Thursday, March 3, 2011

Tolong Doakan Baby Mushuk Saya...

Share
Assalammualaikum.




Budak mushuk ni telah membuat air mata saya mengalir deras. Hari Ahad yang lepas Baby Mushuk telah menghilangkan diri sehari suntuk, mula-mula ingatkan dia sembunyik nak mengelakkan diri dari kena mandi tapi sampai ke malam Baby Mushuk tak balik-balik. Saya dah mula rasa tak sedap hati, kemuncaknya malam tu saya menangis sambil mencari budak busuk ni keliling rumah sampai ke rumah jiran-jiran.





Sambil mencari tu sambil terbayang-bayang Baby Mushuk masa pertama kali jumpa, teringat keletah dia masa kecik makin la sedih dahh melalak-lalak keluar air mata, air hingus semua. Memang sedih sangat-sangat sampai terpaksa tidur duduk menyandar malam tu sebab hidung tersumbat akibat menangis tak benti.


Esoknya bangun dengan mata bengkak sambung mencari lagi, cari kat rumah kosong kat belakang nunn... Pangil-pangil nama....takde....hampa....patah balik rumah, elok je sampai kat dapur tiba-tiba Baby Mushuk pon sampai!  Rupanya dia tengah melarikan diri dari kucing jantan. Kucing tu nak mengawan dengan Baby Mushuk mungkin dia terperangkap kat dalam rumah kosong dengan kucing jantan tu pastu tak berani nak lari bila dengar namanya dipanggil baru Baby Mushuk cabut lari. Terus halau kucing jantan tuh then dukung Baby Mushuk bawak masuk rumah.


Tengok Baby Mushuk gigih membersihkan badan, menjilat-jilat anunya. hohh! kamu dah kena rogol kah? Mungkin dah sampai masanya, Baby Mushuk pon dah dewasa. Selama ni asik ingat Baby Mushuk masih kecik jer...enggan mengambil risiko jadi ambil keputusan untuk spaykan dia secepat mungkin. Terus call vet buat appointment untuk Baby Mushuk.
   



Alhamdulillah dah selamat... dan inilah wajah terbaru Baby Mushuk sejurus selepas pulang dari vet. Sedih je tengok mukanya, mummy minta maaf yer sayang...ini semua untuk kebaikkan kamu.




Pulang dari vet tu Baby Mushuk tak mahu makan tapi banyak minum. Siap tawaf satu rumah asal jumpa bekas air je mesti dia behenti minum. Sebelum operate tu kan Baby Mushuk kena puasa pastu sekarang ni dia tanak makan pulak lagi la kurus je badannya.





Baby Mushuk kerap tidur, banyak minum air dan tak mahu makan, kenapa pulak ekk....sebelum-sebelum ni tak penah pulak jadi macam nih, risau pulak dibuatnya.



p/s: kawan-kawan doakan Baby Mushuk saya nak makan dan cepat sembuh yer  :(

suka?

19comments: