Thursday, April 21, 2011

Hadir Lagi Dengan Membawa Khabar Gembira

Assalammualaikum.

Selamat Pagi!

Hari ni saya pergi kerja dengan perasaan gembira. Gembira bila tengok anak-anak bulus yang sakit semakin sembuh. Mon dah mula nak makan sendiri, hepi sangat bila tengok dia tunggu kat mangkuk makanan tu. Dah lama tak tengok Mon mintak makan sendiri. Hepi hepi hepi!!



masa ni MON dah mula hilang selera makan



Masa mula-mula Mon muntah dulu saya tak sangka langsung boleh melarat macam ni. Seminggu jugak Mon sakit. Bermula dengan muntah, tak selera makan dan demam. Badan Mon susut teruk, beratnya turun dari 3.5kg ke 2.4kg. Pada awal Mon demam saya juga sedang demam jadi saya tak dapat nak menumpukan sepenuh perhatian pada Mon sehingga Mon menjadi lemah kerana dia hanya minum dan tak mahu makan. Saya hanya menangis dan menangis melihat keadaan Mon yang semakin lemah.



MON selalu menyendiri dan mengasingkan diri dari yang lain



Setiap kali saya memberi ubat dan memaksa Mon makan hati saya hancur melihat betapa susahnya dia nak menelan makanan. Saya dapat lihat kesakitan dalam mata Mon yang menatap wajah saya tiap kali saya memaksa Mon makan. Dan sebenarnya lebih banyak ubat dan makanan yang terluah daripada ditelan tapi saya tawakkal jelah pada saya bukan ubat yang menyembuhkan tetapi Allah. Ubat adalah satu ikhtiar atau usaha dalam mencari penawar penyakit yang selebihnya saya hanya berdoa dan berserah pada-Nya. Satu yang saya amalkan, saya membaca Al-Fatihah berulang-ulang sambil mengusap MON sambil hati saya tak henti-henti berdoa yang terbaik untuk Mon. Sejujurnya pada ketika itu saya redha jika tuhan nak mengambil Mon kerana saya dah tak sanggup nak melihat Mon menderita lebih lama.



tidur berdua dgn BabyMushuk. 
tak sangka rupanya dua dua dalam kesakitan




Dan Alhamdulillah...Allah mendengar dan memakbulkan doa saya. Mon menunjukkan tanda-tanda positif dan semakin sembuh. Saya ingat lagi pertama kali saya melihat Mon mula menjilat bulunya saya terus membuat sujud syukur kerana saya tahu itu adalah tanda-tanda Mon semakin pulih sebab kucing kalau sakit dia tidak akan menjilat bulunya (grooming). Gembiranya saya pada ketika itu, bersyukur saya yang tak terhingga kepada Ilahi. Setelah puas menangis sedih, hari itu saya menangis kegembiraan. Terima kasih Ya Allah.



Gembira bila pulang ke rumah Mon menyambut saya seperti selalu. Walaupon masih lemah Mon setia menunggu saya setiap kali saya pulang ke rumah pada waktu tengahari dan petang. Mon menyambut saya dengan suaranya yang masih serak-serak basah. Terharu betul saya. Kalau melihat keadaannnya semasa sakit dahulu memang saya tak sangka umur Mon masih panjang.



Semoga Mon, BabyMushuk dan anak-anak bulus saya yang lain diberi kesihatan yang baik sentiasa, amin amin yarabbal alamin..

17 comments:

GtHans said...

Alhamdulillah..mmg hancur ati bila tgk + jaga kucen kita yg sakit..Alhamdulillah semua dah bertambah baik..:)

Rosmawati Yusof said...

Terharu akak membacanya... Alhamdulillah..Mmg klw kucing sakit tak tahu nak buat apa, sbb kita tak tahu apa yg sakit, apa yg tak kena kat mereka... Alhamdulillah, Mon dan yg lain2 dah sehat..

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
(((((HUGS))))) Amin. Kalau kat rumah ni, sakit takde, yang mengada-ngada ramai. Sakit hatilah juga. purrrr...meow!

m.q said...

alhamdulillah dh sihat semuanya...

Shaz Alina said...

syukur Alhamdulillah...
mudah2an semua kembali sihat semula... =)

nur anis said...

mon kena terus baik ye..:)

Lan Bingka said...

akhirnya mummy riang..

habsahharun said...

Alhamdulillah sihat semuanya...
sedih sungguh kalau kucing sakit..:(

m4rilyn said...

alhamdulullah dua2 dah sihat termasuk mummy. amin

Mijoe said...

alhamdulillah :)

Chika said...

Alhamdulillah... :)

lets celebrate.. jom panjat pokok mokte... =D

hud aikara said...

semoga Mon cepat sembuh dan baby2 yg lain sihat hendaknya..amin..(leo dan kuya kirim salam..hehehe)

l.u.q said...

alhamdulillah..smue da ok..terpegun dengan kecekalan saudari..cayok2~

marina anakcikbob said...

aritu aku jaga kucing en. boxfren 2 ekor. lepas tu sekor cirit birit. sampai jalan pon xlarat. nak angkat kepala pon xlarat. da la xmakan makanan kucing. wetfood ke, dry food ke memang dia xmakan. kasi dia cekik ikan je la. seb bek elok. aku da nangis mengongoi2 da tengok dia nak angkat kepala pon da xlarat.. tapi aku doa2, aku cakap kat dia "putih.. putih baik la ek.. putih jangan mati tau.." sambil nangis, sambil cakap. last2, aku dengan putih sekali nangis. penah tengok kucing dengan org menangis berdua? wuwuwu..

lupie said...

Prayers work wonders.
:)
Happeee to hear all is well and makaning... :)

Miss Ieza said...

alhamdulillah mon dah sehat...
alhamdulillah gak tuan mon pon dah sehat..
syukur.

@marina: terharu baca kucing u turut menangis sama... :(

marina anakcikbob said...

@ miss leza

xnampak air mata dia meleleh tapi mata merah, air mata bergenang. dia xsememeh sebab jantan kot. huhu..