Friday, March 25, 2011

Serbuk Kopi KLUANG RAIL COFFEE Positif Gelatin Babi

Pgumuman pnting!!
Kputusan analisis sampel mkanan yg tlah d'ambil di Kluang Rail Coffee bsama Jabatan Agama telah ditrima. Didapati kndungan serbok kopi (tmasuk kopi uncang yg djual) mgandungi cmpuran babi yg tlah dkesan positif. Dan juga tdapat kndungan alkohol dlm madu yg digunakn dlm madu yg dgunakn dlm ramuan roti bkar.. Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Klg. Tlg sebrkan mklumat ini.


Ini adalah kandungan SMS yang saya diterima beberapa hari lalu. Selepas baca saya tidak terus percaya kerana sebelum ini ada juga beberapa kes seperti ini tetapi didapati palsu. Oleh kerana itu saya tidak menyebarkan SMS tersebut.


Akan tetapi hari ini setelah didapati berita tersebut sahih dan telah di war-warkan dalam surat khabar, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan berita ini kepada semua pengguna islam khususnya yang berada di Kluang, Johor.


Berikut adalah article mengenai kesahihan berita tersebut yang saya kopipes dari Harian Metro.


JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.


Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.


Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.


“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.


“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.


“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.


“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.


Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.


Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.


“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.


“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.


Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.


Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.


“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.


“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.


“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

source - Metro Harian



p/s: pemilik asal Kluang Rail Coffee adalah seorang mualaf (cina masuk islam) sangat menyedihkan apabila keadaan seperti ini berlaku.

11 comments:

Nur Misnan said...

choiiiiii cik meoww....
my fav kopi hitam meh..
masa mula2 membeli 2 kali tanya
HALAL tak kopi nih..
jawapan standard HALAL puan..

ada 2 peket lg kat umah
sure lepas nih bg kat jiran CHINA sebelah...

thanks dear for sharing here

m.q said...

lebih baik berwaspada....

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Chika said...

Kecoh kat office hari ni sebb keluar muka depan metro. Huhuhu kite tak minum kopi tapi kite tau ramai yg suke kopi kluang. kalau balik sana mesti tapau... nampaknya, kalau tak naik ketapi ke kluang mmg tak singgah lagi la station huhuhuh

Anonymous said...

http://www.hazrey.com/2011/03/pemilik-kluang-railway-coffee-menjawab.html <==== updated info on this issue

nEuR0 shEwAzni said...

hoh ? bia betol ni kak ? adesssss .

marina anakcikbob said...

duduk negara Islam tapi isu tempat makanan masih jadi isu besar.
sedih!

saya said...

macam2 dunia sekarang ni..minum air putih kosong masak sendiri je kat rumah lepas ni...

shameel Iskandar said...

kita umat islam selalu dipermainkan oleg golongan durjana. soal makan minum amat ptg utk dititiberatkan sbb ia menjadi darah daging. Sebab itulh kita kena hati2 dlm meimilih lokasi utk mmebeli produk mkanan.

Kelly Chantek said...

harap2 mm tak pernah minum kopi tuh..

musuh2 Islam tak akan pernah putus asa dalam usaha merosakkan aqidah kita...

nor azila said...

salam..nk tyer, kopi kluang nie yg peket mcmner yer? atau semua kopi kluaran kluang haram????