nih, Si MON ngan MIN masih lagi menyusu sampailah di saat dan ketika ini.



Tengok jelah gelagat mereka berdua nih...






macam ni ke gayanya anak bulus nak sunat? 

macam belum cukup matang saja kann...??



p/s: esok nak balik!! yabedabeduuu~~~

suka?

20comments: