Wednesday, April 20, 2011

:: Hadir Membawa Khabar Gembira ::

Share
Assalammualaikum w.b.t


Hai kawan-kawan pencinta haiwan semuanya!
Di harap semua kawan-kawan saya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria.


Selama empat hari diserang demam panas, alhamdulillah saya sudah sembuh. Lebih memburukkan lagi keadaan, semasa saya sakit BabyMushuk dan Mon juga sakit. Ingat entri saya tentang MON muntah? keadaan melarat selepas tu apabila Mon turut demam. Selang sehari BabyMushuk pula menunjukkan tanda-tanda sakit apabila dia hilang selera makan dan lebih banyak tidur. Saya akan bercerita tentang BabyMushuk dahulu memandangkan BabyMushuk sudah sembuh sepenuhnya.



BabyMushuk tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit, tak ada muntah atau demam tiba-tiba BabyMushuk tidak mahu makan dan lidahnya sentiasa dikeluarkan sedikit dari mulut, pelik saya. Saya tak dapat nak membawa BabyMushuk dan Mon berjumpa Vet pada ketika itu kerana 2 hari diserang demam panas saya terbaring dan tak terdaya nak bangun, semuanya dilakukan dengan bantuan mak dan abah. Saya cuma meminta bantuan adik membeli ubat di klinik haiwan.






Setelah demam saya beransur kebah barulah saya boleh memberi sepenuh perhatian untuk BabyMushuk dan Mon. Saya terpaksa memaksa BabyMushuk makan menggunakan syringe sebab BabyMushuk  langsung tak mahu makan dan minum.







Ketika saya sedang memberi makan BabyMushuk tiba-tiba BabyMushuk mengeluarkan bunyi seperti tercekik dan dia memuntahkan kembali semua makanan yang ditelan tadi. Dan saya terkejut melihat ada tulang ikan pada makanan yang dimuntahkan itu. Tulang ikan itu bukan daripada makanan yang saya beri tetapi sebenarnya tulang ikan itu lah yang selama ini tersekat dalam tekak BabyMushuk dan menyebabkan dia sakit.



Saya bersyukur sangat-sangat kerana tulang ikan tersebut boleh keluar dengan sendirinya secara tak sengaja ketika saya memberi makan BabyMushuk, kalau tidak sampai bila pon saya tak tahu apa punca sakit BabyMushuk yang secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah....



tulang ikan yang tersebut



p/s: selepas ini saya akan update keadaan Mon dan untuk pengetahuan, Mon dah ada kemahuan untuk makan sendiri :)

suka?

23comments: