Thursday, March 10, 2011

'ROMEO & JULIET' Telah Rasmi Menjadi Jebon meowwmania. Tahniah!

Assalammualaikum..


Hello kepada semua pencinta-pencinta haiwan!
Didoakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat dan gembira.


Seperti biasa saya akan membuat entri santai tentang anak-anak bulus saya. Dan hari ini saya nak bercerita tentang dua hekor anak bulus saya yang kurang kasih sayang dari seekor ibu kucing tetapi mendapat sepenuh perhatian dari seseorang yang cuba menjadi ibu yang terbaik utk mereka ehem ehemm...SAYA lah tu *bangga diri*  OK untuk pengetahuan semua bangga diri adalah sikap yang tak baik yer...please take note!




ROMEO & JULIET atau nama manjanya Omeo dan Yuli seperti yang anda sedia maklum adalah dua ekor kucin yang baru saya adopt beberapa bulan yang lalu. Mereka kini telah rasmi menjadi sebahagian dari keluarga besar meowwmania.



Kalau nak tahu sebenarnya beberapa minggu lalu, ada seorang jiran telah datang ke rumah dan memberitahu kepada ibu saya bahawa Romeo sebenarnya adalah kucing beliau. Romeo sebenarnya dua beradik tetapi yang sekor lagi mungkin hanyut kerana tak sempat diselamatkan ketika banjir tempohari.



Ketika mak menceritakan kembali pada saya, hati saya berdebar-debar bimbang kalau kalau mak suruh saya memulangkan kembali Romeo pada tuannya tapi bila mak bagitahu yang jiran saya tak kisah saya yang menjaganya hati saya kembali berbunga. Tapi dalam masa yang sama saya sedih bila mengenangkan adik beradik Romeo yang sekor lagi tak dapat diselamatkan.



Walaupon dalam jangka waktu yang singkat saya dah jatuh sayang pada Romeo dan Juliet nih. Kalau kat rumah tu mereka berdua lah yang paling aktif bermain, terhibur tengok mereka bermain. Si Mon ngan Min pon dah kurang bermain pastu banyak tidur, dah beso kann...hari Sabtu, 12hb Mac nih dah genap 6 bulan lah memasing.




Walaupon bebudak jebon yang lain dah boleh menerima kenyataan si Romeo ngan Juliet ni menjadi sebahagian dari  keluarga mereka akan tetapi Romeo dan Juliet lebih senang berdua-duaan bersama. Di mana ada Romeo di situ ada Juliet dan begitulah sebaliknya. Kalaulah Romeo terpaksa dipulangkan tentu Juliet akan sedih dan itu lah yang membimbangkan saya, mujurlah perkara itu tidak akan berlaku *senyum...tak perlu kata apa-apa, senyummm....

*****


Oh! yer.. jahitan kat perot BabyMushuk dah selamat ditanggalkan semalam. Bimbang jugak sebab BabyMushuk ni renyah tak reti nak duduk diam tapi alhamdulillah takde pape.


perot yang togel..


badan yang slim... harap-harap lepas ni naik lah berat badan budak busuk nih, risau tgk dia slim river badan memanjang saja..



p/s: Omeo ngan Yuli tak suka minum susu tapi suka minum horlick, tak pe ke ekk...?

17 comments:

Lieya said...

Wawawaaaaa nomelll la sangattttttttt

Cik Awynn said...

welkam Omeo n Yuli.. nanti jgn lupa say Hello kat Abang Teteh. senior tu.. hahahaaha. be good kat dia ok.

Chika said...

Sedih baca citer adik omeo hilang masa banjir. harap2 ada yang jumpa dan selamatkan dia..

Comel dan manja je mereka berdua tu kan? jeles i. kucing pun ada pasangannya.. ekekeke

V said...

macam bulu suki lah..comel sungguh..

takut pulak jiran ambik balik,mesti sedih kan..tapi nasib baik tak.ye kan..kira bersyukur kucing die terselamat..

marina anakcikbob said...

arini comel la pulak tengok mata lanun tu. sebelah itam sebelah putih. hahaha..

aku pon kalo banjir, aku pikir macam mana la binatang2 semua. bukan kucing je, ayam, tikos mondok bawah tanah, stray cat, anjing pe suma.. siyes buntu terus..

Cat-in-Sydney said...

Anak-anak meowwmania dah jadi horlicksmania! ehehee....comel lah. Mama kita geram sbb dah takde kitten kat rumah ni. Semuanya dah tua.... purrr...meow!

gt hans said...

bila laa kita nak slim mcm baby mushuk tu..sob..sob..sob..

anis said...

alalalal, sesuai je nma diorg 2...tdo pon sesma...tkg kisskan diorang utk anis...ngan cik baby mushuk yg slim tu ea...geram nengok...eeiii

Kelly Chantek said...

omeo dan yuli

welcome to meowwmania's family!!!

minum horlick? ayok...tingginye taste.. :) tak tahu la elok ke tak tucin minum horlick.

Rosmawati Yusof said...

geramnyer tengok mata diorang, mulat2 bersinar2, pandai mummy dia jaga....

putribongsu said...

Comelnya mereka :)
Kucing ni sahabat paling baik kan? ^_^

Cik Siti said...

nomeynya omeo & yuli...cikiciki bombom la..hihi

baby musyuk kn jadi wanita sejati la lps ni..namau lasak2 lagi...

m.q said...

dh besar....dh cumel...
heheheh

aby said...

salam mm,
klu ada 2 kitten yg sebaya,
pasti seronok tengok depa tu bermain,
hari2 bergusti,
siap tendang2 kaki lagi ...

Ms J said...

tahniah MM!

mm.. horlicks? jangan bagi selalulah. karang ceret beret pulak.

lupie said...

So Comel!!!

Horlicks????

Milo tak nak? hehehe :)

thefluffies said...

Omeo & Yuli bersih dan cantik!
Baby Musyuk dah bukak jahitan! Yaayyy!! Selamat melangkah ke alam dewasa.. (sbb dah bersunat. hehe)